Ahad, 28 Julai 2019

CARA MUDAH JANA KOMISYEN AFFILIATE


Disebabkan masih ramai yang tidak faham apa itu sistem affiliate,  saya cuba terangkan dengan cara saya sendiri bagaimana anda memperolehi komisyen melalui sistem affiliate.  Diharap penjelasan ini dapat memudahkan anda  memahami kaedah affiliate seterusnya mencuba nasib dalam pemasaran online ini.



Ok, secara praktikalnya begini;



1. Anda mendaftar sebagai agen affiliate. 

2. Setelah pengesahan dilakukan secara rasminya anda adalah agen iaitu orang yang membantu menjual produk.

3. Anda akan mendapat link atau url sendiri. 

4. Link itulah yang perlu anda promosikan. 

5. Langkah ke 4 adalah bahagian yang penting dimana anda perlu berusaha agar ada audience yang klik seterusnya membeli produk tadi. 

6. Sekiranya ada audience yang mendaftar untuk membuat pembelian seterusnya melakukan transaksi pembelian maka anda akan menerima komisyen seperti yang dijanjikan. 

7. Lazimnya, anda akan menerima email makluman bahawa anda telah menerima komisyen. 


Jika anda sudah mahir, anda pasti jatuh hati dengan affiliate marketing dimana anda boleh menjana pendapatan pasif. Sebab itu, ramai yang menganggap, affiliate marketing ini boleh buat duti waktu tidur kerana anda menerima komisyen tanpa disedari.

Mudah kan?

Program affiliate adalah program yang sangat baik dimana ramai yang telah menjana ratusan ribu hanya dengan mempromosikan link affiliate daripada penyedia produk.Terdapat tiga jenis affiliate yang popular iaitu;


1. Produk Digital –contohnya ebook, software dan perisian.

2. Produk Perkhidmatan – contohnya hotel, homestay,pengangkutan.

3. Peralatan– contohnya, pakaian, alat elektronik dan telefon pintar.

Bagaimana promosikan link affiliate?

Tedapat beberapa cara untuk mempromosikan link url affiliate anda. Apa yang penting ialah kehendak dan usaha anda perlu dilipatgandakan apatah lagi anda masih baru dalam bidang ini. Link affiliate boleh dipromosikan dengan kaedah-kaedah berikut;

    Melalui laman social contohnya Facebook, Twitter atau Pinterest.

Melalui laman web atau blog .  
    
Melalui e-mail.

Melalui forum di alam maya. 

Melalui Pengiklanan berbayar seperti google Ads dan Facebook Ads.

Jadi sudahkah anda bersedia untuk menjadi agen affiliate?  Ataupun merasakan ia sesuatu yang payah? Tidak apa kerana terdapat beberapa vendor yang memudahkan kerja anda, ini termasuklah Tuan Rahman Basri. Melalui SJP4 yang dihasilkan olehnya, anda tak perlu pun membuat web atau blog. Buat tak ada salahnya..tapi pastikan anda mempunyai masa yang mencukupi..hmm..pastinya tidur anda tak cukup untuk 3 atau 4 bulan! ( Ini pengalaman sebenar saya duluuulu).

Yang cantiknya, anda tak perlupun follow up prospek kerana sekali daftar melalui link anda, sistem akan membuat SJP4 akan follow up. Sebab mau follow up ni perlukan skil copy writing yang tinggi juga.Tugas anda hanyalah melakukan promosi link url untuk mengumpul prospek.

Selain dari itu, tidak ada syarat yang rumit untuk menjadi agen affiliate  SJP4 bukan seperti Google Ads, Involve Asia atau Booking.com dimana anda perlu mempunyai website yang mendapat pageview yang tinggi sebelum anda layak menjadi agen affiliate.







0 Comments:

Komen guna Google akaun kini TIDAK lagi boleh digunakan.
Sila komen guna nama dan pautan blog anda.
Blog Ping sangat di alu-alukan.
Terima kasih.