RISIKO BERMAIN DI TAMAN PERMAINAN

8 KESILAPAN IBU BAPA DI TAMAN PERMAINAN


Ibu bapa sering membiarkan anak-anak bermain di taman permainan tanpa pengawasan maksima. Tahukah anda, kanak-kanak sering terdedah kepada bahaya pada bila-bila masa jika tidak diawasi dengan betul. Meskipun terdapat taman permainan yang menepati piawaian untuk keselamatan kanak-kanak, tanggungjawap masih terletak ditangan pengguna iaitu ibu bapa sendiri. Jadi, tidak timbul persoalan ibu bapa menyalahkan pihak-pihak berkenaan apabila terjadi kemalangan atau perkara yang tidak diingini di taman permainan.

1.RISIKO PENYAKIT BERJANGKIT

Kanak-kanak yang pergi ke taman permainan sering terdedah kepada penyakit berjangkit seperi cacar, kudis,selsema, dan virus influenza. Lazimnya penyakit ini berjangkit melalui virus yang dibawa oleh pesakit yang tidak mendapat rawatan dan tidak diawasi oleh ibu bapa. Sebagai contoh, penyakit cacar sangat mudah berjangkit dan kanak-kanak yang menghidap penyakit ini perlu dikuarantin di rumah sekurang-kurangnya 1 atau 2 minggu sebelum dibenarkan bergaul dengan orang luar.


2.KEMALANGAN AKIBAT REMPUHAN




Kemalangan akibat tolak menolak dan rempuhan kanak-kanak terjadi apabila terlalu ramai kanak-kanak menggunakan taman permainan. Kita perlu memastikan kawasan permainan selamat untuk bermain dan adalah lebih selamat untuk menjauhi taman permainan yang terlalu 'crowded'. Jika sekiranya terjadi, kanak-kanak yang lebih kecil selalunya akan jadi mangsa akibat tolakan dan rempuhan kanak-kanak yang lebih dewasa. Taman permainan sepatutnya perlu dihad kan kepada beberapa orang sahaja dalam satu satu masa untuk memastikan tolak menolak, perebutan dan rempuhan berlaku.



3.KEMALANGAN AKIBAT PERALATAN YANG ROSAK

Sebelum ibu bapa membenarkan anaknya bermain, adalah lebih elok ibu bapa sendiri mengenalpasti fasaliti dan peralatan di dalam taman permainan. Beberapa kejadian yang mengakibatkan kanak-kanak tercucuk dan terluka berlaku disebabkan peralatan yang lama dan tidak diselenggara.Lebih menyedihkan apabila terdapat kanak kanak yang meninggal dunia disebabkan terjatuh di tempat tinggi akibat kegagalan peralatan berfungsi dengan baik. Jika ini berlaku siapa yang harus dipersalahkan?

4.TERDAPAT LONGKANG YANG TIDAK DITUTUP




Longkang perparitan yang tidak ditutup sangat merbahaya terutamanya kepada kanak-kanak. Dalam hal ini sememangnya terdapat taman permainan kanak-kanak yang dikelilingi parit yang tinggi untuk tujuan melancarkan aliran air. Namun masalahnya, longkng ini tidak ditutup dan ada yang tingginya lebih dari 5 kaki. Longkang ini sepatutnya ditutup oleh pihak pemaju kerana ia sangat memudaratkan pengguna terutamanya kanak-kanak yang kurang peka terhadap keselamatan. Taman yang mempunyai parit ini sering dilihat di Taman-taman perumahan dan adalah satu keperluan untuk menutup untuk mengurangkan nyawa melayang akibat terjatuh.


5.RISIKO GIGITAN SERANGGA

Penyakit malaria dan denggi disebabkan oleh pembawaan nyamuk yang membiak di takungan yang tidak bertutup. Kanak-kanak yang bermain sehingga lewat senja menghadapi digigit oleh nyamuk yang aktif pada waktu senja. Untuk mengatasi masalah ini, masa bermain kanak-kanak di taman permainan  perlu dihadkan sebelum jam 6 petang. Kanak-kanak sering dilihat bermain sehingga malam lebih lagi dikawasan permainan yang terletak di kawasan taman perumahan. Masyarakat terutamanya ibu bapa berperanan untuk memastikan taman permainan bebas daripada bekas-bekas tin dan makanan agar ia tidak menjadi takungan air  semasa hujan.


6.SERPIHAN KACA DAN BENDA BENDA TAJAM

Kanak-kanak selalunya bermain tanpa kasut dan selipar. Risiko tercucuk benda tajam seperti kaca dan paku pasti akan terjadi sekiranya terdapat pengguna yang tidak bertanggungjawab membuang serpihan kaca dan benda-benda tajam di Taman permainan. Taman permainan yang tidak diselenggara, mempunyai rumput-rumput tajam dan berpasir mempunyai risiko untuk melukakan tapak kaki kanak-kanak yang tidak memakai alas kaki.


7.KESILAPAN KANAK-KANAK SENDIRI



Kanak-kanak yang baru belajar berjalan dan belum kuat perlu dipimpin oleh ibu bapa untuk mengelakkan tersilap langkah atau tergelincir. Tangga untuk memanjat selalunya diperbuat daripada besi dan adakalanya tidak sesuai untuk kanak-kanak yang baru berjalan. Kesilapan ketika melangkah boleh menyebabkan kecederaan yang serius kepada kanak-kanak tersebut.



8.RISIKO DIHYDRASI

Kanak-kanak sepatutnya ditegah bermain dalam cuaca yang panas dan terik kerana dikhuatiri mengalami dihydrasi, pening dan silau. Pastikan kanak-kanak dibekalkan air yang mencukupi dan perut yang tidak kosong sebelum ke taman permainan. Taman permainan yang terletak di kawasan tepi pantai selalunya mempunyai kadar kepanasan yang tinggi disebabkan haba dari kawasan lautan yang panas.




Catat Ulasan

0 Ulasan