Isnin, 14 Oktober 2019

JARINGAN GELAP ITU DIPANGGAIL DARK WEB

PERLU KAH MELAYARI  DEEP WEB?

Deep Web adalah laman sesawang yang hanya boleh diakses oleh individu dan organisasi tertentu. Ia tidak muncul di laman carian samada Google Search Engine, Yahoo, Bing dan sebagainya. Mereka yang mengetahui kata kunci dan perisian tertentu sahaja yang dapat memasuki laman web rahsia ini.  Apa yang membimbangkan, deep web ini dikatakan digunakan oleh individu dan organisasi tertentu untuk melakukan aktiviti-aktiviti diluar nilai-nilai masyarakat termasuk aktiviti keganasan termasuk perjudian, serangan siber, pornograpi kanak-kanak, penjualan senjata, penjualan dadah dan pelbagai aktiviti yang diharamkan.

Selain itu, dalam deep web itu sendiri wujud satu laman sesawang yang ditakuti iaitu Dark Web. Dark Web adalah satu website yang mengikut pemerhatian penulis banyak menawarkan aktiviti-aktiviti gelap seperti kekejaman, ritual, pemujaan. Pendek kata, laman web Dark Web sangat-sangat tidak sesuai untuk masyarakat.

Mengikut laporan, anggota Daesh adalah salah sebuah kumpulan yang menganjurkan forum dalam dark Web, selain kumpulan Mafia dan kumpulan gangstar antarabangsa.  Ia adalah satu medan dimana kumpulan-kumpulan pengganas saling melengkapi diantara satu dengan yang lain tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa.

Beberapa Youtuber  Tempatan telah ‘menjelajah’ ke dalam dark web untuk melihat setakat mana ‘kengerian’ yang dibawakan oleh Dark Web tersebut. Saya tertarik dengan pendedahan youtuber PrinceMeed bagaimana beliau membuat pembelian melalui Dark Web ini dengan menggunakan matawang bitcoin.



Menurut laporan Astro Awani dalam artikel bertarikh 25 Januari 2019 Dark Web boleh diakses melalui software khas yang dipanggil TOR ( The Onion Router ), ia sebuah browser yang mempunyai kod rahsia dimana ia dicipta khas untuk mengelakkan ia dikesan oleh penganalisa trafik.  Sebab itu, laman ini bukan .com mahupun .my pada hujungnya melainkan .onion merujuk kepada TOR.

Sebenarnya TOR ini sendiri merupakan ciptaan Saintis Tentera Udara dan Marin Amerika Syarikat sebagai salah satu intiti yang membantu dalam perisikan komunikasi Amerika Syarikat Bagaimanapun pada masa kini ia telah beroperasi sendiri (non-profit)yang menyebabkan ia telah disalahguna oleh individu dan organisasi tertentu untuk sebagai perlindungan dan alat privasi di internet.

Meskipun, TOR ini banyak digunakan untuk aktiviti menyalahi undang-undang, ia juga digunakan oleh kerajaan, penguatkuasa, ahli politik, aktivis malah wartawan sendiri untuk kegunaan alat perlindungan secara maya. Pandangan saya setelah membacaforum-forum di internet, jika sekiranya anda berfikir untuk melayari dark Web melalui TOR ini anda perlu berfikir seribu kali kerana ada kemungkinan aktiviti online anda dapat dikesan oleh ‘penyamun’ yang akan mengakibatkan data-data peribadi anda dicuri!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



Mohon komen secara berhemah. Terima kasih