Ahad, 29 Mac 2020

PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BANK SEBAB COVID 19

Berikut adalah soalan lazim berkaitan kemudahan Moratorium yang diperkenalkan Perdana  Menteri untuk membantu meringankan bebanan rakyat disebabkan penularan wabak Covid 19. Artikel ini adalah cedukan dari website Bank Rakyat, bagaimanapun ia adalah selari dengan bank-bank lain di Malaysia.



1. Apakah penangguhan pembayaran balik pembiayaan?

Tawaran ini merupakan penangguhan atau penggantungan sementara obligasi pembayaran balik pembiayaan untuk jangka masa yang terhad. Dalam tempoh ini, pelanggan yang mempunyai pembiayaan yang memenuhi syarat-syarat tidak perlu membuat apa-apa pembayaran balik, dan bayaran lewat atau penalti tidak akan dikenakan.

Keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) ke atas bayaran balik pembiayaan yang ditangguhkan dan pelanggan perlu menunaikan pembayaran balik yang tertangguh pada masa akan datang. Pembayaran balik pembiayaan akan disambung semula selepas tempoh penangguhan.


2. Apakah objektif tawaran kemudahan ini?

Tujuan pakej ini adalah untuk memberikan bantuan kepada individu dan perniagaan yang menghadapi kekangan kewangan sementara akibat wabak Covid-19. Kami berharap pakej ini dapat membantu individu dan perniagaan yang menghadapi masalah kewangan untuk menghadapi cabaran dalam tempoh ini. Pembayaran balik pembiayaan akan disambung semula selepas tempoh penangguhan.


3. Apakah kriteria pelanggan yang akan diberikan penangguhan secara automatik?

Semua individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mikro dan koperasi dalam pelbagai sektor diberi penangguhan dalam pembayaran pembiayaan (kecuali kad kredit) yang akan dilaksanakan secara automatik oleh bank sekiranya pembiayaan memenuhi kriteria yang berikut:

Tidak tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April 2020

Dalam denominasi Ringgit Malaysia.


4. Bagaimanakah proses penangguhan sementara bayaran ansuran dilaksanakan?

Pembiayaan yang tiada tunggakan atau tidak tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April 2020 akan dilaksanakan secara automatik. Pelanggan tidak perlu membuat permohonan.

5. Sekiranya saya memilih untuk menangguhkan bayaran balik pembiayaan, adakah rekod CCRIS saya akan terjejas?

Tidak.

6. Apakah pembiayaan ini diklasifikasikan sebagai penjadualan semula (reschedule) atau penstrukturan semula (restructured)?

Tidak. Akaun ini tidak akan diklasifikasikan sebagai penjadualan semula atau penstrukturan semula dalam laporan CCRIS. Rekod adalah kekal seperti sedia ada.


7. Pembiayaan saya telah gagal dibayar, bolehkah saya memohon?

Akaun pembiayaan yang sudah melebihi tunggakan 90 hari adalah tidak layak diberikan penangguhan. Pelanggan dinasihati supaya menghubungi Bank untuk mendapatkan bantuan.

8. Adakah pembiayaan di bawah program penjadualan semula atau penstrukturan semula layak untuk mendapat pakej penangguhan?

Pembiayaan di bawah program penjadualan semula dan penstrukturan semula juga layak mendapatkan penangguhan tertakluk pada kriteria yang ditetapkan.

9. Adakah semua pembiayaan diberikan penangguhan atau yang terkesan Covid-19 sahaja? Bagaimanakah sekiranya pelanggan tidak mahu melakukan penangguhan?

Tidak. Semua pelanggan akan diberikan penangguhan pembayaran pembiayaan secara automatik jika memenuhi kriteria dan pelanggan perlu memaklumkan kepada Bank Rakyat sekiranya ingin menolak tawaran penangguhan ini.

10. Adakah pelanggan perlu memohon bagi penangguhan pembayaran pembiayaan ini?

Tidak. Semua pembiayaan individu, PKS, mikro dan koperasi (tidak termasuk kad kredit) yang memenuhi kriteria akan secara automatik layak untuk ditangguhkan.

11. Berapa lamakah tempoh penangguhan pembiayaan diberikan?

Buat masa ini, pihak Bank hanya menawarkan penangguhan selama enam bulan sahaja kepada pelanggan yang memenuhi kriteria.

Walaupun begitu, tempoh penangguhan melebihi enam bulan boleh dipertimbangkan berdasarkan permohonan pelanggan. Oleh itu, pelanggan boleh menghubungi Bank jika memerlukan tempoh penangguhan yang lebih lama.

12. Produk pembiayaan manakah yang layak untuk menerima penangguhan ini?

Semua produk Bank layak menerima penangguhan ini. Walaupun begitu, untuk produk kad kredit-i, pelanggan perlu melakukan permohonan terlebih dahulu untuk mendapatkan penangguhan.



SOALAN LAZIM KEMUDAHAN MORATORIUM SECARA AUTOMATIK BERIKUTAN COVID-19 UNTUK KAD KREDIT-i

1. Siapakah yang layak untuk program ini?


Semua pemegang kad Bank Rakyat kecuali pemegang kad Kredit Korporat yang diubahsuai.

2. Bilakah tarikh penguatkuasaan?


Bermula dari 1 April hingga 31 Disember 2020.


3. Apakah jumlah minimum untuk layak membuat penukaran?


Tiada jumlah pra-set minimum bagi pemegang kad untuk menikmati tawaran tersebut.

4. Berapakah kadar keuntungan yang dikenakan?


Bank Rakyat akan mengenakan kadar keuntungan sebanyak 13% setahun semasa tempoh tersebut.


5. Bolehkah saya memilih tempoh pembayaran bagi Pembiayaan Berjangka-i?

Bagi pemegang kad yang menunjukkan tanda kesukaran pembayaran (tidak dapat memenuhi pembayaran bulanan minimum selama 3 bulan berturut-turut, Bank Rakyat secara automatik akan mengubah jumlah itu menjadi ansuran selama 36 bulan).

Bagi pemegang kad yang tidak berada dalam kategori ini tetapi ingin memilih kemudahan itu, pemegang kad boleh memilih untuk membuat pembayaran dalam tempoh 12, 24 atau 36 bulan.

6. Apakah bayaran minimum jika saya memilih untuk menukar baki kad kredit saya kepada pembiayaan berjangka?

Pengiraan bagi bayaran minimum adalah: -


Jumlah ansuran + 5% jumlah yang digunakan + semua jumlah skim Bayaran Mudah.

7. Bolehkah saya menambah jumlah tambahan untuk ditukarkan ke pembiayaan berjangka?

Ya, pemegang kad dibenarkan untuk menambah jumlah tambahan untuk ditukarkan ke pembiayaan berjangka jika permohonan dibuat dalam tempoh penguatkuasaan.

8. Adakah saya dibenarkan untuk menggunakan kad kredit saya selepas saya menukar baki kad kredit saya kepada pembiayaan berjangka?

Ya, pemegang kad boleh terus menggunakan kad hingga baki sedia ada bagi had pembiayaan.

9. Bagaimanakah saya boleh memohon?

Bagi pemegang kad yang menunjukkan tanda kesukaran pembayaran (tidak dapat memenuhi pembayaran bulanan minimum selama 3 bulan berturut-turut), Bank Rakyat secara automatik akan mengubah jumlah tersebut menjadi ansuran selama 36 bulan.

Bagi pemegang kad bukan dari kategori ini, anda boleh memohon untuk menukar baki kad kredit anda kepada pembiayaan berjangka dengan: -

1. Hubungi Pusat Kad Bank Rakyat di 03-2693 6880

2. Emailkan permintaan anda kepada kkredit@bankrakyat.com.my

untuk artikel asal boleh rujuk dalam format pdf di link di bawah
https://www.bankrakyat.com.my/repository/1596FAQ%20AUTO%20PENANGGUHAN%20Final.pdf

INFO TAMBAHAN

BAGAIMANA DENGAN PINJAMAN MELALUI ANGKASA?

Pinjaman melalui angkasa juga tertakhluk kepada peraturan dimana bank melalui Angkasa akan menangguhkan bayaran selama 6 bulan.

BAGAIMANA DENGAN PINJAMAN DENGAN SABAH KREDIT?

Bagi peminjam yang berkhidmat dengan kerajaan Negeri Sabah, Sabah kredit akan menangguhkan bayaran bulanan selama 3 bulan sahaja. Namun, setakat artikel ini ditulis, belum ada info berkenaan peminjam kakitanangan awam persekutuan samada ada penangguhan atau sebaliknya.

BAGAIMANA DENGAN PINJAMAN DENGAN BORNEO HOUSING?

Pinjama dengan Borneo Housing Mortage juga secara automatik ditangguhkan selama 6 bulan.

0 Comments:

Komen guna Google akaun kini TIDAK lagi boleh digunakan.
Sila komen guna nama dan pautan blog anda.
Blog Ping sangat di alu-alukan.
Terima kasih.