Ahad, 14 Julai 2019

BLOG TIADA DALAM ENJIN CARIAN?

10 LANGKAH MUDAH MEMAPARKAN BLOG DALAM ENJIN CARIAN



TIPS SEO PALING MENANG

Google sememangnya amat kejam dan tidak bertimbangrasa!! Buktinya posting saya 3 tahun lalu pun tidak keluar-keluar dalam enjin carian. Pengalaman pahit yang terpaksa diterima blogger terutamanya mereka yang tidak memahami cara Google Search Enjin berfungsi.



Saya terpaksa buat kerja rumah dan overtime untuk mencari punca masalah posting tak muncul dalam enjin carian ini. Google bukan seperti 5 tahun lepas. Banyak perubahan telah dilakukan untuk mengurangkan aktiviti spammer dan sebagai blogger 'suam-suam' pasti akan terasa kesannya. Kini kembali ceria dan bersemangat untuk meneruskan aktiviti blogging dan seterusnya berpeluang mendapatkan duit internet melalui tips yang diberikan oleh MENTOR AFFILIATE MALAYSIA. Psst..Blogger Otai di luar sana tak jelaskan dengan secukupnya tentang masalah ini namun bersyukur akhirnya saya dapat atasi juga masalah ini melalui langkah langkah berikut;

MEMAHAMI GOOGLE SEARCH CONSOLE

Google Search Console perperanan membantu blogger seperti anda untuk menghantar property ( iaitu blog / website ) seterusnya melaksanakan proses mengindeks url blog anda di enjin carian Google. Perkara ini adalah sangat-sangat penting untuk memastikan posting anda tersenarai dalam enjin carian. Bagi saya proses ini adalah sama penting dengan teknik pemilihan keywords. Jadi tugas anda yang pertama adalah ;

1. Masuk ke Webmaster Tools di url 

Sila klik pada setiap imej untuk lebih jelas .



2. Klik pada 'ADD PROPERTY"





3.Sekiranya anda sudah daftarkan blog anda dalam webmaster tool, anda klik USE NEW SEARCH CONSOLE seperti di bawah






4. Selepas itu akan timbul paparan seperti di bawah. Masukkan url posting anda seperti yang ditunjukkan pada anak panah.






5.Seterusnya ini langkah penting..tekan ENTER pada keyboard anda. Langkah ini ramai yang akan KELIRU . Ulangan: Anda perlu tekan ENTER pada keyboard



6.Sekiranya blog posting anda sememangnya tidak berada dalam enjin carian, maka akan keluar paparan seperti ini





7.Anda perlu klik pada perkataan REQUEST INDEXING seperti yang ditunjukkan di bawah





8.Google akan proses ( crawl ) url anda. Ia mengambil masa lebih kurang 1 hingga 2 mingit. Selepas itu, paparan seperti berikut akan muncul menunjukkan blog post anda kini sudah diiendex termasuk. Ia juga memberitahu sekiranya page anda mesra mobile.





9. Untuk memastikan url posting anda sudah berada dalam enjin carian, anda boleh LIVE TEST. Klik pada LIVE TEST seperti yang ditunjukkan.




10. Tahniah..blog anda kini berada dalam enjin carian. Masukkan semua url atau blog post anda dan ulangi langkah no. 4. Anda juga boleh ke enjin carian dengan menaip keywords untuk melihat dimana kedudukan blog post anda. Seperti yang ditunjukkan di bawah, blog post saya dengan keyword " personal blog terbaik di Malaysia' berada di halaman ke-2 enjin carian google. Dan bagi saya ia berbaloi memandangkan ia baru sahaja di index kurang 5 minit.






Akhirnya...salah satu proses SEO yang sangat-sangat penting telah anda lakukan. Diharap paparan artikel ini dapat meningkatkan ranking blog anda dan memastikan artikel di blog anda dapat dibaca oleh pencari maklumat dalam enjin carian. Sekiranya anda ada tips SEO yang berguna untuk sesama blogger, mohon tinggalkan pesanan anda di bahagian komen.




2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Blog http://www.azlindaalin.com/ jauh lebih baik dari saya. Terimakasih atas ulasan.

      Padam



Mohon komen secara berhemah. Terima kasih