GANTI ASTRO DENGAN MYFREEVIEW

MYFREEVIEW TV  adalah satu lagi rangkaian TV Percuma disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk rakyat Malaysia. Sekiranya anda Ingin menjimatkan perbelanjaan dengan memotong Astro yang sememangnya agak mahal, Myfreeview.TV adalah 100 % percuma, tanpa langganan dan deposit.

Cara Melanggan Myfreeview.TV

Anda boleh melanggan myfreeview.tv dengan beberapa cara iaitu;
  1. Masuk ke website untuk mendaftar di link www.myfreeview.tv
  2. Terus ke telefon khidmat pelanggan di 1800-18-1088
Adakah bayaran yang dikenakan apabila melanggan  Myfreeview.TV? Anda tidak perlu membayar apa-apa samada bulanan atau deposit. Bagaimanapun, anda akan diminta untuk membayar sekiranya anda perlukan service pemasangan. Tapi..sendiri pasang pun boleh juga tu.

Kelebihan MYFREEVIEW TV
  1. Kelebihan MYFREEVIEW.TV
  2. Ia sememangnya percuma
  3. Menjimatkan perbelanjaan keluarga
  4. Mempunyai beberapa siaran termasuk TV 1, TV2, TV3, NTV7, TV8, TV HIJRAH, OKEY DAN WOWSHOP
  5. Siaran akan sentiasa ditambah dari masa ke semasa.
  6. Bokeh menggunaan antena biasa ( yang lama-lama tu, letak atas bumbung pun boleh )
  7. Liputan yang luas dari masa ke semasa termasuk Sabah dan Sarawak.
Kekurangan MYFREEVIEW.TV
  1. Siaran yang agak terhad. Bagi anda yang dah biasa dengan movie dan sport di Astro, di myfreeview memang terhad.
  2. Walaupun ia siaran digital, setakat ini siaran HD tidak setanding dengan siaran HD di Astro.
Cara Pasang Myfreeview.
  1. Sekiranya anda mempunyai TV moden yang mempunyai label  IDTV,  anda hanya perlukan antena dan TV (jenis IDTV) untuk menikmati siaran myfreeview.
  2. Sekiranya TV anda tidak mempunyai label IDTV anda perlu membeli / memasang dekoder DVB-T2. Anda boleh membeli dekoder di kedai-kedai elektronik jika anda tidak menerima secara percuma dari pihak kerajaan.
Booster antena tidak membantu untuk menerima signal myfreeview TV sebaliknya mengganggu siaran. Anda hanya perlu pasang antena biasa yang dipasang menghala ke stesen pemancar.

Mengapa beralih siaran ke siaran digital myfreeview tv?

Sebabnya bagi anda yang masih menggunakan siaran analog, besar kemungkinan tak dapat menikmati mana-mana siaran TV memandangkan perkhidmatan analog akan ditamatkan secara beransur-ansur mulai 19 Ogos 2019.

Setakat yang diketahui, semua penerima BSH akan menerima set dekoder Myfreeview secara percuma. Dan.. kalau diperhatikan, kedai-kedai mamak, hotel hotel 3 bintang ke bawah juga menggunakan myfreeview ini.

Jadi bagi saya, Astro ini hanya untuk orang-orang yang berpendapatan tinggi ja..sebabnya dah ada myfreeview TV yang percuma. Anda juga boleh mengurangkan perbelanjaan langganan TV kegemaran  dengan cara lain iaitu dengan memasang TV Android Box sekiranya anda mempunyai talian unlimited data Celcom!



Catat Ulasan

0 Ulasan