Rabu, 29 Januari 2020

CORONOVIRUS - 15 FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU


1. Kajian mendapati Corona Virus berasal dari virus binatang liar seperti tikus, ular, kelawar.

2. Haiwan liar ini didapati mula berjangkit akibat tabiat masyarakat di Wuhan yang gemar memakan makanan eksotik tanpa memasak

3. Pasar Wuhan Huanan Seafood Market terkenal sebagai tempat menjual pelbagai haiwan liar yang dilindungi dan dijual secara haram.



4. Virus ini telah membunuh 132 orang sehingga kini (29/1/2020) dan telah menjangkiti lebih 6000 orang di seluruh dunia termasuk;

Hong Kong,
Macao,
Taipei,
Thailand,
Vietnam,
South Korea,
Singapore,
Malaysia,
Japan,
Australia,
France
USA
Jerman
Kanada
Nepal
Cambodia
Sri Lanka

5. Virus ini mampu merebak melalui manusia ke manusia lain.

6. Ia adalah sejenis virus yang amat membahaya kerana mempunyai keupayaan untuk membiak ( mutasi )

7. Kebanyakan pesakit adalah mereka yang mempunyai hubungan secara langsung atau tidak langsung dengan pergerakan ke Wuhan China.

8. Penyakit ini adalah merbahaya kerana pada mulanya ia hanya simptom biasa seperti demam panas, sesak pernafasan atau batuk.

9. Kerajaan China menyediakan dana 1 billion Yuan  untuk pembinaan sebuah hospital baru yang mampu menampung 1000 pesakit Coronavirus dan perlu siap dalam masa 2 minggu!

10. Kerajaan Australia kuarantin pesakit di sebuah Pulau iaitu Christmas Island.

11. Penyakit ini mula dikesan pada 7 Januari 2020 dan dikenali sebagai A Novel Coronavirus (2019-nCov)

12. Selain coronavirus, jangkitan virus berasal dari binatang yang telah membunuh ratusan nyawa ialah;

MERS ( Middle East Respiratory Syndrome ) –mula dikesan di Arab Sausi pada tahun 2012 mengakibatkan 858 kematian dan merebak ke 27 buah negara.
SARS ( Severe Acute Respiratory Syndrome ) mula dikesan pada 2002 di selatan China, menyebabkan kematian 813 mangsa dan merebak ke 30 negara.

13. Jangkitan Coronavirus mengakibatkan kemerosotan kepada bidang bisnes dan ekonomi,
 contohnya ;

iPhone dan Huawei - pastinya akan terkesan kerana banyak syarikat berpengkalan di China.

Shopee, Lazada atau Alibaba - Jualan online pastinya  akan merosot kerana pembeli akan merasa bimbang dengan jangkitan virus

Kemerosotan bidang pelancongan terutamanya negara yang menerima ramai pelancong dari China.

14. Perkataan Corona berasal dari kata latin iaitu ‘crown’  atau mahkota dan penyelidikan secara electron microscope  menggambarkan ia berbentuk seperti solar.

15. Jangkitan virus ini hanya mampu dikesan selepas 10 hingga 14 hari dalam badan pesakit.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



Mohon komen secara berhemah. Terima kasih