Selasa, 13 Ogos 2019

TIPS MENJADI USAHAWAN HOMESTAY YANG BERJAYA


Perusahaan Homestay adalah satu bisnes yang sangat baik dimana anda mampu mendapat pasif income secara berterusan. Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara dimana perusahaan home stay memerlukan beberapa perkara penting yang perlu diambilkira.

1. TEMA

Sebelum anda memutuskan untuk mengusahakan home stay anda sendiri, senaraikan idea tentang tema homestay yang anda akan bangunkan. Ianya bergantung kepada beberpa perkara penting iaitu,

Lokasi

Sebagai contoh anda ada idea untuk membangunkan homestay namun mempunyai masalah untuk memilih lokasi. Jadi, anda perlu membuat keputusan dengan bijak bersandarkan kepada lokaliti sesebuah tempat, kos yang terlibat, kemampuan untuk menarik pelanggan, kemudahan insfrastruktur sedia ada dan yang paling penting daya penarik yang ada.

Secara lazimnya, lokasi yang berdekatan dengan insfrastruktur jalan raya dan elektrik akan mengurangkan kos dari segi perbelanjaan. Ia penting untuk memastikan kos yang anda tanggung tidak melebihi daripada perancangan.

Homestay Desa?

Destinasi yang mempunyai pemandangan semulajadi yang menarik, sungai yang jernih, tumbuhan flora dan fauna yang tidak ada ditempat lain adalah satu faktor penting yang mampu menarik pelanggan untuk melawat homestay anda. Jadi jika sekiranya anda memang memiliki tanah sedia ada yang sememangnya amat menarik dari segi ‘view’ mengapa tidak cuba membangunkan homestay?

Homestay Desa atau lebih popular sebagai Homestay Inap Desa menawarkan pakej hidup di perkampungan seperti dikelilingi hutan belantara, menghirup udara segar, melakukan aktiviti kampung, bergotong rotong, masak masakan tradisi, ikut serta dalam aktiviti budaya, ikut serta dalam aktiviti berkebun, memancing dan sebagainya.

Homestay di bandar?

Ramai yang menganggap homestay ini untuk penginapan di desa sahaja. Kalau di bandar ia dipanggil bilik sewa atau apartment sewa. Bagaimanapun ia terpulang kepada anda samada gunakan istilah homestay atau sewa.

Anda tak perlu mempunyai tanah yang luas untuk memulakan homestay kerana anda juga bole membuat perusahaan homestay/ sewa di kawasan bandar. Syaratnya, anda perlu mempunyai hartanah samada rumah anda sendiri atau rumah ‘sewa’. Maksud disini ialah rumah yang masih dalam pinjaman bank.

Banyak faedah yang anda perolehi sekiranya menjadikan rumah sebagai homestay. Paling penting, sewa dari operasi homestay mampu mengurangkan tanggungan pinjaman anda di bank. Ia agak berbeza dari menyewakan rumah anda secara bulanan kerana, sewa dari homestay dikira daripada pakej harian dan anda mampu memperolehi RM150 hingga RM350 sehari bergantung kepada pakej yang anda sediakan.

Pada masa-masa puncak seperti musim perayaan dan cuti sekolah, anda mampu menjana RM5000 hingga RM10,000 sebulan sekiranya tempahan penuh setiap hari. Berbeza sekiranya anda sewakan bulanan, purata pendapatan adalah sekirar RM1000 hingga RM1500 sebulan.

2. PROMOSI

Tidak kira perusahaan homestay tema kampung atau tema moden, anda wajib untuk mempromosikan homestay anda. Jangan ketinggalan untuk mewar-warkan homestay anda melalui media sosial kerana ia adalah percuma melainkan anda suntik dengan dana pengiklanan.
Disarankan agar anda berikan sedikit peruntukan untuk promosi kerana ia adalah kaedah yang sangat penting dari aspek bisnes. Kaedah promosi yang lain adalah dengan menggunakan flyers, banner, surat khabar dan hebahan media massa seperti radio dan TV.

3. SENARAIKAN HOMESTAY ANDA DALAM GOOGLE

Google adalah medium utama pada masa kini dimana anda boleh senaraikan homestay anda dalam Google Maps dan Google Business. Ia adalah medium percuma dan anda hanya perlukan sedikit masa untuk memastikan homestay anda boleh diakses melalui google maps atau google business.
Bagaimana caranya? Anda hanya perlu daftarkan business anda dalam Google My Business di Link ini https://support.google.com/business/answer/2911778. Penting, sila pastikan anda mempunyai akaun atau email google.

Anda juga bole masukkan dalam Google Maps melalui Add My Missing Place. Caranya masuk ke Google Maps https://www.google.com/maps dan klik pada Add Missing Place seperti di bawah

Sekiranya anda berjaya, bakal pelanggan akan dapat melihat homestay anda dan paling best boleh memandu ke arah homestay anda dengan menggunakan maklumat dalam Google Maps.

4. DAPATKAN RATING 5 BINTANG DARI PENGUNJUNG.

Manusia zaman sekarang sangat bijak dimana sebelum mereka menempah sesebuah homestay, mereka akan memastikan homestay tersebut mendapat review yang baik daripada pelanggan sebelum ini. Bukan ja homestay semua produk berdasarkan perkhidmatan seperti hotel, restoran dan supermarket mendapati business mereka dinilai oleh Google Local Guide dan pelawat melalui aplikasi lain seperti booking.com.

Antara penilaian yang akan dilihat ialah;


  1. Apakah homestay anda mempunyai parking yang cukup
  2. Apakah homestay anda menyediakan kerusi untuk OKU
  3. Apakah homestay anda menyediakan pelbagai makanan / minuman
  4. Adakah homestaya anda menerima pembayaran online/visa
  5. Adakah perkhidmatan makanan disediakan pada bila-bila masa
  6. Adakah homestay anda menyediakan pengangkutan
  7. Adakah homestay anda menyediakan alat pandang dengar ( TV/radio)
  8. Adakah TV beroperasi dengan baik
  9. Adakah homestay anda mempunyai kemudahan WIFI
  10. Adakah kakitangan di homestay anda mempunyai layanan yang baik dan sedia membantu
  11. Adakah homestay anda menyediakan peralatan kecemasan 
  12. Adakah homestay anda menyediakan ‘shower’ panas dan dingin
  13. Adakah homestay anda menyediakan alat penghawa dingin

Google akan menyediakan soalan ini kepada Google Local Guide yang seterusnya akan direkodkan dalam Google untuk tatapan umum. Sekiranya anda gagal menyediakan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keperluan tersebut, pastinya Google Local Guide akan meletakkan homestay anda dalam 2 atau 3 bintang sahaja. Sekiranya ini berlaku, pasti akan menjejaskan business anda di mata umum.


5. SENARAIKAN HOMESTAY ANDA DALAM APLIKASI DAN WEBSITE

Anda boleh membuat pencarian di internet untuk senaraikan homestay anda secara maya ataupun melalui aplikasi. Antara website yang boleh anda senaraikan ialah;

Hotels.com

booking.com,

myhomestay.com,

agoda.com ,

homesweethome.travel,

Hostel Hunting.com,

TripAdvisor’s Rentals,

durianproperty.com.my,

iBilik.my,

Tripcarte.asia

6. KERJASAMA DENGAN  AGEN PELANCONGAN

Pengusaha homestay perlu bekerjasama dengan agen pelancongan seperti Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia ( MOTAC), Sabah Tourism ( Di Sabah ).

Anda juga boleh mendapatkan kerjasama dari agen-agen pelancongan persendirian seperti persatuan pemandu pelancong dan persatuan bas pelancong yang terdapat di negeri anda.

7. DAPATKAN REVIEW

Review produk masih dianggap sebagai senjata ampuh untuk sesuatu produk. Anda perlu dapatkan review yang positif dan menarik daripada pihak berkecuali seperti surat-surat khabar , radio dan majalah.

Selain dari itu,blog adalah salah satu penghebah online yang baik baik kerana ia boleh diakses melalui kata kunci di google. Blog www.infokinabalu.com adalah salah sebuah blog yang memberikan review-review positif untuk produk dan perkhidmatan.

8. DAFTARKAN HOMESTAY

Pengusaha homestay perlu berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengelakkan sebarang tindakan undang-undang. Seseorang pengusaha homestay perlu mendapat kursus berkaitan homestay, mendapat lesen dan mendapat permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah dan Kelulusan Pelan Pembangunan sekiranya beroperasi di dalam kawasan bandar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



Mohon komen secara berhemah. Terima kasih