JANGAN MEMOHON JAWATAN DALAM BIDANG PERHOTELAN JIKA ANDA TIDAK TAHU 6# JAWATAN PENTING DALAM HOTEL.
Kerjaya dalam bidang perhotelan adalah satu kerjaya yang
menarik dan boleh dijadikan sebagai kerjaya tetap. Bagaimanapun, terdapat
beberapa syarat yang perlu anda patuhi sebelum melangkah ke bidang perhotelan.
Salah satunya anda perlu memenuhi kriteria
dalam jawatan tertentu sekiranya ingin pergi jauh dan mendapat jawatan yang
diidamkan. Tapi sesuatu yang pasti, anda
boleh bermula dari bawah dahulu, bekerja dengan
tekun , cari pengalaman dan kemudian cuba untuk memohon jawatan yang
lebih tinggi. Ini adalah nasihat sendiri dari kawan-kawan yang pernah bekerja
dalam hotel 5 bintang.
JAWATAN NO.#1 : Pegawai Eksekutif / Eksekutif Manager
Eksekutif Manager adalah satu jawatan yang penting dalam
sebuah organisasi tidak terkecuali dalam bidang perhotelan. Untuk mengisi
jawatan sebagai Pegawai Eksekutif, anda perlu memenuhi criteria berikut
Memiliki Diploma / Ijazah dalam bidang Pengurusan Hotel atau setaraf dengannya.
Nota: Dalam kamus Oxford, hospitality bermaksud layanan baik atau mesra. Jadi jika anda tidak memiliki Diploma dalam bidang ini anda perlulah mencari Universiti yang menyediakan bidang tersebut. Antara University di Malaysia yang menawarkan pengajian dalam bidang hotel Management ialah Segi University, UCSI University dan UNITAR University.
Mahir berbahasa dan menulis dalam Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Mampu bertugas dalam apa jua department dalam organisasi.
Mempunyai keyakinan diri, berkemampuan memimpin dan mempunyai skill komunikasi yang baik.
Boleh bekerja dalam pasukan dan berupaya bekerja tanpa pengawasan.
Mempunyai kemahiran menggunakan computer dan bekerja diluar masa sebenar.
JAWATAN NO. #2 : FRONT OFFICE DEPARTMENT
Kerja di Front Office Department lazimnya kerja-kerja di
bahagian kaunter sesebuah hotel. Antara
syarat yang dikenakan untuk menjawat jawatan berkenaan adalah;
Memiliki sekurang-kurangnya Sijil SPM atau STPM
Mempunyai pengalaman dalam bidang urusan pelanggan
Mampu berkemunikasi dengan lancar
Mempunyai kemahiran dalam penulisan dan mampu berbual dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris .
Kemahiran berkomunikasi dalam bahasa lain sentiasa diberi keutamaan.
Berperwatakan menarik, energetic, serba boleh dan mampu bekerja dalam pasukan.
Mampu bekerja shift dan mampu bekerja dalam jangka masa yang lama diberi keutamaan.
JAWATAN NO.#3: ROOM ATTENDENT
Kerja sebagai Room Itendent adalah kerja yang boleh dijadikan batu
loncatan untuk menimba pengalaman dalam bidang perhotelan. Ia kerana jawatan
sebagai Room Attendent lebih banyak berbanding jawatan-jawatan lain dalam
sesebuah Hotel. Antara bidang tugas Room Attendent adalah mengemas dan
membersih bilik-bilik hotel dan membuat laporan inventori kepada majikan. Untuk
layak sebagai Room Attendent, criteria berikut adalah diperlukan;
Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil SPM
Mampu bekerja diluar masa ( shift) bila-bila diperlukan) termasuk pada Cuti Umum.
Mereka yang berpengalaman akan diuatamakan
JAWATAN NO. #4: ASSISTANT SALES MANAGER
Bahagian Sales Department lazimnya mereka yang berada di seksyen promosi
dan akaun bergantun gkepada keperluan hotel. Jadi sekiranya anda menjadi
Asistant Sales Manager, bidang tugas anda ialah membantu Sales Manager mengurus
seksyen akaun syarikat, promosi dan jualan. Untuk menjadi seorang Assistant
Sales Manager anda perlu mematuhi criteria berikut;
Mempunyai Diploma atau Ijazah dalam Pengurusan Hotel ( Hotel Management) atau Business Marketing
Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
Berperwatakan matang dan mampu bekeja tanpa pengawasan.
Berkemampuan mengurus urusan jual beli dan mampu berinteraksi dengan pelanggan pelbagai level.
Mampu menguasai Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan sekurang-kurangnya satu bahasa utama yang lain.
Kemahiran menggunakan computer dan software berkaitan kewangan adalah diutamakan
Mampu bekerja secara flexible bergantung kepada keperluan tugas.
Mempunyai lesen memandu kenderaan
Mampu bekerja dimana-mana lokasi yang diarahkan.
JAWATAN NO. #5: Admin Executive
Memiliki Ijazah atau Diploma dalam Hotel management dan / atau Business Admin.
Calon yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan jualan / sales adalah diutamakan.
Berperwatakan matang dan mampu bekerja tanpa pengawasan.
Berkemapuna berbahasa dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Calon yang mampu berbahasa Mandarin atau Bahasa utama lain adalah diutamakan.
Mampu mengurus bahagian pentadbiran pada tahap terbaik dan memberikan idea dan penyelesaian berkaitan hal-hal pentadbiran.
Mempunyai sikap kerja berpasukan dan multi tasking.
Mampu bekerja diluar lokasi termasuk Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu.
JAWATAN NO. #6: Aircond Technician
Mempunyai Sijil dalam bidang Air-conditioning & refrigeration system atau sijil berkaitan
Berkemampuan untuk melaksanakan tugas pembaikan penghawa dingin seperti membersih AC Grill dan memasang sistem penghawa dingin.
Mampu bekerja dibawah tekanan untuk menyiapkan kerja.
Berkemapuan membaca, menulis dan bartutur dalam Bahasa Malaysia
0 Ulasan