Ahad, 14 Julai 2019

TOP 5 PERSONAL BLOGGER DI MALAYSIA

TOP 5 BLOGGER BAHASA MELAYU TERBAIK  DI MALAYSIA

Aktiviti blogging sangat masih relevan meskipun pelbagai  media sosial kini  berada di hujung jari. Sebagai rakan  blogger yang masih aktif membuat blog, Geng Sabahan Blogger mendapati terdapat beberapa blog Bahasa Melayu di Malaysia yang sangat berpengaruh, mempunyai pengikut yang ramai, berada di kedudukan tertinggi dalam pencarian search enjin, bermaklumat dan pastinya mendapat duit internet.

Untuk pencarian kali ini, blog yang tersenarai adalah blog yang aktif, berada di mukan depan search enjin dan mempunyai pengisian yang membina.

Tips Duit Online

1. WANYUSOF.COM - BLOG KEYWORD UNTUK TEKNIK-TEKNIK SEO

Untuk blog teknik-teknik dan panduan SEO Geng Sabahan Blogger memilih blog www.wanyusof.com sebagai blog terbaik kerana semasa artikel ini ditulis blog Wan Yusof berada di paparan pertama Google Search. Hasil penilaian Geng Sabahan Blogger mendapati blog ini mempunyai paparan cukup kemas, pengunaan font jelas dan mudah dibaca, tulisan artikel yang ringkas dan mudah difahami. Selain itu, terdapat ruangan komen di hujung artikel yang membolehkan blogger lain meninggalkan jejak.

geng sabahan blogger

2.  HASRULHASSAN.COM - BLOG TERBAIK UNTUK KEYWORD BUAT DUIT MELALUI BLOG


Blogger Hasrul Hassan adalah seorang pakar blogger yang tidak perlu diperkenalkan lagi bagi rakyat Malaysia amnya. Teknik dan tips yang disampaikan banyak membantu terutamanya blogger-blogger yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogging. Selain keyword buat duit melalui blog, Hasrul Hassan juga banyak berkongsi teknik teknik SEO, Panduan Adsense, cara buat blog dan kadangkala terselit artikel berkaitan travel dan keluarga. Blogger ini juga mendapat duit internet USD250 sebulan hanya melalui Adsense tidak termasuk program-program affiliate yang lain. Menggunakan platform blogspot sebagai medan blogging menunjukkan blogspot juga merupakan platform terbaik untuk membuat blog dan meraih duit internet!


3. SABREEHUSSIN.COM - BLOG TERBAIK UNTUK PELBAGAI NICHE


Sabree Hussin merupakan seorang lagi blogger kegemaran admin dan sering mendapat perhatian dari pencari-pencari maklumat online. Kepakaran beliau menulis artikel dalam pelbagai niche dan kata kunci menjadiakan blog www.sabreehussin.com  sentiasa berada di ranking pertama enjin carian. Tidak lekang dengan idea dan cara penyampaian yang mudah difahami,blogger ini  juga menggunakan nama sendiri sebagai nama domain sama seperti Hasrul Hassan dan Wan Yusof. Ini membuktikan penggunaan nama sendiri sebagai nama domain mempunyai tarikan tersendiri kepada pembaca. Kerja keras tuan Sabree yang mampu menulis sehingga 8 artikel sebulan  membuktikan blogger ini merupakan pakar dalam bidang panduan blog, panduan bisnes online, cara dapat duit adsense, cara bisnes homestay dan berbagai review lain produk dan perkhidmatan.


4. AINONMOHD.MY-BLOGGER PANDUAN MARKETING TERBAIK 

Puan Ainon Mohamad pemilik blog https://www.ainonmohd.my adalah seorang tokoh masyarakat yang disegani dan seorang blogger yang hebat. Pencarian keyword bisnes dari rumah menemukan penulis dengan blog wanita ini dan mendapati banyak memberikan lmu terutamanya kepada wanita-wanita di luar sana untuk memulakan bisnes.Beliau juga menghasilkan sebuah ebook berjudul  E-book Dudel memulakan bisnes yang boleh anda dapat di pautan https://ainonmohd.my/program-dan-produk/. Puan Ainon merupakan pemegang Ijazah Sarjana Mudah Linguistik dan Sastera dan mencurahkan banyak ilmu bisnes di Facebook rasmi dan blog .Blogger ini mempunyai lebih 100k pengikut. So, sekiranya anda serius untuk buat bisnes, blog puan Ainon mempunyai banyak tips yang boleh dipraktikkan.

tips duit online





5. LYSSASECRET.COM BLOG  PALING  RAMAI PENGIKUT


Blog lyssasecret.com milik Lyssa Faizureen sehingga kini mendapat hampir 227 juta pageview dari hampir 60 ribu pengikut!! Blog arkib menunjukkan blog milik gadis manis  berusia 27 tahun ini dimulakan sekita tahun 2010 dan mencatat rekod penulisan entri purata 47 artikel sebulan pada tahun 2011 dan 2012 !! Fuh..macam mana dia buat tu? Mesti dia ni fulltime blogger kan..Apa pun tahniah kepada pemilik blog bernama Lyssa Faizureen kerana usaha selama hampir 10 tahun kini berbaloi. Mengikut pengamatan Sabahan Blogger, blog Lyssasecret ini juga menggunakan platform blogger blogspot ( betulkan kalau silap ).

Lyssa Faizureen

blog pageviews Lyssa Faizureen
Hah..mesti ramai blogger yang cemburu melihat pencapaian blogger wanita ni kan. Untuk pengetahuan anda juga, pemilik blog ini merupakan pemegang Ijazah Sarjana IT Software Engineering, so tak hairanlah buat blog pun mesti 'kaw-kaw' punya!

Banyak lagi blog yang popular dan mempunyai pengisian yang baik dan bermaklumat diluar sana. Sebagai kesimpulan,  blog yang menggunakan nama sendiri sebagai nama domain amat baik untuk meningkatkan personal branding. Admin Sabahan Blogger akan update dan buat review beberapa blog yang mempunyai pengisian yang baik dan bermaklumat. Sekiranya anda seorang blogger seperti saya, anda boleh tinggalkan jejak di ruangan komen dan kita sama-sama blogwalking!!

6 ulasan:

  1. Terima kasih kerana menyenaraikan blog saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya..blog tuan jadi rujukan blogger baru.. terima kasih

      Padam
  2. Saya suka senarai ini Tuan, Terima kasih.

    BalasPadam
  3. Masih relevankah blogging di tahun 2020? Pendapat saya tahun 2010 - 2012 adalah zaman aktif bermain blog dan berblog walking.

    BalasPadam
  4. Skrg dah zaman suram utk blog.fb n insta lebih trending

    BalasPadam

Komen guna Google akaun kini TIDAK lagi boleh digunakan.
Sila komen guna nama dan pautan blog anda.
Blog Ping sangat di alu-alukan.
Terima kasih.