Selasa, 30 Julai 2019

PEMBEKAL DROPSHIP MUDAH TANPA MODAL


Panduan Dropship Dengan Kumoten

Adakah anda berminat untuk menjadi dropshipper dan mempunyai kedai sendiri di shopee? Tahukah anda bahawa anda boleh menjana ribuan ringgit sehari tanpa produk sendiri dengan menjadi dropshipper kepada pembekal sedia ada samada di Malaysia atau luar Negara. 

Untuk kali ini, artikel saya berkaitan pengalaman menjadi dropshipper kepada Kumoten.com

Kenapa Kumoten?

Kumoten menyediakan peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi ahli dropship  dan menjual produk mereka kepada orang luar melalui medium e-commerce samada Shopee, Lazada, Lelong.my, Sitegiant  atau 11street.

 Apa yang menarik dengan Kumoten adalah;

 KEAHLIAN  PERCUMA

Menjadi agen dropship bagi Kumoten.com tidak memerlukan anda untuk membuat apa-apa bayaran. Anda hanya perlu mendaftar dan anda sudah boleh menjual di Shopee atau Lazada.com.

SISTEM AUTO SYNC

Sistem auto sync membolehkan  anda  integrasikan produk di kumoten dengan kedai e-commerce anda. Ini lah yang paling menarik dengan Kumoten.com. Anda tak perlu bersusah payah mengambil gambar, dan menyusun  kedai anda kerana melalui system auto sync, anda hanya perlu pilih produk  dan integrasikan dengan kedai e-commerce anda.

Selepas anda mendaftar anda boleh promosikan produk ke media sosial seperti Facebook, Whatsapps, Twitter dan lain-lain.

BEBAS MEMILIH LEBIH 100000 PRODUK

Anda bebas memilih lebih 100000 produk di Kumoten termasuk peralatan elektronik, pakaian, mainan kanak-kanak dan lain-lain.  Jadi anda boleh tentukan jenis barangan atau kata kunci berdasarkan pilihan anda.

SISTEM  KOMUNIKASI YANG RESPONSIF

Website kumoten mempunyai sistem bantuan 24 jam sekiranya anda memerlukan apa-apa bantuan teknikal.

DIJUAL PADA HARGA BORONG?

Kumoten mendakwa  produk mereka dengan harga borong. Setakat mana kebenaran saya pun kurang pasti, anda boleh selidik sendiri. Namun apa yang pasti, anda boleh pilih produk yang dengan keuntungan sehingga 17 peratus.

MENERIMA PELBAGAI KAEDAH PEMBAYARAN

Anda boleh menggunakan debit kad yang dikeluarkan oleh mana-mana bank di Malaysia. Anda juga boleh menggunakan kredit kad.

MENERIMA PENGHANTARAN POS MALAYSIA

Kumoten menjadikan Pos Malaysia sebagai penghantar dan ianya akan memudahkan anda mengesan bungkusan yang dihantar oleh kumoten kepada pelanggan anda.

LANGKAH-LANGKAH MENDAFTAR SEBAGAI DROPSHIPPER KUMOTEN.

1.Masuk ke website Kumoten.com dan daftar keahlian.

2. Buat Pembayaran secara Prepaid ( Pilihan ). Anda boleh bayar kemudian selepas anda mendapat permintaan atau order dari pelanggan.

3. Sync dengan akaun Shopee / Lazada anda. Belum buka akaun? Buka akaun sebagai seller di sini SHOPEE atau LAZADA

4. Anda perlu memberi kebenaran / AUTHORISATION kepada Kumoten untuk Sync / INTEGRASI ke Akaun Shopee anda. Sila lihat PANDUAN BERGAMBAR CARA INTERGASI


5. Pilih Produk di Kumoten

 6. Klik pada Akaun anda yang terletak di atas penjuru kanan



7. Klik pada MY STORE

langkah langkah membuka dropship kumoten


8.    Klik Sync. Hijau maknanya anda berjaya SYNC dan sudah masuk dalam kedai Shopee / Lazada anda


 9.    Lihat senarai produk yang anda pilih tadi. Item berwarna oren bermakna produk tersebut sudah berada dalam kedai e-commerce anda. Warna gelap bermakna belum dan anda perlu klik untuk sync.







10.Promosikan kedai anda samada melalui media social, blog , forum, pengiklanan dan sebagainya


Kini anda dah ada kedai online dan anda boleh letakkan seberapa banyak produk dari Kumoten ke Shopee, Lazada atau kedai e-commerce anda yang lain. Bagaimanapun, mengikut statistic terkini,  kebanyakan produk yang terjual di Kumoten adalah dari Hardware Equipment (29%), Healt and Beauty (19%), Hobbies(18%).Statistik ini mungkinboleh diadikan sebagai rujukan produk apa yang hendak anda jual nanti.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan



Mohon komen secara berhemah. Terima kasih