Sabtu, 29 Jun 2019

KISAH SERAM BUKIT KELAWAT KOTA BELUD

Kisah SERAM Sabah - Bukit Kelawat Kota Belud.
Kredit to: Encik Wan (Writer)



Ramai yang percaya, dan ada juga tidak percaya akan perkara-perkara mistik ni. Aku mmg byk melalui kisah2 ni sebenarnya, yang pasti dan nyata penampakan benda ni TIDAK AKAN menampakkan diri kerana ketidaksempurnaan mereka. Kita hanya akan mengalami perkara2 pelik, ganjil dan tidak masuk akal. Terpulang kepada diri masing-masing dapat menerima kebenaran atau tidak.

Suatu petang ahad, aku hendak balik ke kk dari kota belud. Mak aku pula memancing, dia ni extreme sampai beli sebuah bot kecil utk layan hobi dia lepas pencen dr keja sebagai jururawat desa. Sebagai anak yg taat, aku tggu juga mak aku balik, nak peluk cium sebelum balik kerja di kk. Mak aku balik memancing dr kuala dalam jam 6pm. Masa sampai mak ckp jgn balik dulu, kita makan sama2 ada ikan fresh mak dpt. Ok memandangkan bujang masa tu, balik tgh malam pun ndapa bah. Kami makanlah sama2. Lepas makan tu lepak lagi cerita sampai nda sedar jam 11pm sda. "Oklah mak, aku baliklah dulu mau tgh malam sudah ni", "bah hati2 kau jgn laju betul kau tu otak miring bawa kereta. Bawa sikit ikan tu utk lauk nnt makan ayam ja kau dikk tu, ambil pucuk limau yg ada daun tu kasi masuk dalam plastik ikan ni" Aku salam mak aku, lepas tu aku keluar..

Aku muat barangan aku, ikan aku letak di belakang kabin supaya nda bau (masa tu pakai 4wd company) Aku geraklah perlahan2.. Sambil layan lagu Greenday, teriak nyanyi mcm org kili 😅😂

Ketika lalu kampung paka-paka, takk! Cermin tepi aku mcm kena ketuk. Aku tgk luar tiada apa juga, hanya suasana kampung yg sunyi. Hishhh budak kampung lah kali ni yang nakal humban batu kecil.. aku teruskan perjalanan sampailah dibawah bukit kelawat. Bulan terang mengambang penuh, jalanraya sunyi, aku bawa keta slow sbb takut ada kerbau melintas area tu..

Episod naik bukit bermula, dari bawah pok lajak lah konok, tapi makin lama makin berat.. sampai ke gear 1, mcm mau ndamau ja hilux ni naik bukit. Enjin teriak, kereta mcm tgh tarik lori. Aku agak sda ni. Aduhhhhh apa kehal aku pulak kena ni... pelan kereta aku sampai juga atas puncak tu. Keta naik temperature H.. Aduiii apalagi ni.. aku berenti tepi pondok jual pisang tu. Off enjin aku pun turun.. pufffff roma meremang mcm kna geli2 bah dr blkg leher 😂😂😂 tapi ni bkn geli2, ni takut gila babun ni.. Dalam suasana kebingungan, aku perasan ada kelibat sesuatu di pondok tu, seperti seorang perempuan berambut panjang. Aku jem sudah, dialah ni kali sumandak yang famous ni. Aku berfikir sda apa yg aku buat salah ni sampai kena kacau. Terus aku terfikir ikan diblkg.. Allahu rupanya pesan mak aku letak daun limau tu aku lupa.. aku pi blkg cek ikan tu, plastik yg ikat ikan tu terburai, plastik berlubang-lubang mcm kna geraut kucing.. inilah dia mau ni. Aku ambil ikan tu, letak tepi sambil cakap "tolonglah jangan ganggu lagi, klu ini yg kamu mau, ambil lah aku ndamau lagi" lepas letak ikan tu, aku melompat dalam kereta. One kick, keta dapat start. Alhamdulillah.. Aku terus gerak turun dr bukit kelawat. Sampai selekoh S bawah tu (hampir setiap tahun ada mangsa kemalangan maut disitu) aku perlahan sikit, takut terbabas plak. Aku rasa clear oklah ni.. Sekali roma tiba2 meremang lagi, tgk cermin tepi fuhhhhh itu kain putih berkibar mcm bendera jepun di kabin blkg keta aku 😂😂😂 aku nda nampak apa objek, org kah pontianak kah, yg pasti kain putih apa ni berkibar2 ni... aku gagah kan juga jalan.. mulut non stop baca apa aku tau, sekali sekala terlepas azan.. tapi taukah kamu, bila dalam keadaan begini surah Al Fatihah pun blh terlupa nda abis baca.. mungkin pasal takut, gugup.. sampailah aku di pekan tenghilan, aku berhenti sbb sudah terang dengan lampu jalan di bustop tu. Hilangkan gugup, rasa takut sekejap sana. Betul lah apa adik sepupu aku cerita, hati2 limpas sana.. adik sepupu aku plak masa balik dari tgk bola di kk, otw balik kb, dia driving buka tingkap tiba2 satu tangan usap pipi dia dr luar.. sejuk.. turun bukit 80kmh, tiba2 ada tangan dr luar usap pipi.. rasa kamu apa tu 😅😅

So mmg kesilapan aku masa tu mmg bawa ikan mentah tanpa letak daun limau (kasi libas hanyir). Jadi teladan sama aku, lepas tu nda berani sda bawa apa2 makanan mentah kalau malam.. Bagi yg belum merasa, atau mau mencuba barangkali blhlah cuba. Kalau nasib nda berapa ok, terganggu lah.. klu ok, masih boleh dabik dada lah tapi sooner or later akan ada juga tu.. Gais, we shared the world with other God creation... Astalavista bebeh..

Next : Bukit Layang-Layang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



Mohon komen secara berhemah. Terima kasih