
Ramai yang takut untuk menggunakan kad kredit disebabkan takut kepada perkara negatif yang menimpa pemegang kad kredit yang mempunyai mentaliti acuh tak acuh terhadap wang. Kad kredit sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara tertentu sahaja dan bukan sebagai kad hutang.
Sebagai pemegang
kad kredit, pengalaman bertahun-tahun memegang kad kredit telah mematangkan
saya bagaimana kad kredit digunakan dengan sepatutnya. Sebelum kita memiliki
kad kredit, kita perlu betulkan mentaliti kita terhadap kad kredit dan anda
perlu membuat keputusan dengan bijak sebelum memohon mana mana kad kredit.
Kad Kredit Bukan Untuk Mereka Yang Banyak Hutang
Hutang yang banyak menunjukkan bahawa kita tidak mampu
mengurus kewangan kita dengan bijak. Bagaimanapun, terhadap jenis hutang yang
baik dan hutang yang ‘buruk’. Hutang yang baik termasuklah pinjaman perumahan
kerana rumah adalah aset yang bertambah nilai dari masa ke semasa. Contoh hutang
yang buruk adalah hutang untuk membeli perabot, membeli kenderaan dan sudah
tentunya membayar ansuran minima kad kredit.
Sekiranya anda memohon untuk kad kredit dan pada masa
yang sama anda masih mempunyai banyak tanggungan hutang yang perlu dibayar,
maka anda tidak terlepas untuk menggunakan kad kredit untuk berbelanja samada
barangan keperluan dapur mahupun berbelanja ikut kemahuan. Sikap acuh tak acuh
tentang kewangan akan memastikan anda terjerumus ke dalam lembah hutang
termasuk kad kredit.
Gunakan Kad Kredit Untuk Kecemasan Dengan Syarat
Kad kredit yang tersimpan rapi dalam dompet anda adalah
entiti yang mampu membantu disaat anda tiba-tiba menghadapi masalah yang tidak
diduga. Terdapat beberapa situasi dimana anda menghadapi masalah kewangan
apatah lagi anda tidak membawa wang yang cukup. Contohnya, kenderaan anda
mengalami kerosakan ditengah jalan, tayar pancit dan terpaksa diganti, ahli
keluarga tiba-tiba dimasukkan ke wad kecemasan. Pada masa dan situasi seperti
ini, kadangkala anda tidak mempunyai masa untuk mengeluarkan wang simpanan di
ATM berhampiran, maka anda terpaksa gunakan kad kredit. Ianya pernah berlaku
kepada saya, nasib lah ada kad kredit.
Bagaimanapun, apakah syaratnya? Anda mesti pastikan anda
mampu membayar semua hutang yang digunakan pada kad kredit sekurang-kurangnya
pada hujung bulan yang sama untuk mengelakkan dikenakan caj lewat. Jika
sekiranya anda tidak mampu untuk membayarnya, adalah lebih baik anda berusaha
untuk mengeluarkan wang anda di ATM yang berdekatan.
Jadikan Pembayaran Kad Kredit Sebagai Keutamaan
Jika sekiranya anda tidak mampu melangsaikan hutang pada
satu-satu masa, anda mesti memastikan membayar paling minima atau lebih
membayar ansuran kredit yang anda gunakan sebelum hujung bulan untuk
mengelakkan caj yang berlebihan. Ini adalah kerana, kebanyakan bank mengenakan
caj 5% terhadap hutang dalam kad kredit yang tidak anda langsaikan. Jika
sekiranya perkara ini pun kita tidak boleh lakukan, maka masalah lebih besar
akan menanti anda kerana hutang anda akan sentiasa bertambah dari masa ke
semasa.
Kad Kredit Sebagai Pemangkin Perniagaan
Jika sekiranya anda seorang usahawan yang mempunyai rekod
yang baik dalam jualan anda, penggunaan kad kredit sebagai urusan jual beli
adalah satu opsyen yang menarik
memandangkan fungsi kad kredit boleh dijadikan sebagai kad debit untuk urusan
jual beli yang selamat. Jika sekiranya anda cukup yakin bahawa anda boleh
meningkatkan jualan dari masa ke semasa , apa salahnya anda memiliki kad kredit
untuk memudahkan anda membuat pembelian khususnya secara online? Saya sendiri
menggunakan kad kredit Citi Bank Malaysia untuk membeli hosting dan membeli
barangan di China untuk bisnes online saya.
Pilih Kad Kredit Yang Menawarkan Pakej Terbaik
Kad kredit Citi Bank Malaysia memberikan program
rebat dan reward kepada pengguna Kad Kredit Citi Bank. Antara keistimewaan yang
diberikan ialah tawaran cash back sehingga 10%, tanpa caj lewat ( T&C) dan paling menarik, rebat sehingga 8% penggunaan di Stesen Minyak Shell . Selain dari itu, sekiranya
anda pengguna kad kredit Citi Simplicity, anda tidak perlu membayar caj
lewat pembayaran, tiada yuran tahunan dan tiada caj penggunaan lebih had.
Maknanya, Citi Bank Malaysia menawarkan pakej yang menarik dan anda sebagai
pengguna yang bijak pasti menggunakan kad kredit yang mampu mengurangkan
perbelanjaan melalui rebat dan interest tanpa caj yang berlebihan.
0 Ulasan