KAEDAH TERKINI NAIKKAN RANKING BLOG

Hai teman-teman..perkongsian kali ini berkaitan seni SEO. Sudah tentu sesorang yang berkecimpung dalam bidang blogger akan memastikan blog yang dibinanya berada dalam muka depan enjin carian. Apa yang menarik, kata kunci berkaitan SEO, tips membuat blog, artikel bisnes blog dan apa-apa berkaitan blog mempunyai cabaran yang tinggi dan amat payah untuk muncul di muka depan apa lagi blogger baru. Tapi mengapa kebanyakan blogger masih kongsikan ‘keyword ‘ berkaitan niche blog, cara naikkan ranking blog?

Sebenarnya, kebanyakan blogger adalah “menyelam sambil minum air", maknanya setiap pengalaman yang dilalui untuk menjadi blogger hebat akan dikongsikan. Seperti juga saya..yang sebenarnya, bukan lah handal sangat pasal SEO ni, tapi seperti blogger lain, saya tidak mungkin mengalah, sebabnya saya mempunyai  strategi sendiri  dimana ia terbukti berkesan meningkatkan pageview blog akhir-akhir ini.


Kaedah yang sedang dan  akan praktikkan saya percaya mampu  meningkatkan pageview seterusnya menaikkan ranking blog





strategi naikkan ranking blog

  • BUAT ARTIKEL SECARA KONSISTEN

Kenapa saya katakan demikian? Sebabnya anda mungkin tidak ada idea untuk meletakkan kata kunci yang khusus untuk blog anda. Jadi buat lah apa-apa tajuk yang menarik asalkan anda mempunyai sedikit pengetahuanatau maklumat mengenai topik yang dibincangkan.  Apa yang penting, artikel yang diterbitkan mempunyai maklumat serba sedikit mengenai sesuatu perkara. Buatlah sebanyak mana artikel yang anda rasakan sesuai dengan minat anda. Bagi saya seseorang blogger tidak perlu pakar dalam sesuatu perkara untuk naikkan ranking blog. Kuncinya disini, buat sesuatu kerana minat. Anda minat menulis dan berkongsi kepada umum.

  • GUNAKAN GOOGLE WEBMASTER SECARA OPTIMA

Dalam artikel terdahulu, saya ada kongsikan cara mudah naikkan blog di enjin carian iaitu menggunakan google search console. Mengikut pengalaman saya, goole kini semakin cerewet dan kadangkala posting yang tidak disumbat ke goole tidak akan muncul di enjin carian. Ini bukan cobaan..ini benar-benar terjadi..gunakan URL Insfection..Jangan jadi seperti saya dulu..dua tahun posting tak muncul-muncul di enjin carian. Adakah ini disebabkan semakin banyak blog atau laman web yang muncul ?
ada umum.

  • GUNAKAN TEMPLATE BLOG YANG MESRA SEO DAN MOBILE FRIENDLY

Untuk makluman anda, saya sendiri menggunakan template blogger yang disediakan oleh pihak ketiga. Sebabnya, saya rasakan template default blogger agak ketinggalan dan tidak begitu menarik. Anda boleh google dan cari blogger template sekiranya anda gunakan template blog. Kalau anda peminat wordpress, lebih banyak pilihan tapi masalahnya anda perlu membayar hosting. Berbalik kepada blogger template tadi..masalahnya pula, anda terpaksa berjuling mata untuk mengesan beberapa kod dalam bentuk html . Walaubagaimanapun terdapat banyak panduan untuk menukar beberapa kod html terutama sekiranya anda mahukan blog anda sedikit advance.  Tapi jangan bimbang kerana anda boleh download dan save dahulu blog anda sebelum mencuba untuk masuk html setting tadi. Tapi nasihat saya, jangan terlalu banyak membuat perubahan sebab jika tersilap, anda sendiri akan rugi kerana ia juga akan mengakibatkan blog anda ‘tidur’.

Audit SEO atau SEO Analyzer adalah satu aplikasi yang membantu anda mengetahui tahap dan markah SEO blog anda. Kebanyakan audit SEO boleh digunakan secara percuma namun ada yang menggunakan bayaran jika perlukan perkhidmatan yang advance. Dengan menggunakan tool ini, anda boleh memperbaiki banyak perkara yang selama ini mungkin anda sendiri tidak sedari. Kaedah ini sebenarnya banyak membantu saya memperbaiki struktur blog secara keseluruhan. Buktinya markah SEO saya meningkat dari 80% ,menjadi 86% setelah membuat beberapa perubahan. Anda boleh lihat artikel saya terdahulu berkaitan SEO auditor dengan klik di blog post ini.

  • MENGGUNAKAN KEYWORD PLANNER

Apa gunanya keyword planner ? Sebenarnya ia penting apabila anda cuba untuk muncul di halaman pertama enjin carian. Secara asasnya, keyword yang mempunyai carian yang banyak, contohnya 1 ribu hingga 10 ribu sebulan dan mempunyai persaingan yang rendah atau LOW adalah sangat baik untuk dijadikan kata kunci blog anda. Manakala katakunci yang mempunyai carian 100-1000 sebulan tetapi mempunyai persaingan yang tinggi atau “HIGH” akan mengakibatkan blog anda tenggelam oleh blogger-blogger yang lebih pakar. Sebab itulah pentingnya ‘long tail keyword’ untuk memastikan blog anda mencuri tumpuan. 

  • SENTIASA PERIKSA PRESTASI BLOG ANDA

Caranya install Analytics melalui Google Apps di peranti telefon anda supaya pada bila bila masa anda boleh periksa jumlah pengunjung yang masuk ke blog anda. Perkara ini dianggap penting kerana Analytics menunjukkan data pengunjung seperti kata kunci, lokasi, sumber  dan jumah pengunjung. Jika sekiranya jumlah pengunjung tidak seperti yang anda harapkan maka anda perlu lakukan sesuatu seperti yang disebutkan diperenggan di atas.

  • KONGSI ARTIKEL DI MEDIA SOSIAL

Facebook, Instagram, Twitter dan Pinterest boleh dijadikan medium untuk mewar-warkan artikel anda yang menarik. Bagaimanapun, saya cadangkan supaya anda lebih ekslusif dan memilih medium yang hanya berkaitan dengan tajuk artikel supaya tidak dianggap sebagai spam. Sebagai contoh, anda buat artikel berkaitan printing, maka anda boleh lah kongsikan blog post anda dalam group usahawan.

  • KAJI PESAING ANDA.

Untuk meningkatkan ranking anda dalam enjin carian, kita perlu sentiasa melihat kepada pesaing kita iaitu sesame blogger. Dapatkan jawapan mengapa blog mereka entiasa berada di ranking pertama dalam enjin carian.   Mungkin kita bole tiru cara mereka mengolah sesuatu topic, cara mereka meletakkan tajuk, jumlah perkataan, struktur blog dan paling penting baca panduan yang diterbitkan oleh blogger tersebut. 












Catat Ulasan

0 Ulasan