LAGU LAGU TEMA PERKAHWINAN
Majlis kahwin tidak lari dari putaran lagu-lagu bertemakan
percintaan, pernikahan dan perkahwinan. Sejak dahulu lagi, lagu-lagu seperti Bagai Pinang Dibelah Dua, Selamat Pengantin
Baru, Renjis-Renjis dan banyak lagi adalah lagu penyeri untuk majlis-majlis
kahwin.
Sebagai penyedia Sound System, saya sendiri melakukan kerja
rumah untuk menyediakan lagu-lagu yang sesuai dimainkan dalam majlis kahwin di
Sabah. Disamping lagu-lagu antarabangsa, lagu-lagu tempatan adalah lagu yang
menjadi siulan di Majlis Kahwin.
Sekiranya anda bakal berkahwin, atau ada rakan-rakan dan
saudara yang akan melangsungkan
perkahwinan tidak lama lagi, anda mungkin boleh mempertimbangkan
lagu-lagu berikut sebagai Lagu Tema Majlis Perkahwinan anda. Hmm ini lagu
pilihan saya sekiranya di minta untuk menyediakan karaoke system pada majlis
kahwin.
- Aku dan Dirimu Ari Lasso ft Bunga Citra Lestari
- Aku Mahu Once
- Bukan Cinta Biasa Siti Nuhaliza
- The Wedding
- Kogos Batos Toh Francis Landong
- Miniagal Oh Sinsing John Gaisah
- You Are The Reason - Calum Scott
- A Thousand Years - Christina Perri Lyrics
- Bruno Mars~ rest of my life
- Westlife - Beautiful in White
- Cinta Luar Biasa _ Andmesh Kamaleng
- Kisah ku Inginkan - Dato Siti Nurhaliza Ft. Judika
- Semakin - Siti Sarah
- Sampai ke Hari Tua - Aizat
- Endless Love - Mariah Carey Ft.Luther Vendross
- One Sweet Day Official Lyrics- Boys II Men & Mariah Carey
- Akhirnya Ku Menemukanmu - Naff
Tanpa irama dan lagu, sunyi sepilah sesebuah Majlis Perkahwinan. Ada yang berkemampuan untuk menyewa full band, ada yang guna One Man Band (OMB)seperti keyboard dan ada yang hanya gunakan sistem karaoke. Semuanya terserah kepada bajet pasangan pengantin.
Bagi Majlis di perkahwinan khasnya masyarakat KadazanDusun, antara instrumen yang paling penting ialah gong. Paluan gong oleh ahli keluarga dan rakan-rakan pengantin akan memeriahkan sebuah majlis perkahwinan. Namun, pada zaman ini, hampir semua pasangan mengidamkan sekurang-kurangnya Karaoke Sistem kerana melalui karaoke, semua ahli keluarga boleh dilibatkan untuk menyumbangkan lagu tanpa latihan.
2 Ulasan
nice sharing
BalasPadamTerima kasih REEM DOORGIFT. Akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Padam