INTERNET TANPA HAD TERMURAH

Tengah memikirkan pakej murah, laju dan unlimited kuota terbaik?

Pengguna Celcom Fibre di Sabah sangat beruntung kerana berpeluang menikmati data internet berkelajuan lebih 40Mpbs dengan hanya RM80 sebulan. Lebih menarik, pakej yang ditawarkan adalah unlimited quota maknanya anda boleh sepuas hati melayari internet tanpa had sepanjang masa.


Internet unlimited quota

Setelah menggunakan talian Celcom Fibre RM80 sebulan dalam masa hampir 2 minggu, saya rasakan ia sangat-sangat berbaloi dibandingkan dengan mana-mana pakej yang lain. Internet ternyata begitu lancar dan pada masa artikel ini ditulis kelajuan data adalah 72Mbps! Ini buktinya
Internet Tanpa Had terbaik



Bayangkan, dua buah komputer dan 4 buah telefon pintar berkongsi laluan yang sama dan semua pengguna berpuashati menikmati kejaunan internet tanpa buffer. Ini adalah satu pengalaman yang menarik memandangkan sebelum ini, saya dan isteri menggunakan prepaid dan saya sendiri menggunakan pakej 5GB untuk RM19 seminggu dan masih tidak mencukupi.

Bagaimana mendapatkan Pakej Celcom Fibre RM80?

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pakej ini, pastikan lokasi anda mempunyai talian Celcom Fibre kerana bukan semua lokasi mempunyai talian Celcom Fibre. Bagaimanapun setakat ini, talian tetap ini hanya dipasang dikawasan padat penduduk seperti kawasan taman perumahan dan kuaters kerajaan.

Juruteknik yang memasang talian Celcom Fibre di rumah kediaman saya menyatakan hanya lokasi tertentu sahaja dipilih  sebagai kawasan Celcom Fibred an sekiranya terdapat terdapat talian Maxis,  maka Celcom tidak akan memasuki kawasan berkenaan. Adakah ini bertujuan untuk mengurangkan struktur tiang di sesuatu kawasan?

Setakat yang saya faham, jika anda pengguna Maxis, anda terpaksa membayar RM98 sebulan  terhad untuk 35GB sahaja. Anda juga boleh memilih pakej UNIFI  Business berkelajuan 30 Mbps dengan bayaran RM299 sebulan dan mempunyai liputan yang lebih luas. Tapi..mengapa memilih yang mahal dan tidak mempunyai kelajuan internet yang diharapkan?

Celcom Fibre adalah pakej terbaik untuk keluarga yang berpendapatan sederhana. Dengan data kuota tanpa had yang ditawarkan, jelas membantu pengguna yang kurang berkemampuan untuk melayari internet, menonton video dan yang lebih penting membuat bisnes dalam talian tanpa gangguan.Mereka yang berada dalam laluan Celcom Fibre sangat beruntung kerana ia merupakan kemudahan yang tidak disediakan oleh syarikat lain. Ia mungkin merupakan hadiah istimewa kepada warga Sabah.

Jadi apa lagi, pergi ke  https://www.celcom.com.my/personal/broadband/celcom-home-fibre untuk maklumat selanjutnya.  Semak samada lokasi anda termasuk dalam laluan CelcomFibre dan sekiranya ada, isi borang secara online sahaja dan tunggu panggilan dari pihak Celcom.

Sekiranya permohonan diluluskan, apa yang perlu anda lakukan?

Pastikan  anda mengenalpasti satu sudut yang selamat dirumah anda untuk meletakkan set modem. Selain itu, sediakan sekurang-kurangnya 2 soket kosong untuk menghidupkan modem dan wifi. Untuk makluman, tidak ada apa-apa bayaran pendahuluan dikenakan selepas  pemasangan. Jika mahu hadkan penggunaan, anda terpaksa tutup suis sahaja kerana tidak terdapat apa-apa buton untuk tujuan tersebut.

Apakah laluan perlahan sekiranya semakin ramai pengguna dalam sesebuah kawasan? Menurut juruteknik Celcom,ia tidak melambatkan kelajuan internet memandangkan masing-masing pengguna disambungkan melalui talian tetap dari sebuah kotak yang terletak di atas tiang dalam satu-satu stesen. Menurut juruteknik itu lagi, satu kotak boleh disambungkan sehingga 8 pengguna maksima.

Jimat, menarik dan beruntung kerana dapat menikmati Celcom Fibre RM80 kuota internet tanpa had. Boleh buat artikel blog sehingga pagi tanpa gangguan. Bah..warga Sabah apa lagi.




Catat Ulasan

0 Ulasan