Rabu, 25 September 2019

MENGATASI POSTING BLOG TIDAK DIINDEX OLEH GOOGLE


Seorang blogger tentunya mengharapkan semua artikel dapat diindex oleh google agar maklumat yang disampaikan dapat sampai kepada pembaca secara organik. Bagaimanapun, google kini semakin cerewet kerana setiap posting bakal menerima tapisan sebelum keluar dalam carian enjin carian google.

Artikel kali ini adalah berkaitan tips SEO kesinambungan kepada artikel saya terdahulu iaitu Sebab Blog Tiada Dalam Enjin Carian 

Google dengan jelas menerangkan bahawa bukan semua posting akan keluar dalam enjin carian kerana hanya artikel terbaik akan diindex. Maksudnya, apabila seseorang membuat pencarian semasa menaip carian dalam google search, artikel posting anda tidak muncul samada dalam muka pertama atau pun sehingga habis pencarian.

Untuk melihat samada posting url anda diindex atau tidak anda boleh melakukan perkara seperti dalam gambar di bawah;

Taip seperti ini dalam enjin carian

site: tuliskan url blog posting anda 



Gambar 1: Tidak Diindex

Jika sekiranya anda mendapati paparan seperti ini maknanya posting anda tidak keluar secara organik dalam enjin carian

Gambar 2: Diindex
.

Jika sekiranya paparan seperti ini maknanya posting anda keluar secara organik dan boleh dilihat melalui carian kata kunci oleh pencari maklumat.

Mengikut pemerhatian penulis, terdapat 2 posting anda  dianggap tidak penting oleh enjin pencarian google iaitu;

1. Artikel konikal – iaitu artikel yang mempunyai banyak persamaan atau diciplak bulat bulat oleh seseorang blogger untuk pengisian blog.

2. Terlalu banyak link/pautan – terlalu banyak link pastinya akan dianggap konikal oleh google kerana kemungkinan link-link tersebut sudah keluar dalam website atau blog lain. Ini juga dianggap tidak penting oleh google.

Untuk mengatasi posting anda keluar dan diindex oleh google, beberapa perkara mungkin boleh kita sama-sama pertimbangkan.

1. Pastikan artikel yang bermutu dan asli

2. Cuba untuk menulis artikel dengan lebih panjang sekurang-kurangnya melebihi 300 perkataan

3. Kurangkan link yang dianggap tidak penting

4. Artikel mempunyai kaitan dengan kata kunci blog anda

Buat masa ini, blog infokinabalu juga mempunyai beberapa posting yang boleh keluar dalam enjin carian tetapi tidak diindex oleh google. Perkara ini agak menyedihkan bagi setiap blogger kerana ia umpama ‘syok sendiri’. Bagaimanapun, meskipun anda seorang blogger hebat, perkara ini pasti tetap akan berlaku.

Untuk memastikan posting yang tidak dindex dapat keluar dan boleh dibaca oleh pembaca anda boleh melakukan perkara ini;

1. Pastikan posting yang diindex oleh google mempunyai nilai yang hebat

2. Buat pautan kepada posting anda yang tidak diindex

3. Buat iklan berbayar contohnya Facebook Ads, atau Googler Ads ( opsyen )

4. Tunggu sehingga 7 hari selepas anda 'fetch'  kerana google kemungkinan akan index sedikit lewat. Ianya juga berlaku dalam blog saya. Hakikatnya, google juga pandai bingung!!

Apakah posting ini dapat diindex oleh google? Ia juga menimbulkan persoalan saya. Sekiranya anda cadangan dan komen, sudilah aga membuat perkongsian dalam ruangan komen.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



Mohon komen secara berhemah. Terima kasih