Ahad, 7 Julai 2019

MEMILIH PRODUKSI TERBAIK DI SABAH UNTUK KLIP VIDEO



ADAKAH ANDA TERCARI-CARI PRODUKSI TERBAIK DI SABAH?



Video klip merupakan unsur terpenting dalam sesebuah persembahan lebih-lebih sekiranya ia untuk tujuan komersial. Sekiranya anda seorang artis, sudah tentu anda ingin mencari sebuah produksi filem yang hebat agar lagu yang anda hasilkan dapat diterjemahkan sebagai sebuah jalan cerita yang menarik. Ini amatlah penting untuk mempromosikan lagu anda secara maya dan ia bukan lagi sebagai satu perkara untuk suka-suka sekiranya anda ingin bersaing dan ingin dilihat lebih ke depan. Maka selain lagu anda yang hebat untuk didengar, penonton dan pendengar ingin melihat anda secara visual samada di youtube atau TV. 


kehebatan produksi tempatan  Sabah yang menerbitkan video klip artis artis  Sabahan.


Setanding dengan kepesatan industri hiburan yang semakin berkembang dengan agak baik di Negeri Di Bawah Bayu,  beberapa Syarikat Produksi mengeluarkan video klip untuk artis-artis tempatan untuk untuk artis Sabahan antaranya  Pusakag Production, Magus8Entertainment Studio, dan yang terbaru  ialah JevShenProduction.

Video Klip Hosiana Keewon "Magandad Dika' membawa admin untuk  mencari maklumat syarikat  produksi  JevShenProduction  setelah mendapati kualiti video yan dihasilkan sangat menarik dan berkualiti walaupun hanya berlatarkan Gunung Kinabalu. Melihat maklumat di FB Pages  JevShenProduction, didapati syarikat ini juga menyediakan pelbagai pekhidmatan photography sejak tahun 2007 termasuk Majlis Perkahwinan, Pelbagai Event Syarikat dan terkini telah mengeluarkan video klip artis-artis tempatan yang rata-rata mendapat pujian dari netizen.Lihat saja video klip dari artis artis terbaru Hosiana Keewon dengan lagu Magandad Dika. 

Selain itu siasatan Sabahan Blogger mendapati beberapa artis lain seperti Nera AF, Fanzi Ruji, James Yahai Band dan Melinda Dadew  pernah menggunakan perkhidmatan JevShenProduction. Jadi sekiranya anda ingin mendapatkan service JevShenProduction boleh terus ke laman FB atau email jevshen@yahoo.com. untuk pertanyaan lanjut.

Masyarakat Sabah juga sangat beruntung kerana mendapat banyak anugerah alam semulajadi yang menarik seperti Taman Kinabalu, Kundasang, Kota Belud dan Pulau-pulau bertaraf dunia. So, tak perlu lah pigi Korea atau Jepun untuk penggambaran Video Klip. Apa yang penting sesebuah produksi filem perlu kreatif dan menggunakan keindahan  semulajadi secara maksima untuk mendapatkan hasil yang diimpikan.



Berbalik kepada video klip yang dihasilkan oleh JevShenProduction, rata-rata netizen memuji hasil video yang dihasilkan. Dibawah adalah video klip dan beberapa komen daripada penonton youtube selepas meononton video klip artis-artis tersebut;






Dari aspek teknikal, semua hal hal berkaitan lighting, lokasi dan emosi dalam video akan membantu seseorang penonton untuk lebih memahami dan menghayati sesebuah video klip. Sekalipun anda hasilkan video untuk tujuan youtube, aspek-aspek ini masih dianggap basic dan sesuatu penerbitan selain penggunaan tenaga kerja yang cukup dan berpengalaman. So, harap-harap makin banyak syarikat produksi yang menghasilkan video klip yang bermutu..jadi nda payah lagi pigi jauh-jauh pigi KL.
x

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



Mohon komen secara berhemah. Terima kasih