Ahad, 22 September 2019

YOUTUBER SABAHAN PALING TOP



Pada posting kali ini, kita akan berkenalan dengan beberapa Youtuber dari Negeri Sabah yang sememangnya mempunyai pengikut yang ramai. Youtuber yang dimaksudkan termasuklah penyanyi, komedian dan apa sahaja yang berkaitan dan menarik ramai pengikut.

1.KUPI KUPI GO

483K Subscriber



Anak jati Sabahan bernama Ikram Mahat adalah pemain utama disebalik persembahan pelbagai kisah seram, kisah aneh dan pelbagai kisah pelik dalam chanel Kupi-Kupi Go. Rakyat Malaysia ternayata menyukai segmen-segmen yang bertemakan hantu, seram, pelik, fakta aneh yang ditonjolkan dalam Chanel ini. Saya sendiri teruja sebab ingatkan Ikram ni orang Indonesia atau KL pada mulanya. Team Ikram sememangnya amat aktif menyumbangkan video-video di Youtube dan menurut maklumat yang dipaparkan dalam chanel tersebut, Kupi-Kupi Go akan mempersembahkan dua video sehari.

Dengan lebih 483K subscriber dan bertambah dengan pesat setiap hari, prestasi  Kupi-Kupi Go adalah setaraf dengan youtuber antarabangsa.
Selain Chanel youtube, Kupi-Kupi Go juga mempunyai website di alamat https://www.kupikupigo.com/ dan laman Instagram ialah di https://www.instagram.com/kupikupigox/

So, sekiranya anda seorang peminat kisah kisah seram dan pelik, anda akan puas dengan visual serta penyampaian yang membanggakan dari anak Sabah ini.

2.TUMATIK

60K subscriber



Tumatik atau nama sebenar Saulus Ginipun adalah anak jati dari Kg. Dudar Kota Belud. Telatah bersahaja dan penuh dengan unsur unsur lawak jenaka menjadkan Tumatik seorang youtuber yang sentiasa mendapat langganan dari seluruh Malaysia. Tumatik telah memenangi anugerah The Popular Social Media Influencer pada awal tahun 2019 di Kota Kinabalu.

Kebanyakan video yang diterbitkan Tumatik melalui Channel Youtube adalah perbualan dengan pelanggan ketika Tumatik menjalankan aktiviti Grab di sekitar kota Kinabalu. Perbualan yang dirakam termasuklah pelancong dari luar negara. Disinilah Tumatik bermula popular apabila perbualan ‘broken Inggeris Tumatik dengan pelancong Eropah viral di media sosial. Video yang diupload ternyata bukan sahaja menghiburkan malah terdapat mesej tersirat yang disampaikan oleh Tumatik.

Selain dari itu melalui perbualan dengan FMT (rujuk artikel disini ) , Tumatik mengaku pernah kecewa apabila ditinggalkan oleh kekasihnya yang memilih lelaki lain. Untuk mengubat hati yang luka, Tumatik bertekad untuk bangkit dan melakukan aksi aksi komedi yang menghiburkan rakan-rakan dan keluarga. Perjalanan Tumatik ternyata semakin baik apabila rata-rata Sabahan mengenali Tumatik sehingga kini dia mempunyai lebih 155 ribu follower di FB sehingga banyak syarikat yang melantiknya sebagai duta dan mempromosikan produk.

Anda boleh melanggan Channel Youtube Tumatik di https://www.youtube.com/channel/UCzhG5mOz56qtqD4Y92NwRoQ

3.DAHPNE IKING

60K SUBSCRIBER



Daphne Iking atau nama sebenar Daphne Daphne Eleanor M Iking sememangnya seorang celebriti negara yang dikenali. Beliau bukan sahaja seorang pengacara yang hebat, dia juga seorang model dan pelakon filem. Aktress kelahiran Keningau ini juga seorang  pemegang Ijazah dan Master dalam bidang komunikasi di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2002. Penduduk Sabah mula mengenalinya  selepas memenangi gelaran Unduk Ngadau Sabah pada tahun 2003.

Sehingga artikel ini ditulis Daphne Iking telah menerbitkan lebih 500 video ke dalam Channel yotutube rasmi di https://www.youtube.com/user/daphneiking6.  Kebanyaka video yang diupload adalah bekisar tentang aktiviti harian Daphne sekeluarga, tutorial dan review. Apa yang menarik, Daphne tidak lupa untuk mempromosikan negeri Sabah melalui beberapa video yang menarik seperti  Back In Tambunan. Melalui video ini masyarakat diluar sana akan mengenali serba sedikit berkenaan adat dan budaya di Sabah.

4.MrClyrie

252K subscribers



MRClyrie merupakan antara Sabahan Yotuber yang terawal menghasilkan video video untuk disiarkan dalam youtube. Kiebanyakan video yang ditampilkan adalah filem-filem pendek dan menggunakan bahasa Sabah. Mengikut rekod, MrClyrie telah menghasilkan beberapa filem pendek yang mengandngi mesej-mesej tersirat.

MrClyrie melalui Fages Ging Pisang di Facebook dan Instagram mempunyai lebih 100K follower. Ini menunjukkan bahawa MrClyrie merupakan youtuber yang aktif dan antara yang paling berbakat di Sabah. Antara filem pendek yang mendapat view terbanyak ialah filem berjudul Anak Durhaka (lebih 500k views dalam masa 3 bulan sahaja) dan Janda Anak satu (1.3 juta views) Filem ini mengandungi mesej tentang kasih sayang dalam keluarga. Anda bole lihat video tersebut di link ini https://www.youtube.com/watch?v=leFZ0eIhhr8
Untuk subscribe youtube MrClyrie anda boleh lihat di Channel Rasmi mereka

5.STACY ANAM

100K subscriber



Stacy memang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia seni suara tanahair. Bagaimanapun, mungkin ramai yang tidak perasan artis ini juga mempunyai Channel Youtube sendiri yang bukan sahaja menampilkan video-video nyanyian tetapi juga lifestye, review, masakan dan sebagainya. Sehingga artikel ini ditulis, Youtube Rasmi Stacy yang menurut perkiraan penulis hanya dimulakan pada 2019 telahpun mengumpul lebih 90K subscriber. Jika sekiranya anda peminat setia Stacy, pastinya anda tidak mahu ketinggalan menonton video-video menarik termasuk nyanyian dan paling menarik Stacy banyak  cakap slang Sabah dalam setiap video. Lebih dari itu, Stacy memperkenalkanSabah melalui masakan-masakan tradisi seperti Tuhau dan Bosou. Bah..cepat-cepat kamurang subscribe chanel Youtube stacy di sebelum ditutup https://www.youtube.com/user/StacyAngieMalaysia/featured

6.PATRICK ANOHANDA

40K Subscriber



Beliau bukan sahaja telah mengumpul hampir 40K subscriber, tetapi anak jati Sabah ini merupakan anggota IAMNEETA BAND dan dan seorang komposer yang dikenali di Malaysia. Jika sekiranya anda bercadang menjadi youtuber yang berjaya Patrick ada memberikan tips yang dianggap penting dan dirahsiakan oleh youtuber lain. Anda boleh lihat video tersebut di sini https://www.youtube.com/watch?v=_WysoPlv-_4

Kebanyakan video yang diupload adalah berkaitan lawatan-lawatan di tempat-tempat menarik di negeri Sabah dan mengenali budaya-budaya unik yang terdapat di Sabah. Selain dari itu beliau juga sering memberikan tips-tips yang berguna terutama bidang vlogging dan beberpa review produk.
Channel Rasmi Patrick Anohanda ialah di https://www.youtube.com/channel/UCme6HQ0xaNGh_P7k9uHBmgQ


7. ADAM SHAMIL

60K Subscriber




Adam Shamil adalah Sabahan yang terawal membuat vlogging iaitu sekitar 2016 dan sehingga kini, beliau telah menerbitkan banyak video yang kebanyakannya berkisar pandangan beliau berkaitan bahasa dan adat di Sabah dan Sarawak yang tidak difahami orang KL. Keupayaan beliau bercakap dwi bahasa (Inggeris dan Melayu) ditambah dengan bakat semulajadi kepetahan berkata-kata, menjadikan vlogging beliau sentiasa mendapat perhatian audience.

Disamping aktiviti vlogging, Adam Shamil juga digemari oleh stesen-stesen radio dan program-program tertentu sebagai Juruacara. Video yang diterbitkan rata-rata mendapat 100k hingga 200k views. Adam Shamil juga mempunyai keunikan tersendiri apabila sering membawa neneknya untuk turut serta dalam beberapa video. Telatah dua ahli keluarga ini mencerminkan budaya dan tema keluarga yang baik untuk tatapan umum.

Namun apa yang paling menarik perhatian penulis ialah keberanian Adam Shamil membetulkan tanggapan orang semenanjung terhadap cara hidup Sabah dan Sarawak sehingga mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dalam sebuah twitter.

Channel Rasmi Adam Shamil boleh dilihat di https://www.youtube.com/channel/UCdx0rPAh_q14CvIfnrRaT7A/playlists


Demikianlah beberapa youtuber Sabahan yang sempat admin cari..sekiranya anda salah seorang youtuber, anda boleh letakkan diruangan komen untuk saya review dalam infokinabalu.com.


Kredit: Youtube (KUPI-KUPI GO, TUMATIK,DAPHNE IKING, STACY ANAM, PATRICK ANOHANDA, STACY ANAM,MrClyrie, FREEMALAYSIA TODAY, NST.COM.MY)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan



Mohon komen secara berhemah. Terima kasih