Jumaat, 19 Julai 2019

BISNES ONLINE - BAGAIMANA SAYA JANA PENDAPATAN DENGAN CUKUP MUDAH

Adakah anda mempunyai masa terluang? Adakah anda ingin menjana pendapatan tambahan? Adakah anda seorang siswazah yang belum dapat pekerjaan? Jika ya..anda mungkin berminat untuk menceburkan diri dalam menjana pendapatan online.  Sebelum anda bermula, pastikan anda 'lepas' 10 perkara ini dimana semua otai-otai internet bermula.


bisnes online internet



Ia tidak semudah ABC dan tidak juga terlalu sukar seperti kerja seorang Jurutera. Menjana pendapatan online ini memerlukan beberapa perkara asas yang paling penting. Saya akan kongsikan pengalaman sendiri siapa tahu anda bercadang untuk menambahkan pendapatan tambahan melalui online.

PERKARA ASAS YANG SANGAT PENTING UNTUK MENDAPATKAN PENDAPATAN TAMBAHAN SECARA ONLINE ADALAH;

1. KEMAHUAN 

Iyalah dimana ada kemahuan disitu ada jalan, bukan begitu? Kemahuan akan mendorong anda untuk berusaha dan bekerja lebih keras. Bagaimanapun, ada masanya kemahuan itu didorong oleh pengaruh alam sekitar, rakan-rakan anda dan apa yang anda baca. Ia juga didorong untuk memenuhi tuntutan kewangan anda yang kemungkinan selalu tidak mencukupi, apatah lagi kos cara hidup semakin tinggi.

2.DEVICE ( KOMPUTER/LAPTOP/TELEFON PINTAR)

Tipulah jika sekiranya anda jana pendapatan tambahan tanpa komputer atau sekurang-kurangnya telefon pintar. Anda pasti ada ikhtiar untuk medapatkan sebuah laptop tak kira anda ke Perpustakaan atau jika perlu anda terpaksa ke Cyber. Ini hanya cadangan Sahaja.

                                                   ARTIKEL BERKAITAN: BUAT DUIT SANTAI DI INTERNET

3.DATA INTERNET

Ya. Untuk menjana pendapatan tambahan anda perlukan data atau jaringan internet untuk dapat melayari internet, mencari bahan, membuat tinjauan, mendaftar, menulis blog dan sebagainya. Anda pasti beruntung sekiranya rumah atau pejabat anda memiliki WIFI.

4.IDEA

Akhirnya, anda memikirkan apa bahan atau bisnes yang akan dilakukan sebagai memenuhi keinginan anda untuk cari sumber pendapatan tambahan. Dalam hal ini, anda perlu mengambil keputusan yang penting dimana ia membabitkan masa, tenaga, dan kewangan anda. Ia juga membabitkan minat anda terhadap sesuatu bidang. Disini ramai orang terperangkap dimana terdapat banyak tawaran-tawaran yang akan mengaburi mata anda di alam maya.

5.PELAN TERANCANG

Cadangan admin dari pengalaman, buat yang mudah dan mampu buat dahulu. Jika sekiranya anda terjun secara melulu tanpa mentor yang betul, peluang anda untuk tersungkur kemungkinan agak tinggi. Ini kerana, tiada pelan yang strategik dan kukuh. Kebanyakan newbie akan buat cuba-cuba, try and error try and error akhirnya lemah semangat, penat dan lupakan terus keinginan untuk tambah pendapatan online.

6.BUAT RESEARCH

Sekiranya anda sudah mempunyai pelan dan apa yang hendak anda lakukan, buat sedikit kajian. Ini agak penting memandangkan terdapat pelbagai halangan, peringkat, tahap saingan dan jenis perniagaan di Internet. Namun terdapat program yang anda boleh sertai secara percuma seperti membuat survey dimana terdapat ramai syarikat yang memerlukan pendapat anda. Saya sendiri menyertai program percuma iaitu PanelPlace Malaysia dan YourVoice Malaysia

7.PILIH PLATFORM

Terdapat banyak platform yang akan membolehkan anda jana pendapatan tambahan secara online tak kira anda jana 20 sen hingga anda kaya raya dan jutawan, itu semua terletak ditangan anda. Antara idea yang mungkin boleh anda pertimbangkan adalah menjadi agen dropshiphing, menjual produk sendiri secara online, memberikan perkhidmatan online, menjadi freelancer, menjadi agen affiliate, menjana pendapatan melalui iklan Google Ads.

8.KENALPASTI RISIKO.

Disebabkan senarai yang saya sebutkan di atas adalah percuma, risiko anda untuk mengalami kerugian adalah zero peratus melainkan anda meletakkan label yang lebih tinggi, membuat pemasaran besar-besaran dan terpaksa membayar kos untuk pengiklanan. Yang manisnya, ia boleh dibuat secara percuma 100% dan mampu memberikan pendapatan tambahan jika dilakukan dengan betul. Sebaliknya, jika anda menceburkan diri dalam perniagaan atau platform yang mempunyai risiko tinggi, pasti anda akan mempunyai peluang yang tinggi juga untuk mengalami kerugian. Contoh platform yang mempunyai risiko yang tinggi ialah penglibatan dalam pasaran Forex.

9.TETAPKAN MATLAMAT.

Pelan dan matlamat yang jelas adalah perkara yang sangat penting dalam bisnes  online. Korbankan beberapa jam sehari untuk mengatur rancangan, membuat kajian, memilih platform, belajar dan membuat promosi. Anda harus belajar bersabar, mencari potensi yang tinggi dalam diri sendiri, menetapkan sasaran dan selebihnya terserah kepadaNya yang maha berkuasa.

10. DAPATKAN MENTOR

Ramai orang berkata, jika sekiranya anda menjadi seorang youtuber yang berjaya anda harus mempunyai rakan-rakan youtuber, begitu juga sekiranya anda seorang artis, anda mesti bergaul dengan penyanyi penyanyi lain. Begitu juga ceritanya dalam bidang online. Ramai mereka yang sudah berjaya dalam perniagaan internet seperti Irfan Khairi, Gobala Khrisnan ( Malaysia), John Lee Dumas, Pat Flynn, Mitchell Gardner sekadar beberapa nama. Di Malaysia, saya pernah mendapat ilmu daripada Gobala Khrisnan melalui webinar yang beliau anjurkan dan kini saya juga sedang mangamati dan menghadam buah tangan pakar affiliate Malaysia Tuan Rahman Basri.




Screenshot di atas menunjukkan John Lee Dumas mencecah RM800,000.00 hanya dalam masa sebulan pada bulan Julai 2017 melalui blog Eofire.com.


Akhir sekali, sebagai kesimpulan, 10 langkah dan keperluan yang disebutkan di atas hanyalah asas -asas utama sebagai kaedah menjana pendapatan tambahan secara online. Semoga ia sedikit sebanyak dapat membuka idea anda bagaimana kaedah online dapat menambah pendapatan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



Mohon komen secara berhemah. Terima kasih