Khamis, 1 Ogos 2019

Masuk Top 25 Malaysia Lifestyle Blogs


Terima kasih blog.feedspot.com kerana senaraikan infokinabalu.com dalam senarai Top 25 Malaysian Lifestyle Blogs 2019.Feedspot.com adalah sebuah website antarabangsa yang diasaskan oleh Anuj Agarwal seorang warganegara India. 


Sebenarnya jika anda submit blog anda dalam blog.feedspot.com, ia adalah satu strategi blogwalking yang baik memandangkan  mengikut pemerhatian saya tidak banyak blog di Malaysia yang aktif buat blogwalking. Jika adapun ia tidak responsive kerana banyak blogger yang tidak aktif membuat artikel.


Sebab apa saya dimasukkan dalam Top 25 Malaysian Lifestyle Blogs 2019  oleh Feedspot.com? Perasaan berbaur gembira dan lucu kerana tak mungkin blog infokinabalu.com masuk 25 top lifestyleblog di Malaysia memandangkan blog ini masih terlalu baru, pageview pun belum sampai 50k. Bikin malu saja kan...Namun saya tetap hargai usaha blog.feedspot.com berdasarkan beberapa perkara;


Pertama, blog-blog yang dikira mempunyai pengikut yang ramai dan popular iaitu;


Her World Malaysia, tallpiscesgirl,  JESSICA CHAW,  Hommes, Tekkaus, SentiasaPanas, GreenStory,  Nicole Yie  EggieYeen

Sassy Urbanite's Diary , Ini Adalah Bellarina Natasya, Jay Chha the Blogger,  Betty's Journey, Sabrina Tajudin, Jia Shin Lee, Hiphippopo, Spicy Sharon,  NOVA LEEZA, CARMEN LAYRYNN,The Jesselton Girl, Sabby Prue,  Zulfadli Yusmar, Grace Myu, ALIA HAMZAH.


Kedua, blogwalking. Ia mengumpul blogger-blogger yang aktif tanpa mengira apa-apa niche termasuk lifestyle, fashion, market, business dan sebagainya. Lebih menarik semua posting anda akan turut tersenarai dan dipaparkan dalam website ini. Cuba lihat screenshot blog salah seorang blogger .





Ketiga,tak payah dalam bahasa Inggeris. Jangan bimbang sekiranya blog anda dalam Bahasa Melayu kerana feedspot.blog tidak memilih bahasa yang penting anda aktif siarkan artikel yang menarik. Anda juga boleh memilih untuk upgrade ke premium dan mendapat lebih banyak manfaat.


Keempat, promosi percuma. Posting dalam blog akan disebarkan melalui email kepada subscriber / peserta secara percuma.


Saya sebenarnya sudah lama tercari-cari blogwalking seperti ini di Malaysia dan seperti yang saya katakan awal tadi, pencarian menemui jalan buntu, saya tidak jumpa. Jika adapun mereka kurang responsif, adakah mungkin terlalu sibuk atau sangat jual mahal untuk jengok2 rakan sebelah? Hahaha..


Ok cuma setakat ini review saya untuk feedspot.com. Sekurang-kurangnya owner dia dari Mumbai India tu Anuj Agarwal mempercayai saya kerana dia minta saya buat review / buat artikel untuk feedspot.com. Betullah.. dia email saya bah… Dan, jangan kamurang main-main ya dengan India ni, banyak expert disebelah  sana berkaitan Internet ni termasuk pengasas ShoutMeLoud.com, Harsh Agarwal.


Oh ya, sekiranya anda seorang blogger seperti saya, saya mengalu-alukan kalobrasi dan blogwalking. Jangan segan untuk tinggalkan jejak di bahagian komen.























 




2 ulasan:

  1. Hi hi saya masih terlalu baru dengan blogging. Nampak blog ini melalui Feedspot.com sebagai Top 25 Malaysian Lifestyle Blogs 2019. Lagi cun sebab blogger sabah, terbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, semoga perjalanan dapat dunia blogging dipermudahkan.

      Padam



Mohon komen secara berhemah. Terima kasih