Jumaat, 14 Jun 2019

PINJAMAN PERIBADI LEBIH MURAH? BANDINGAN KADAR FAEDAH DI BOLEHCOMPARE

NAK CARI LOAN PERIBADI MURAH?

Setiap orang sememangnya sangat cerewet apabila bercakap pasal duit dan perbelanjaan apatah lagi mereka yang sedang mencari bank paling murah menawarkan pinjaman kewangan.  Dengan adanya satu tools yang serba mudah, pastinya masa anda lebih jimat dan singkat untuk membuat pencarian seterusnya membuat tindakan susulan untuk mengurus pinjaman kewangan anda.

BolehCompare adalah satu website yang menawarkan perkhidmatan perbandingan harga mengikut keperluan anda. Dengan adanya sistem semudah ABC, anda tak perlu menunggu lama untuk membuat satu keputusan yang penting dalam hidup anda. Lebih lebih lagi bercakap pasal kewangan. Sebagai contoh, anda sedang tercari-cari agensi pinjaman  perumahan yang anda perlukan. Maka dengan satu klik akan keluar satu senarai yang membandingkan kadar pinjaman dan tempoh yang ditawarkan.

PERBANDINGAN LOAN PERIBADI MURAH
Screenshoot dari website BOLEHCOMPARE.COM


BolehCompare.com bukan sahaja menawarkan perbandingan bank-bank dengan kadar terbaik di Malaysia, mereka juga bandingkan harga bagi penyedia TELCO termasuk  kapasiti saiz data, kelajuan internet, tempoh kontrak, kos dan sebagainya. Ianya memang sangat membantu dan menarik berbanding anda buat research sendiri satu per satu yang ada kalanya mampu menyakitkan kepala anda.

BolehCompare.com juga menyediakan perbandingan lebih 150 kredit kad termasuk kadar faedah, yuran tahunan dan balance transfer. Jadi jika sekiranya anda ada cadangan untuk memohon kredit kad, anda boleh cari di bolehcompare.com.

Sesuai dengan tema memilih produk terbaik, jimat kewangan dan masa, BolehCompare.com adalah percuma untuk digunakan oleh rakyar Malaysia. Ia lebih kurang konsepnya dengan Trivago dimana mereka membuat perbandingan harga bagi hotel dan penginapan.

Memandangkan BolehCompare dibangunkan oleh Malaysia, maka ia sudah pastinya amat berkesan, ringkas dan mudah diakses. Satu-satunya kekurangan dalam sistem ini ialah ia belum dibangunkan sebagai satu aplikasi android. Bagaimanapun, disebabkan ia sistem yang tidak mengenakan sebarang bayaran, ia sudah tentu membantu perbandingan rakyat Malaysia amnya.

Jadi sekiranya anda ingin menjimatkan masa samada mencari pinjaman peribadi, kredit kad, telefon, broadband mahupun insuran kenderaan mahupun insurance nyawa, anda boleh membuat carian di website BolehCompare.com.

0 Comments:

Komen guna Google akaun kini TIDAK lagi boleh digunakan.
Sila komen guna nama dan pautan blog anda.
Blog Ping sangat di alu-alukan.
Terima kasih.