Sabtu, 28 Mac 2020

COVID 19 - SEJAUH MANA KITA BERSEDIA?


Virus Covid 19 sehingga kini telah meragut ribuan nyawa dan angka terkini melepasi angka setengah juta yang disahkan positif oleh WHO di seluruh dunia. Tidak terkecuali negara kita dimana wabak ini telah membunuh 25 mangsa ( sehingga artikel ini ditulis ).



Penyakit Covid 19 yang pada mulanya dianggap remeh oleh kebanyakan, malah ada yang menganggapnya sebagai bahan berita dari China semata-mata kini mendapati ianya adalah ancaman serius kepada kesihatan, ekonomi malah kepada peradaban dan sejarah manusia.

Pelbagai andaian, teori dan kajian saintifik telah dibuat sehingga kini, malah ada yang percaya virus covid 19 adalah satu senjata biologi ciptaan saintis negara tertentu untuk tujuan menghancurkan musuh-musuhnya. Selain dari itu, ada juga kepercayaan dari sudut agama masing-masing berkaitan virus ini.

Namun apa yang pasti, wabak ini telah merebak dengan pantas ke seluruh dunia tidak kira negara miskin, malah negara maju seperti Amerika Syarikat menjadi negara yang telah mendapat kesan paling teruk dari wabak ini. Dari sudut lain, ia merebak menjangkaui kepercayaan agama dan warna kulit dari bayi kecil sehingga warga tua.

Negara China, negara pertama yang diserang Virus Corona merupakan sebuah negara yang serba maju dan kuat  dari segi ekonomi,kelengkapan peralatan, tenaga pakar boleh dikatakan telah mengharungi masalah Covid 19 dengan rasa bangga dan megah jika dilihat dari segi persediaan dan hasilnya boleh dilihat apabila mangsa Covid 19 di negara tersebut semakin menurun.

Bagaimanapun oleh kerana sehingga kini, belum ada vaksin untuk membunuh virus ini, adalah tidak mustahil virus covid 19 akan terus menghantui masyarakat dunia lebih-lebih lagi negara-negara miskin yang kekurangan hospital, fasiliti dan tenaga pakar.

Sekiranya ini terjadi sudah tentu ia akan terus mengakibatkan perintah berkurung akan terus dikuatkuasakan untuk mencegah merebaknya wabak covid 19 ini. Ia sudah tentu akan menjejaskan kehidupan harian manusia dimana kilang-kilang pengeluaran makanan akan terhenti, pengeluaran makanan dari ladang-ladang akan terjejas kerana kehilangan pekerja dan akhirnya penutupan kepada gudang-gudang dan pasaraya kerana tidak ada bekalan.

Jika sekiranya sampai ketahap ini, manusia akan berlumba-lumba untuk mencari makanan dan ini akan mengakibatkan masalah sosial dimana manusia sanggup membuat apa sahaja untuk sesuap nasi.
Tidak akan ada negara yang bertahan untuk jangka masa lama tanpa kilang yang beroperasi, ladang-ladang tanpa pekerja, sistem pengangkutan tanpa penumpang, mahupun syarikat yang membayar cukai kepada kerajaan.

Langkah yang diambil oleh kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi bukan sahaja untuk merangsang ekonomi negara malah adalah untuk mendidik masyarakat untuk membuat perancangan jangka masa sederhana dan panjang untuk menghadapi musibah yang lebih besar iaitu masalah kelembapan ekonomi yang paling teruk . Kerajaan tidak mengambil langkah-langkah yang tidak pernah dibuat sebelum ini tanpa alasan yang konkrit dan memandang jauh ke hadapan, contohnya, pakej Monotorium ( Penangguhan bayaran loan bank sehingga 6 bulan ) dan Kebenaran Pengeluaran Akaun 2 KWSP. Namun, setakat mana bantuan kerajaan ini akan bertahan sekiranya wabak Covid 19 terus menular?

Jelas sekali, masyarakat perlu bersedia dari segi mental dan kewangan untuk terus bertahan dan paling penting pada ketika ini ialah bagaimana kita survive pada bulan-bulan akan datang tanpa bantuan kerajaan? Pada tahap ini, kita perlu fikirkan bukan sahaja untuk diri kita tetapi kepada anak-anak dan cucu  cucu kita iaitu demi sesuap nasi. Jadi bantuan yang diberikan oleh kerajaan adalah supaya kita boleh berbelanja pada keperluan yang paling mustahak untuk survive. Adakah beras dan keperluan di dapur cukup untuk menampung hidup satu keluarga sehingga  dua tiga bulan..malah bulan-bulan berikutnya dimana tidak ada lagi bantuan dari kerajaan?

Bila memikirkan perkara ini, ada diantara kita yang mula terfikir untuk balik kampung, hidup cara tradisi menanam padi, menanam ubi kayu dan memasak dengan unggun api.. pendek kata " back to the basic ".. kembali kepada kehidupan nenek moyang kita dahulu.



Kita semua mempunyai tanggungjawap untuk mencegah penularan wabak Covid 19 agar kehidupan seperti biasa dapat kita jalani. Sama-samalah kita patuhi perintah kerajaan agar mengawal pergerakan dan " Stay at Home ". Dalam tempoh ini, kita boleh buat perkara-perkara yang berfaedah malah kita boleh belajar menjana ekonomi keluarga dengan perkara berfaedah contohnya belajar bisnes online

0 Comments:

Komen guna Google akaun kini TIDAK lagi boleh digunakan.
Sila komen guna nama dan pautan blog anda.
Blog Ping sangat di alu-alukan.
Terima kasih.