Semakin banyak yang kita dengar dan baca berkaitan Iluminati , sebuah organisasi rahsia yang dikatakan sangat aktif . Golongan Iluminati
sememangnya wujud dan sejarahnya bermula di Jerman oleh ahli falsapah bernama Adam Weishaupt, seorang keturunan Yahudi yang kemudian memeluk agama Kristian. Dia dilahirkan di sebuah
Kota di Jerman bernama Ingolstadt pada tahun 1748, sebuah Kota dibawah
pemerintahan Bavaria.
Beliau adalah seorang yang biasa, berkahwin dan menjadi
seorang profesor pada tahun 1784. Beliau menjadi seorang yang amat kritis selepas
terpengaruh dengan buku-buku daripada ahli falsafah era Pencerahan Perancis sehinggakan
beliau berpendapat bahawa ajaran-ajaran Katolik yang menjadi pegangan kuat masyarakat
Bavaria ketika itu salah dan menghalang idea pemikiran baru.
Merasakan bahawa agama tidak lagi sesuai diamalkan dan
menghalang kemodenan, beliau menganjurkan satu idea baru ataupun pencerahan
yang kini lebih dikenali sebagai Order of Iluminati , satu cara berfikir yang amat
radikal yang berjaya mengubah cara berfikir orang-orang Eropah menuju era
kemodenan.
Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, pada masa ini
juga Freemason sudahpun menembangkan pengaruhnya ke seluruh Eropah. Seperti Weishaupt,
Freemasons ini adalah sebuah pertubuhan yang menganjurkan pemikiran dan
idea-idea bebas yang mana amat bertentangan dengan pegangan hidup umat Katolik.
Pada mulanya Weishaupt amat teruja untuk menyertai gerakan Freemason namun
tidak bersetuju dengan beberapa perkara dan akhirnya beliau memulakan sebuah
pertubuhan Rahsia tersendiri.
Pada malam 1 Mei 1776, Illuminati pertama telah dibentuk
yang terdiri daripada 5 orang lelaki dan ia berlaku disebuah hutan berhampiran
Ingolstadt. Dalam kegelapan yang hanya diterangi lampu suluh mereka menetapkan
peraturan dan visi dimana mereka akan berpegang kepada kepercayaan bahawa kehidupan
sosial yang mantap,kekayaan dan kemakmuran adalah kunci utama dalam kehidupan.
Pada peringkat awal, pertubuhan ini dianggotai dalam 3 label dipanggil iaitu;
Novices
Minervals
illuminated minervals
Setiap perkataan ini mempunyai makna tersendiri merujuk
kepada kebebasan, pengetahuan termasuklah idea bagaimana membentuk semula
pemikiran masyarakat. Gerakan ini telah berkembang dengan amat pesat
sehinggakan menarik ribuan pengikut yang terdiri daripada cerdik pandai, ahli
politik, doktor dan hakim. Baron von
Knigge, seorang bekas ahli Freemasons memainkan peranan penting merancang dan
mengatur gerakan ini dan malah meniru seperti Freemasons. Antara yang telah dilakukan
oleh beliau ialah menggelar setiap ahli Iluminiti dengan nama Rahsia. Baron von
Knigge sendiri akan dikenali sebagai ‘Philo’ dan Wieishaupt sebagai Spartacus. Selain itu,
jawatan dan pangkat dalam pertubuhan ini semakin banyak dan mengelirukan
sehinggakan akhirnya mereka berbalah sesama sendiri untuk mengejar kedudukan!
Akhirnya Baron von Knigge meninggalkan pertubuhan tersebut.
Apa yang terjadi kepada pertubuhan ini semakin tragis
dimana salah seorang pengikut bernama Utzschneider menulis surat kepada
pemerintah Bavaria membocorkan kegiatan kumpulan ini termasuk dakwaan ada niat untuk menumbangkan
kerajaan sedia ada. Akhirnya pada bulan
Ogos 1787, kerajaan memerintahkan pertubuhan ini diharamkan dan
sesiapa yang menjadi ahli akan dihukum bunuh.
Pengasas kumpulan ini iaitu Wieishaupt telah dilucutkan
kerja di Universiti Ingolstad dan menghabiskan sisa-sisa hidup di Saxony dimana
beliau mengajar falsafah di University of Göttingen. Pada ketika ini, Bavaria menganggap
pertubuhan ini sudah ‘mati’pada ketika itu.
THEORY KONSPIRASI?
Sehingga kini, banyak theori yang menganggap beberapa
peristiwa dikaitkan dengan ‘Illuminiti’ termasuk pembunuhan JF Kennedy, kematian
Michael Jackson, kehilangan kapal terbang dan serangan-serangan yang dilakukan
oleh kuasa-kuasa besar. Namun, belum ada bukti kukuh yang tragedi ini ada
kaitan dengan Iluminiti. Malah, ramai yang menyangkal dakwaan ini dengan mengatakan
bahawa zaman internet telah mensensasikan Iluminiti.
Golongan artis, ahli politik, ahli perniagaan juga dikatakan banyak dikaitkan
dengan Iluminiti termasuklah Madonna, Kate Perry, Justin Bieber, Beyonce ,Jay-Z malah
pengasas Facebook Mark Zuckernburg dan Donald Trump dikatakan merupakan ahli Iluminiti. Kerisauan
ini sememangnya berasas kerana artis-artis dan orang-orang yang berpengaruh ini
sering mengagung-agungkan ‘kuasa kegelapan’ dalam persembahan dan lirik lagu
mereka. Ramai yang percaya bahawa kejayaan mereka adalah hasil bantuan daripada
tangan ghaib “Iluminati”.
Hakikatnya, sesuatu yang dirancang dengan amat teliti
oleh golongan cerdik pandai ini tidak mampu dihidu oleh orang-orang biasa
kerana mereka menggunakan cara paling halus untuk mencapai niat besar mereka
menguasai muka bumi ini sekalipun melalui pemujaan Syaitan. Apakah mereka ini golongan atau agen “DAJJAL” atau “ANTI-CHRIST”
yang sudahpun disebut dalam kitab Umat
Islam dan Kristian?
Untuk pergi lebih jauh, kewujudan New World Order (NWO) juga
dikaitkan dengan pengaruh golongan elit illuminati. Tanpa disedari, dunia sedang dikawal secara rahsia oleh tangan-tangan ghaib golongan Illuminati yang menyerahkan roh dan jiwa kepada "tuhan" mereka bermata satu.
SCAMMER JUGA GUNAKAN NAMA ILLUMINATI UNTUK MENIPU.
Tahukah anda, ramai yang ingin kaya raya , glamour dan
berjaya cuba untuk sertai Iluminiti
dengan harapan Iluminiti ini akan dapat memberikan harapan kepada mereka.
Mereka sanggup untuk meninggalkan kepercayaan dan agama semata-mata mencapai
kehidupan materialisitik di dunia? Malangnya, kebanyakan website yang
menawarkan mereka untuk menjadi ahli Iluminiti ini adalah scammer. Scammer
sememangnya sangat bijak mencari kata-kata indah dan antara yang dapat saya
google ialah kata-kata seperti ini;
“ Anda mesti sanggup menjadi jutawan atau selebriti”
“ Anda mesti percaya bahawa wang adalah segala-galanya”
“ Anda mesti merahsiakan kegiatan anda”
“ Anda mesti sanggup untuk membayar USD200 sebagai
pembayaran menjadi ahli ”
Dengan kata-kata seperti ini , mereka yang terdesak dan
tidak berfikir panjang akan terpengaruh untuk menjadi “ahli” Iluminiti tanpa
memikirkan sudut lain yang lebih berbahaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Mohon komen secara berhemah. Terima kasih