72K MEMBENCI LAGU COWOK BARU


LAGU COWOK BARU TIDAK DISUKAI 72K!!

Baru 3 hari dilancarkan, lagu baru Dato Aliffsyukri Terlajaklaris dibenci 72K berbanding disukai hanya 27K penonton. Namun..Siapa Dato Aliffsyukri dan Dato Seri Vida? Kedua-dua figura ini cukup dikenali di Malaysia. Kedua-duanya sering trending terutama di media sosial. Baru-baru ini bergaduh hanya kerana kolam peliharaan masing-masing.? Kemudian menarik jutaan penonton untuk like, komen dan  subscribe.






STRATEGI MARKETING PALING EFEKTIF

Kuasa viral merupakan strategi marketing yang paling efektif di media sosial. Mereka bijak memanipulasi penonton untuk mendapatkan jutaan ringgit melalui kaedah viral dan trending di media sosial. Bagi pandangan saya ia sememangnya dirancang untuk pelbagai motif tidak lain dan tidak bukan adalah untuk  menjana kekayaan   walaupun mereka sudah berjaya dalam bisnes kosmetik. Samada anda sedar atau tidak, Dato Aliffsyukri dan Dato Seri Vida akan bertambah kaya dengan pelbagai cara. Walaupun ramai yang tidak suka dengan penampilan ‘berlebihan’ figura ini di media sosial, ia ternyata menarik jutaan penonton ke akaun media sosial mereka seperti Instagram , Facebook Youtube.

Sebagai pengguna media sosial, saya antara jutaan pengikut mereka dan mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut hiburan, kontroversi, drama dan real life selebriti di Malayisa. Berdasarkan pengamatan saya sebagai pengguna media sosial seperti anda, strategi dan faktor-faktor berikut adalah penyumbang kejayaan selebriti ini.

TIDAK TAHU MALU.

Sebagai seorang bisnesman, perasaan malu dan segan ternyata tidak ada dalam diri kedua-dua selebriti ini. Walaupun mereka ternyata tidak pandai menyanyi dan mempunyai vocal ke laut, video mereka masih trending di Youtube dan menarik jutaan penonton untuk melanggan chanel di Youtube atau Follow mereka di Instagram. Baru-baru ini Dato Alifsyukri melancarkan lagu terbaru bertajuk Cowok Baru berkalobrasi dengan seorang penyanyi Indonesia Upial dan Lucinta Luna.




Jika anda lihat, baru beberapa hari dilancarkan tontonan video ini dah hampir sejuta. Jumlah yang like hanya setakat 27K dan tidak suka 72K! Bayangkan..anehnya, masih ramai yang mempunyai perasaan ingin tahu dan mahu menonton video ini.

STRATEGI AMPUH

Dato Aliffsyukri ternyata seorang yang sangat bijak. Pada masa video ini dilancarkan, beliau juga melancarkan produk ebook bertajuk Zero To Hero. Apa kaitannya? Tentulah sesiapa yang ingin melihat youtube ini, pastinya dalam masa yang sama ingin melihat produk lain Dato Aliffsyukri termasuk produk kosmetik dan ebook yang baru dilancarkan. Ini adalah kuasa link atau pautan antara bisnes dan produk berkaitan.
Dalam video ini, Dato Aliffsyukri juga mengambil penyanyi kontoversi iaitu penyanyi transgander  Lucinta Luna sebagai pasangan dalam video klip selain penyanyi ‘lawak’ Upiak Isil. Beliau tentunya telah membuat kajian mendalam bagaimana untuk meningkatkan rating sesebuah lagu untuk menarik perhatian netizan.

Untuk menjadikan video ini trending sekelip mata, Dato Aliffsyukri dan team membuat banyak drama ketika pembikinan video klip termasuk kononnya masalah dengan isteri, meroyan ketika proses rakaman  dan sebelum itu perbalahan ikan di kolam dengan Dato Seri Vida. Ini belum masuk posting-posting viral bersama dengan Sajat. Kenapa pilih Sajat dan bukan Dato Siti Nurhaliza?

Jika anda pengikut Instagram Dato Aliffsyukri, beliau juga memasukkan posting berkenaan sumbangan puluhan ribu kepada badan amal. Posting ini mendapat komen, pujian dan kejaman daripada netizen.

Apa yang pasti, walau pelbagai kecaman, cacian dan pujian dari netizen.. ia tidak melemahkan semangat Dato Aliffsyukri malah semakin ligat menjadikan youtube dan Instagram untuk memaparkan ‘drama’ dan kontoversi yang semestinya memacu pendapatan figura ini.





Catat Ulasan

0 Ulasan