Rabu, 18 September 2019

ARTIS SABAH PALING POPULAR DAN

Siapa Artis Sabah Paling Popular dan kekalkan Identiti Sabahan?


Negeri Sabah bukan sahaja kaya dengan keindahan semulajadi tetapi kaya dengan bakat-bakat  dalam industri hiburan terutamanya  dalam bidang nyanyian. Pada kali ini, jom kita sergah siapa artis yang masih kekalkan identiti Sabahan..pendek kata orang Sabah bilang tidak ‘sombong’ kerana kitaorang sememangnya sukakan artis yang ‘down to earth’ dan 'humble' walaupun sudah terkenal. Paling penting, artis-artis ini merupakan artis yang sememangnya telah menempah nama kerana pencapaian luar biasa dalam bidang hiburan bukan sahaja di Sabah tetapi di Malaysia dan Nusantara.

STACY ANAM

Dalam video ini Stacy bilang bapa dia orang Tuaran

Stacy Anam terkenal dengan kelunakan vocal dan mampu menyampaikan nyanyian yang sangat baik tak kira Bahasa Melayu, Inggeris dan KadazanDusun. Pelantun lagu Pelangi Senja dan Sokiro Daa ( Bahasa Dusun ) nampaknya masih kuat dengan ‘loghat’ Sabah walaupun berkelana di Semenanjung bertahun tahun. Kalau kamurang tidak percaya, cuba lihat sendiri di IG dan Channel  Youtube Stacy. Untuk rekod, Stacy pernah bersekolah di SM St Michael Penampang dan Limkokwing University Of Creative Technology pada 2010. 

BELLA ASTILLAH


Bella Astillah tidak menyembunyikan status 'Sabahan' dalam profail IG.

Bella Astillah merupakan artis kelahiran Sandakan Sabah dengan nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah. Artis ini merupakan pelakon utama Drama Cinta Belum Tamat Tempoh dan telah mula bergelar artis sejak berumur 3 tahun! Mempunyai seorang anak bernama Mohd. Ayden Adrian hasil perkahwinan dengan bekas suami juga seorang artis Alif Aziz. Apa yang menarik, artis ini tidak pernah menafikan dirinya seorang anak Sabah, malah jika dilihat dalam status IG banyak perkataan  loghat Sabah yang digunakan seperti ‘bha’ dan sebagainya. Jika anda perasan adik beradik ini merupakan penyanyi kanak-kanak dalam Tom Tom Bak, Bangau Oh Bangau dan Air Pasang Dalam.

MARSHA MILAH LONDOH

'Marsha dan Velvet perkenalkan Sabah melalui lagu "Oi Gaman "

Artis popular ini mempunyai hampir 850ribu pengikut di Instagram. Penyanyi dan pelakon berbakat ini dilahirkan di Michigan Amerika Syarikat. Walaupun sudah membintangi lebih 14 filem TV, dan 20 siri TV, Marsha Milah tidak pernah melupakan asal usul Sabah dan sempat berkalobrasi dengan Velvet dalam lagu bertemakan ‘ Sabahan’ iaitu Oi Gaman.  Ramai orang cakap Marsha berasal dari Tamparuli dan merupakan sepupu kepada penyanyi Linda Nanuwil.

AZHARINA AZHAR

" Azharina harumkan nama Sabah dengan menjuarai Bintang RTM dan Gegar Vaganza "

Azharina Azhar atau lebih mesra disapa Nina merupakan anak jati Sabah kelahiran Kota Kinabalu. Mula menempah nama setelah dinobatkan sebagai Juara Bintang RTM 2005. Setelah menempah nama sebagai Juara Bintang RTM Nina ‘bercuti’ selama setahun untuk menumpukan perhatian kepada SPM. Beliau mendapat keputusan cemerlang dan mendapat tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk melanjutkan pengajian ke New York University dalam bidang Muzik. Beliau terpaksa menolak untuk menumpukan kepada keluarga pada waktu itu. Nina merupakan artis Sabah yang mendapat pengiktirafan tinggi kerana mendapat pencapaian cemerlang dalam bidang nyanyian termasuk Juara Bintang RTM dan Juara Gegar Vaganza. 

ATMOSFERA

Atmosfera perkenalkan Sabah dengan lagu ' Original Sabahan 

Ramai yang menganggap lagu “Berakhirlah Sudah ‘ adalah lagu artis Indonesia, walhal lagu ini adalah lagu orang Sabah iaitu kumpulan Atmosfera yang dianggotai ahli adik beradik Ganak ( Hezrenol ) dan Hezron. Keunikan dan kemerduan lagu hasil ciptaan bapa mereka sendiri  iaitu Rayner yang juga seorang pencinta seni di Keningau. Mereka mula terkenal dengan lagu Demi Si Kici yang dimuatnaik ke Youtube sekitar 2009. Kini artis yang bernaung dibawah Syarikat Rusa Muzik ini merupakan antara artis yang disegani dan turut diminati oleh peminat-peminat dari  luar negara. Antara pencapaian terbaik artis ini diperingkat kebangsaan ialah tercalon sebagai peserta calon Separuh Akhir dalam Juara Lagu tahun 2017 dengan lagu ‘berakhirlah sudah ‘ disamping turut tersenarai sebagai Calon ABPBH 2018.

ESTRANGED

Vocalist Estranged ( Richael Lawrence Gimbang @ Rich ) adalah anak jati Sabah. Namanya mula dikenali ketika menyertai program Akademi Fantasia 4 pada tahun 2006. Bagaimanapun kumpulan Estranged telah ditubuhkan sebelum itu iaitu 2001. Bermakna Rich mempunyai kumpulan Band sebelum menyertai AF4. Bersama kumpulan Estranged, Rich telah mencipta lagu “Odoi’ yang mengandungi sentuhan muzik Sabahan iaitu rentak Sumazau. Ini membuktikan Estranged tidak lupa asal usul dan tidak dibuai mimpi walaupun membawakan konsep Alternatife Rock. Lagu ini ternyata membantu meningkatkan rentak lagu etnik Sabahan ke peringkat nasional.

JIMMY PALIKAT

Jimmy Palikat memberi sumbangan yang bermakna kepada Industri Hiburan Sabah kerana memperkenalkan lagu rentak Sumzau yang popular ‘ Anak Kampung’ sehingga dikenali di merata dunia. Lagu ini bukan sahaja popular di Malaysia tetapi juga sehingga ke Thailand dan Jepun. Ternyata lagu “anak Kampung” berjaya mengubah lanskap muzik di Malaysia. Dan untuk rekod, Lagu Tanak Kampung merupakan lagu pertama berkonsepkan Sumazau yang berjaya masuk ke Pertandingan Akhir Juara Lagu.






Sumber: Wikipedia, Instagram, Youtube dan Iluminasi.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



Mohon komen secara berhemah. Terima kasih