Selasa, 2 Julai 2019

KISAH SERAM - BUKIT LAYANG-LAYANG

Kisah Seram Sabah - Bukit Layang-Layang

Writer : Encik Wan


Aku seseorang yang sangat gayat dengan ketinggian, dan salah seorang dr rakyat Sabah yang tidak mampu memanjat Gunung Kinabalu kerana takut dengan ketinggian ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Ini berhubungkait dengan chapter seterusnya ini.

Berlaku pada 2012, aku dan isteri menerima jemputan perkahwinan kawan di keningau. Aku mulai terfikir mcmana mau pigi keningau ni? Kimanis tu bukan alang-alang bukit dia.. Memang ku seram ni sama gaung sana tu. Masa tu jalan tepi puncak kimanis blum lg siap dibuat, skrg ni ada kurang2 sda tggi dia.. Aku mengambil jalan jauh masa tu iaitu dari KK ke Tambunan lepas tu ke keningau. Jalan sana tu tinggi juga tapi tertutup dengan hutan tebal.

Akhirnya tiba di keningau walaupun jauh dr jln kimanis, tapi sempat juga kami menghadiri majlis perkahwinan tersebut ikut jln tambunan. Bila setel jumpa kawan2 semua kami pun geraklah balik.. masa tu terfikir bagus ikut jalan sipitang jadi singgah terus di beaufort tpt nenek org rumah ku. Masa tu jam hampir jam 5pm. Kami jln rilek2 masa tu anak aku no3 baru berumur sebulan. Sampai di bukit layang-layang kami perlahan2 lah naik sampai kemuncak.. Memandangkan jalan tu baru dibuka kepada awam, mmg kita tidak akan nampak satu perkampungan pun disana. Tiba di kemuncak tu aku ternampak spot RNR sebelah kanan, dengan warung jualan seperti meesup. Aku masuk kekanan dan bagitau bini merokok sekejap diluar. Bini aku tgk warung tu sambil bgtau kalau ada air bunga tlg beli. Aku cucuh rokok, dengan azan maghrib berkumandang diradio aku rasa lain macam warung ni. Lampu mentol kekuningan, meja papan alas tikar getah dgn bangku bambu panjang. Aku memanggil org kedai "makcik, pakcik, boss, ada org kah? Mau beli" Sunyi sepi... tiada sahutan.. Aku habiskan rokok, sambil melihat kalau ada peti sejuk tapi kecewa. Aku pusing menoleh mau bgtau bini ku tiada minuman, tapi bini aku menggapai-gapai aku suruh masuk kereta... Aku pun terpinga-pinga, terus masuk kereta. "Jalan cepat" bini ku bagitau sambil muka lain mcm... Aku pun masuk gear reverse, mau bergerak tinggal kan tpt tu.. aku reverse perlahan sambil lihat cermin sisi takut terlanggar apa-apa dibelakang.. Tapi bila aku amati cermin tepi tu, ada imej org tua lelaki berdiri berseluar pendek putih tidak berbaju, dengan seorang kanak-kanak perempuan sembunyi blkg dia... aku toleh belakang terus, tapi tidak ada apa2... Bayi kami tetiba menangis karau2, aku tidak tunggu lama terus masuk gear satu lajak secepat mungkin utk jauh dr tpt tu.. anak aku masih menangis, sampai lah bini ku keluarkan yaasin dan inggu letak di dada bayi tu, barulah anak kecil ku berhenti menangis... kami turun bukit tu tanpa ada ada apa bicara sampai di roundabout Sipitang-Lawas-Samur tu..

"Kau nda perasaan apa-apakah sana tadi diatas tu?" Bini aku buka mulut.. Aku masih kompius dengan imej org tua lelaki dengan kanak-kanak tu.. Masih bermain difikiran, barangkali pemilik warung...

"Tiada apa juga.. Cuma ndada org lah barangkali owner dia pigi sembahyang maghrib kali" aku jawab bini aku... Bini aku geleng kepala, "takkan warung begitu dikasi biar begitu. Aku ni rasa lain, sbb warung tu ada karan, tapi tiada pun aku nampak tiang elektrik sini, darimana drg dapat karan"... Aku yang masih blur, diam. Arghhh barangkali drg pakai bateri kerita baituh, aku senangkan hati.. tapi masih melayang fikiran di bukit layang2 dengan bayangan org tua tu, aku ndamau kongsi cerita penampakan tadi sama bini aku, dia punya level penakut mmg level auto meninggal... jam 9pm kami sampai di beaufort. Terus singgah ke rumah nenek perempuan biniku..

"Ui blh tahan kau jalan bukit layang-layang ah, mmg kau staringlah bah semua jalan mau try" Ipar aku nama Aming ni mengatil.. dia ni ipar yg satu kepala sama aku, sama2 masuk air punya jenis... Aku ketawa, "nasiblah bah tu kalau terjumpa, bukan kita minta-minta pun kalau Allah kasi jumpa mmg terjumpa juga" sambil ku hirup kopi Tenom, mantap padu dan kaw-kaw... Aku tya aming, "panas juga bukit tu kan"

Aming terus duduk sebelah, "Kami banyak kali sda nampak ada org tua tu kalau balik ke kg biniku, kompom ko kna ni tadi... hahaahaha drg si dayang pernah tersinggah ke warung tu tapau makanan, dia jual mee goreng ja.. sampai rumah mee jadi ulat, duit dia ganti tukar jadi daun.. benda tu aku biasa alami sda, masa ku kerja di Long Pasia dulu"

Aku ketawa ja balas dia, "ndadalah ming, aku ndada singgah sana tadi, aku terus jalan ja.. faham juga aku jalan baru buka ni, mmg laluan doranglah bah nda dikasi pindah kali dulu oleh org yang bikin jalan tu" padahal Allah jak tau perasaan ku masa tu, mcmana muka org tua tu berdiri tengok kami berlalu dari warung dia... biarlah rahsia, nnt aku dikutuk Aming penakut ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Dan hinggalah sampai sekarang ni, biarlah Bukit Layang-Layang tu pertama kali aku lalui, dan akan jadi kali terakhir aku jejaki.. Sekian


  • Kisah Seram ini adalah pengalaman sebenar penulis dan diterbitkan dalam blog infokinabalu atas persetujuan penulis ( Encik Wan ) sebagai salah satu peserta dalam Peraduan Kisah Seram

0 Comments:

Komen guna Google akaun kini TIDAK lagi boleh digunakan.
Sila komen guna nama dan pautan blog anda.
Blog Ping sangat di alu-alukan.
Terima kasih.