Ahad, 29 Mac 2020

Cara Mudah Buat Video Lengkap Dengan Audio

Cuti panjang kerana  wabak Covid 19 akan menyebabkan ramai yang pening duduk diam di rumah tanpa membuat aktiviti yang berfaedah. Apa kata kita membuat video keluarga yang menarik, mungkin boleh bawa anak-anak sekali untuk buat kreativiti ini. Selain berkebun di sekitar rumah, buat bisnes online, belajar memasak dan sebagainya, anda boleh buat video keluarga yang hebat hanya menggunakan aplikasi android di telefon bimbit anda.

Langkah pertama ialah cari aplikasi video editor di Play Store. Di sini anda boleh jumpa banyak aplikasi secara percuma dan berbayar seperti Power Director, InShoot dan Kinemaster.


Saya sendiri menggunakan aplikasi Kinemaster sebab ia mudah digunakan. Jika sudah diinstall, anda boleh mulakan projek mengedit video dan gambar yang tersimpan dalam smartphone anda. Jangan risau kerana  ianya memang sangat mudah namun terpulang kepada kemahuan dan kreativiti anda.

Melalui Kinemaster, anda boleh menyimpan teks, efek, kelajuan dan paling penting anda boleh sertakan audio sekali. Untuk tutorial anda boleh lihat video di bawah.


Cara Memasukkan Audio.

Video tanpa suara atau lagu untuk mengiringi video mungkin tidak berapa sempurna. Anda boleh memasukkan audio dengan langkah-langkah berikut.

1. Tekan pada audio
2. Cari format MP3
3. Tekan pada kekunci +

Jika sekiranya belum ada sebarang bentuk audio atau lagu kegemaran anda yang tersimpan sedia di telefon bimbit, anda boleh ke langkah seterusnya.

1. Cari lagu kegemaran anda di Youtube
2. Copy 'link' atau tekan share untuk dapatkan link kemudian copy.
3. Convert video tadi melalui video to mp3 converter. Saya cadangkan anda pergi ke Google Chrome dan taip YTMP3 seperti gambar di bawah

4. Masukkan link/url dan tekan pada tombol 'convert' dan kemudian download.
5. Kini, anda sudah memiliki mp3/audio untuk dimasukkan dalam video di Kinemaster anda.
6. Kini video anda hampir lengkap.

Sebenarnya banyak kreativiti yang boleh anda boleh melalui aplikasi percuma seperti Kinemaster ini. Malah ia digunakan oleh ramai youtuber menghasilkan video klip dan filem-filem pendek.

Anda juga boleh membuat lagu sendiri dengan BandLab



Caranya, selepas anda convert youtube tadi dalam bentuk MP3, anda dah ada lagu untuk dinyanyikan. Namun pastikan anda download video minus one atau karaokesekiranya anda ingin anda nyanyi sendiri.

Jangan persiakan bakat nyanyian anda, lebih baik  rakam melalui aplikasi BandLab. Sebenarnya banyak aplikasi untuk record audio tapi saya lebih suka gunakan BandLab.  Apa yang anda perlukan ialah sebuah Earphone with Mic agar ianya jelas dan jernih bunyinya.


Nah.. dengan aplikasi percuma seperti Kinemaster , Band Lab dan sebuah Earphone with Mic anda sudah boleh menghasilkan sebuah video klip yang menarik untuk mengisi masa lapang anda bersama keluarga di rumah sesuai dengan saranan kerajaan 'stay at home '.

0 Comments:

Komen guna Google akaun kini TIDAK lagi boleh digunakan.
Sila komen guna nama dan pautan blog anda.
Blog Ping sangat di alu-alukan.
Terima kasih.