Isnin, 29 Julai 2019

PANDUAN DAN CONTOH LONG TAIL KEYWORDS


Salah satu sebab mengapa artikel dalam blog tidak muncul di muka depan enjin carian ialah kerana terdapat persaingan penggunaan ‘kata kunci’ yang tinggi. Sekiranya ini berlaku, pastinya menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan blogger kerana membuat artikel berinformsi dan menarik memerlukan masa dan tenaga yang banyak.

Pada masa kini, ramai blogger yang berlumba-lumba untuk muncul dalam muka depan enjin carian. Pelbagai kaedah dan cara yang digunakan dan realitinya mereka yang lebih advance akan memonopoli ranking google. 

Untuk bersaing dengan mereka, kita perlu mencari kaedah yang betul dan salah satunya ialah penggunaan ‘long tail keyword’.

Maksud long tail keyword ialah menggunakan patah perkataan yang lebih panjang sebagai kata kunci dalam sesebuah blog. Contoh ‘long tail keyword’ adalah seperti yang saya tunjukkan di bawah;

Keyword
Long Tail Keyword
Durian Murah
Durian murah yang sedap
Baju lelaki
Baju berkualiti untuk lelaki
Perniagaan sampingan
Perniagaan Sampingan Untuk Wanita
Hotel Terbaik
Hotel Terbaik di Kota Kinabalu
Cara Membuat Kuih
Cara Membuat Kuih Dengan Cepat
Baju Pengantin Lelaki
Baju Pengantin Lelaki Dewasa Berkualiti
Restoran Paling Hot
Restoran Hot Paling Terkenal
Cara Buat Blog
Tips dan Cara Buat Blog
Blog Perkahwinan
Blog Perkahwinan Era Baru
Hotel Murah Kota Kinabalu
Hotel Murah dan Selesa di Kota Kinabalu.
Sticker Murah
Pembekal Sticker Murah dan Berkualiti
Jawatan Kosong Kerajaan
Info Jawatan Kosong Kerajaan Tahun 2020
Panduan Lulus Peperiksaan Jururawat
Tips dan Panduan Terbaik Lulus Peperiksaan Jururawat

MENGAPA HARUS GUNAKAN LONG TAIL KEYWORD

Untuk Muncul Dalam Muka Depan Enjin Carian

Keyword yang pendek mempunyai persaingan yang tinggi apatah lagi bagi niche yang popular.Jika anda google ‘cara buat blog; misalnya, akan terdapat 10 hingga 15 pages yang memaparkan kata kunci yang sama. Jadi  penggunaan ‘long tail keyword’ mampu membantu pages anda muncul dalam enjin carian dan berada dalam ranking lebih baik.

Audience Yang Lebih Terarah / Organik

Penggunaan long tail keyword mampu membantu pembaca membuat pilihan dengan lebih mudah seterusnya mengklik kata kunci yang sesuai dengan kehendak mereka . Pembaca yang mencari maklumat lazimnya menaip pencarian dengan menggunakan perkataan yang lebih panjang untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

Membantu Meningkatkan Ranking Blog

Pemggunaan Long Tail Keyword dalam blog akan membantu blog anda secara keseluruhan kerana ia akan mempengaruhi minat pembaca untuk membaca isi kandungan lain dalam blog.

Memberikan lebih Banyak Idea Kepada Penulis

Sebagai penulis artikel dalam blog, perkataan yang lebih panjang membolehkan kita mendapat idea yang lebih luas untuk  memudahkan kita mencari pengisian sesebuah artikel.

Dalam artikel saya sebelum ini tentang kaedah meningkatkan ranking blog,ternyata penggunaan keyword yang pendek juga sering mengelirukan google kerana ia sering mengakibatkan tajuk blog post bertembung dengan posting dalam blog orang lain. Pertembungan ini akan menyebabkan blog anda sukar diindex malah blog anda ada kemungkinan di anggap sebagai ciplak dan ada risiko untuk disenarai hitam oleh google.

Saya sendiri telah mengkaji beberapa keyword dalam posting saya dan terbukti penggunaan long tail keyword mampu mencabar pesaing anda di enjin carian. Niche berkaitan SEO sering dimonopoli oleh otai-otai dan pakar-pakar  SEO, namun saya bernasip baik kerana dengan penggunaan long tail keyword, tajuk blog saya ‘kaedah terkini naikkan ranking blog’ berada di kedudukan No. 1 malah mengatasi blog pakar SEO tuan Wan Yusof iaitu wanyusof.com.



Walaupun penggunaan long tail keyword penting dalam SEO, namun terdapat banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi keseluruhan ranking blog kita dalam google search.

Namun, kepentingan long tail keyword tidak dinafikan kerana pakar blog dan SEO terkenal, Neil Patel mengiyakan malah memandang serius penggunaan "perkataan panjang" ini sebagai kata kunci blog.

Siapa yang patut gunakan long tail keyword?  

Mereka yang fokus untuk mendapatkan prospek, mereka yang mengumpul data base email dan mereka yang menjual produk secara online. Selain itu newbie yang fokus kepada kata kunci yang mempunyai persaingan tinggi dalam enjin carian perlu menggunakan kaedah ini jika ingin bersaing.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan



Mohon komen secara berhemah. Terima kasih