Isnin, 23 September 2019

MANCHESTER UNITED VS LIVERPOOL DI KOTA KINABALU


Peminat peminat Manchester United dan Liverpool bakal disajikan dengan pertarungan dua kelab terhebat di dunia pada 20 November 2019 di Stadium Likas di Kota Kinabalu. Acara ini bakal mencipta sejarah dimana kedua-dua kelab terhebat di England bakal bertarung sesama sendiri dalam acara yang dinanti-nantikan kedua dua peminat kelab berkenaan. Walaubagaimanapun, ia bukanlah perlawanan seperti dalam English Premier League 2019/20120 kerana ia hanya disertai oleh bekas-bekas bintang kedua-dua kelab berkenaan.

                                                Kredit to: freemalaysiatoday.com

Namun ia pasti akan menjadi tarikan kepada peminat setia kedua kelab berkenaan memandangkan ia tetap mengekalkan perlawanan tumpuan dua musuh tradisi di England! Antara yang akan turun mempamerkan aksi ialah  John Arne Riise, Dietmer Hamman, Luis Garcis, Emile Heskey dan Steve McManaman untuk Liverpool. Sementara United akan disertai oleh antaranya, Rohnny Johnsen, Wes Brown, Teddy Sheringham, Michael Silvestre dan Keith Gilespie.

Ketika bercakap di pelancaran Battle if the Reds di Kota Kinabalu, Riise mengakui bahawa ia adalah kunungan pertama beliau ke Sabah dan kedua bagi Rohny Johnsen. Pemain ini mengatakan ia berasa kepenatan dek perjalanan yang jauh namun ia diubati dengan layanan mesra dari peminat-peminat di Kota Kinabalu. Acara ini turut disertai oleh Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew. Beliau menyatakan alu-aluan kepada acara ini dan berharap ia akan menjadi tunjang kepada produk Pelancungan Sukan yang mana menjadi salah satu program pada masa akan datang.

Tulang belakang di sebalik penganjuran acara ini ialah syarikat Firm Horizon Sdn Bhd dan Master Football Asia serta turut mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Sabah serta Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).
Menurut laporan utusanborneo.com penjualan tiket bermula semalam dan hanya dihadkan sebanyak 14,600 tiket sahaja. Tiket boleh dibeli menerusi platform e-dagang Shopee (https://shopee.com.my/m.mfa). Tiket dijual berdasarkan siapa cepat dia dapat. Tiket dijual dengan harga RM150, RM280, RM380 dan RM900.

Bagaimanapun tinjauan admin mendapati link yang disertakan tidak menemukan jualan tiket tersebut. Adakah ia sudah habis atau sebaliknya? Harga tiket yang agak mahal juga bakal menjadi penghalang sebahagian besar peminat yang tidak sanggup mengeluarkan duit sebanyak itu, hanya menyaksikan ‘bekas-bekas’ bintang.

Sumber / kredit to: Freemalaysiatoday.com, utusanborneo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



Mohon komen secara berhemah. Terima kasih