Sabtu, 21 September 2019

ADAKAH SPORTS BETTING SAH DI MALAYSIA?


Sport Betting tidak pernah diluluskan oleh undang-undang di  Malaysia walaupun suatu ketika dahulu terdapat suara supaya pertaruhan dalam bola sepak dalam piala dunia dibenarkan. Apa  yang pasti kegiatan yang menyalahi undang-undang akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Walaupun demikian, memang terdapat kegiatan  pertaruhan samada secara online dan tidak oleh kumpulan-kumpulan yang masih degil dan kebal terhadap undang-undang.

Jadi, mengapa pertaruhan tidak dibenarkan di Malaysia namun membenarkan pertaruhan nombor ekor? Haha..admin pun tidak faham kerana bila mereka yang tahi judi berjudi, mereka akan tetap cari tempat untuk berjudi. Bertaruh adalah kegiatan yang menyalahi ajaran mana-mana agama dan ia lebih sensitif di Malaysia yang majoriti berugama Islam dan sebagai ugama rasmi. Maka sekiranya pertaruhan dibenarkan di Malaysia sudah tentu lah ia dianggap sebagai satu tindakan yang tidak menghormati agama rasmi tersebut.



Jadi mereka yang non-Muslim dan berminat untuk betting bola bagaimana? Jika dilihat banyak negara-negara terutama di Eropah membenarkan pertaruhan bola sepak. Malah syarikat pertaruhan adalah penaja jersey bagi separuh pasukan Liga Perdana English Premier League. Senarai pasukan bola sepak Liga Perdana Musim 2019/2010 yang ditaja oleh syarikat pertaruhan adalah;

Pasukan              Penaja                                   Nilai Sponsor
West  Ham Betway ( Malta)                       RM51 Juta
Everton SportPesa (Kenya)                   RM48.96 juta
Wolves ManBetX ( Malta)                   RM40.80 juta
Burnley LoveBet( HK/China) RM38.25 juta
Cristal Palace ManBetX ( Malta)                   RM33.15 juta
Newcastle United Fun88 ( China / Isle of Man) RM33.15 juta
Watford                Sportbet.io ( Isle of Man)         RM33.15 juta
Aston Villa W88 (Thailand) RM30.60 juta
Bournemouth M88 ( Gilbaltar) RM25.50 juta
Norwich              Dafabet ( Filipina)                    RM15.30 juta

Jadi maknanya 10 daripada 20 pasukan utama Liga Perdana Inggeris memakai jersey yang disumbangkan oleh Syarikat Pertaruhan  yang kebanyakan didaftarkan di Malta, Kenya, China , Isle of Man dan jiran Malaysia sendiri di Asia Tenggara iaitu Filipina dan Thailand.


Jika dilihat daripada website syarikat pertaruhan ini, ternyata kebanyakan mereka bukan sahaja menawarkan pertaruhan sukan tetapi juga menawarkan perjudian dalam talian. Maka ia sudah tentu  tidak baik kepada pelanggan yang hanya ingin bertaruh dalam sukan sebagai hiburan atau sebagai pelaburan yang serius. Kerana jika anda lihat, terdapat pemain profesional yang mempunyai rekod yang baik dan kaya dalam pertaruhan bola sepak terutama di negara-negara eropah. Jika anda bermastautin di England misalnya, anda boleh melakukan pertaruhan di Williamhill, Betfred,Skybet, ataupun Pinacle di mana anda bole bermain sekiranya anda mempunyai kad kredit, bitcoin atau paypal.

Bermain dalam pertaruhan sukan memerlukan kematangan fikiran dan adalah lebih  baik anda menghindarinya tanpa ilmu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan



Mohon komen secara berhemah. Terima kasih