Isnin, 23 September 2019

CARA MUDAH BELI PERALATAN SI COMEL


Ibu merupakan individu yang paling pening memikirkan keperluan peralatan samada baby yang bakal lahir atau anak-anak yang kian membesar. Apa tidaknya dari lampir, susu, botol susu, alat mandian, bekas air dan stroller, semua perlu disediakan kalau hendakkan yang terbaik untuk si comel.

Bagi ibu bapa yang tidak suka bersesak-sesak ke pusat membeli belah, mereka lebih suka membuat pembelian secara online atau paling tidak pun mencari kedai yang paling terdekat. Ibu yang sarat mengandung mahupun ibu yang punya ramai anak-anak sudah pasti ingin menjimatkan masa dan tenaga untuk mencari keperluan harian baby kesayangan mereka.

Selain itu menurut pemerhatian admin sendiri sebagai seorang ayah kepada 3 orang anak, terdapat beberapa sebab yang baik anda membeli belah secara online;



1. Menjimatkan masa

Ibu bapa yang bekerja sudah tentu tidak mempunyai banyak masa untuk ke pusat membeli belah. Bekerja suntuk dari 8 pagi sehingga 5 petang 6 hari seminggu adalah perkara yang memenatkan. Ibu bapa juga perlu masa untuk berehat dan bersama anak-anak mereka dirumah atau pusat rekreasi.

2. Menjimatkan Perbelanjaan.

Jika sekiranya pusat membeli belah jauh dari rumah, anda perlu mengisi minyak kenderaan semata-mata untuk membeli keperluan si kecil. Duti untuk mengisi minyak mungkin boleh digunakan untuk perbelanjaan dapur atau pembelian peralatan bayi. Selain dari itu, bagi mereka yang mempunyai anak-anak dari 2 tahun sehingga 12 tahun, telatah dan ragam mereka sudah pastinya satu perkara yang perlu diselesaikan. Sifat semulajadi anak-anak untuk meminta itu dan ini apabila melihat sesuatu mainan atau barang kesukaan.

3. Keselamatan

Pusat membeli belah dikhuatiri akan memberikan kesan kesihatan yang tidak baik lebih lebih kepada ibu mengandung dan anak-anak kecil. Anasir-anasir seperti penyakit berjangkit dan pencemaran kadangkala tidak dapat dielakkan apabila pergi ke suatu lokasi. Jalan yang sesak dan sikap tidak berhati-hati merupakan sebahagian daripada anasir yang mengancam keselamatan.

4. Keselesaan

Pada masa kini, membeli secara online adalah sebahagian daripada cara hidup masyarakat di seluruh dunia. Mereka lebih bebas memilih dan membuat perbandingan bagi satu satu produk yang hendak di beli. Apa yang penting, anda boleh online samada di depan PC ataupun telefon bimbit.

Di Malaysia sendiri kebanyakan vendor menyediakan perkhidmatan pembelian online dan salah satunya ialah Motherhood.com.my  mereka menyediakan semua keperluan perelatan untuk setiap ibu dari A hingga Z. Cari lah apa sahaja dari botol susu , Baby Walker, Car Set, Alat mainan, Pakaian, Breast Pump, Warmer, Pelbagai jenama susu , makanan dan sebagainya. Selain dari itu, harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan disebabkan produk produk yang dijual adalalah daripada jenama-jenama yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran.

Motherhood.com.my ternyata salah satu pilihan terbaik untuk ibu bapa dimana ia bukan sahaja kedai jualan produk anank-anak malah terdapat banyak perkongsian dan tips yang disiarkan oleh pengguna dan pakar kanak-kanak. Jadi, anda boleh belajar serba sedikit berkaitan ilmu keibu bapaan.

Disamping itu, terdapat masa-masa tertentu dimana mereka melakukan jualan murah yang mungkin mampu menjimatkan kantung anda!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



Mohon komen secara berhemah. Terima kasih