STATUS TERKINI KEKOSONGAN JAWATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM

IKLAN KERJA KOSONG KERAJAAN 2019 DI SELURUH MALAYSIA

Artikel berikut adalah maklumat kekosongan jawatan terkini bagi kerja kosong dalam sektor kerajaan. Mungkin anda susah cari link-link jawatan kosong..so untuk memudahkan pencarian anda, saya sertakan pautan terus maklumat kerja kosong kerajaan, link maklumat keputusan temuduga dan panduan menghadiri temuduga kerja kerajaan.

maklumat kekosongan jawatan SPA
Klik iklan kekosongan Jawatan di dalam Persekutuan seluruh Malaysia di link http://www.spa.gov.my



Kementerian Kerja Raya Malaysia
  • Jawatan kosong : 105 jawatan
  • Jawatan:Pembantu Kemahiran H19 
  • Syarat kelayakan:SPM /SVM/SKM
SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU
  • Jawatan kosong : 8 jawatan
  • Jawatan: Pelukis Pelan Gred JA 19
  • Syarat kelayakan: Rujuk pada http://www.spa.gov.my
  • Tarikh tutup ialah pada 9 Ogos 2019.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
  • Jawatan Kosong : 47 jawatan
  • Jawatan : Pembantu Operasi N 11
  • Agensi: Kementerian Pendidikan Malaysia dan pelbagai Jabatan.
  • Syarat Minima: SRP/PMR/PT3 dengan kepujian dua matapelajaran termasuk Bahasa Malaysia.
  • Tarikh tutup: 4 Ogos 2019
JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
  • Jawatan kosong: 12 jawatan
  • Nama Jawatan: Juruaudio Visual Gred N19
  • Syarat Minima: Lulus SPM dengan kepujian 2 matapelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mempunyai lesen memandu kelas D
  • Tarikh tutup: 4 Ogos 2019
JABATAN LAUT MALAYSIA
  • Jawatan Kosong: 18 jawatan
  • Tarikh tutup: 4 Ogos 2019
  • Syarat: Mempunyai kelulusan/pengalaman dalam bidang berkaitan.
Langkah-langkah untuk mengisi jawatan kosong;


  1. Anda perlu mendaftar dahulu di link ini https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp.
  2. Sekiranya sudah berdaftar sila login di https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp untuk semak status permohonan anda.

Sementara itu, sekiranya anda ingin menyemak kerja kosong kerajaan bagi jawatan peringkat negeri, sila semak di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri masing-masing seperti berikut

JAWATAN KOSONG KERAJAAN NEGERI SABAH

Melalui website ini anda boleh membuat permohonan jawatan kosong, melihat iklan kekosongan jawatan dan mengemaskini maklumat peribadi anda.

JAWATAN KOSONG KERAJAAN BAGI NEGERI PAHANG
Melalui website ini anda boleh semak jawatan kosong terkini, keputusan temuduga, etika berpakaian ketika temuduga dan maklumat lain yang berkaitan.

MAKLUMAT IKLAN KEKODONGAN JAWATAN BAGI NEGERI TERENGGANU
MAKLUMAT KEKOSONGAN JAWATAN BAGI NEGERI KEDAH DARUL AMAN
MAKLUMAT JAWATAN KOSONG BAGI NEGERI PERAK
MAKLUMAT IKLAN KEKOSNGAN JAWATAN BAGI NEGERI TERENGGANU
PENDAFTARAN SEBAGAI PEMOHON KERJA KERAJAAN NEGERI JOHOR
MAKLUMAT PERMOHONAN PEKERJAAN UNTUK SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN
PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI TEMUDUGA

Pastikan anda memakai pakaian kemas untuk memastikan anda diberi peluang untuk bekerja dalam sektor kerajaan atau dengan kata glamour dalam perkhidmatan awam. Bagi lelaki, seeloknya pakailah baju berlengan panjang dan mesti berseluar panjang. 


Seeloknya jangan gunakan warna pakaian yang terlalu berwarna warni. Pakaian yang dikira selamat untuk baju ialah warna putih, biru muda, hijau muda, grey, pendek kata warna yang tidak terlalu terang sehingga mencucuk mata. 


Manakala seluar pula bolehlah pilih warna gelap. Jangan sesekali memilih warna seluar berwarna merah, kuning, hijau..haha..memang nampak pelik dan lucu.Manakala warna putih pula cepat kotor.


Pakailah stokin dan kasut jenis kulit atau separa kulit. Sebenarnya anda tak perlu membeli pakaian yang terlalu mahal untuk menghadiri temuduga. Cukup dengan nampak kemas dan anda rasa selesa dan yakin.Perkongsian saya sebagai bekas kakitangan awam yang glamour..haha



Maklumat kerja kosong kerajaan terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Pastikan anda langgan newsletter infokinabalu untukinfo terkini.



Catat Ulasan

0 Ulasan