Khamis, 30 April 2020

14 NEGARA INI TIDAK ADA KES VIRUS COVID 19

Wabak virus covid 19 telah menyerang hampir semua negara di dunia tidak terkecuali negara kita Malaysia. Namun terdapat beberapa buah negara yang tidak mendapat satupun kes covid 19 sehingga kini walaupun jumlah kes seluruh dunia hampir melebihi 2 juta orang!!  Jom kita lihat senarai negara tersebut dan sedikit latar belakang.


Korea Utara

Negara Korea Utara mempunyai kepadatan penduduk sekitar 26 juta orang dan sistem pemerintahan ialah diktaktor. Walaupun tidak ada laporan kes Covid 19 di negara ini, terdapat laporan media antarabangsa yang kemungkinan maklumat disembunyikan oleh kerajaan Korea Utara memandangkan negara ini sering mengasingkan dari  media antarabangsa.

Kiribati

Mempunyai kepadatan penduduk serama 110,000 ribu dan ia merupakan sebuah republik yang terletak di Kepulauan Ocenia. Negara ini dahulunya dikenali sebagai Pulau Gilbert dan ugama rasmi ialah  Kristian. 

Lesotho

Mempunyai kepadatan penduduk seramai 2.5 juta orang dan Majoriti berugama Kristian. Negara ini terletak di tengah-tengah Afrika Selatan. Negara ini masih ketinggalan dari aspek pembangunan dan masih menggunakan kuda sebagai pengangkutan utama.

Kepulauan Marshall 

Negara ini terletak bersebelahan dengan Kiribati di Lautan Pasifik. Mempunyai penduduk kurang dari 60,ooo dan merupakan sebuah Republik yang dibentuk oleh 1200 gabungan pulau-pulau kecil.

Micronesia

Persekutuan Micronesia merupakan sebuah negara gabungan lebih 600 
 pulau di rantau Micronesia, Lautan Pasifik. Mempunyai kepadatan penduduk seramai 112,000 orang. Ia terkenal sebagai sebuah tempat yang mempunyai keindahan semulajadi.

Nauru

Nauru adalah sebuah Pulau Kecil dan mempunyai penduduk hanya sekitar 10,000 orang. Keluasan Pulau ini hanyalah sekitar 20km persegi dan majoriti merupakan penganut Kristian.

Palau

Palau sebuah lagi negara Republik yang terletak di Lautan Pasifik dan merupakan gabungan 340 buah pulau. Penduduk terdiri dari campuran beberapa kaum Asia dan majoriti berugama Kristian. 

Samoa

Sebuah lagi negara yang terletak di kepulauan Pasifik. Samoa merupakan gabungan dua Pulau utama dan 7 buah Pulau kecil dan kepesatan penduduk sekitar 196,130 orang. Ia merupakan sebuah negara yang berada di bawah naungan New Zealand sebelum memerintah sendiri pada tahun 1961. Majoriti penduduk Samoa merupakan penganut Kristian.

Sao Tome and Principe

Merupakan negara yang terletak di tengah benua Afrika. Bidang pelancongan merupakan sumber ekonomi utama dan agama Kristian merupakan anutan majoriti penduduk yang terdiri dari orang Afrika dan sedikit Eropah ( Portugis ). 

Kepulauan Solomon

Kepulauan Solomon merupakan sebuah lagi negara yang dibentuk oleh ratusan buah Pulau kecil di Lautan  Pasifik. Negara ini terkenal dengan bencana gempa bumi dan letusan gunung berapi yang mengakibatkan pertumbuhan ekonomi terbantut. Negara ini mempunyai kepadatan penduduk  sekitar 652,858 orang dan majoriti adalah penganut Kristian. Ia merupakan sebuah bekas jajahan British.

Tajikistan

Merupakan sebuah negara republik yang terletak di benua Asia Tengah dikelilingi oleh negara seperti China, Uzbekistan, Kargastan, Apghanistan dan Turkistan. negara ini mempunyai kepesatan sekitar 2. 5 juta penduduk dan majoriti penduduk berugama Islam. Dari segi geografi , Tajkistan merupakan sebuah negara yang bergunung ganang. Sumber ekonomi Tajkistan banyak bergantung kepada sektor pertanian dan perkhidmatan.

Turkmenistan

Negara Turkmenistan merupakan jiran Tajiskitan di asia tengah bagaimanapun, ia mencipta reputasi sebagai salah sebuah negara di Asia Tengah yang mempunyai perkembangan ekonomi yang stabil. Dengan kepesatan penduduk seramai 5.5 juta, negara seluas 488,100km persegi ini merupakan bekas jajahan Soviet dan majoriti penduduk berugama Islam.

Tuvalu

Sebelum menukar nama sebagai Tuvalu, negara ini dikenali sebagai Kepulauan Elice dan terletak di benua Ocenia. Penduduk yang tinggal di Pulau ini hanyalah sekitar 12 000 orang. Oleh kerana ia merupakan sebuah Pulau kecil, terdapat khabar angin yang ia merupakan Pulau yang terancam dan kemungkinan akan lupus dari muka bumi. Dari segi adat dan budaya, penduduk disini mempunyai kaitan dengan budaya Samoa.

Vanuatu

Vanuatu sebuah lagi Pulau yang terletak di benua Ocenia hasil gabungan lebih 13 buah pulau dan mempunyai kepadatan penduduk sekitar 293,000 orang. Ia terkenal dengan keindahan pulau, pantai dan hidupan batu karang. Vanuati bererti " tanah kami selamanya". Negara ini mempunyai penduduk Melanesian, Polenisian, dan sedikit Eropah, Vietnam dan China dan kebanyakan mereka mengamalkan ajaran Kristian.

Sebagai kesimpulan, negara pertama ( Korea Utara ) adalah negara yang dikhuatiri memberikan maklumat tepat berkaitan covid 19. Negara-negara yang berada di benua Ocenia pula kemungkinan tidak mendapat jangkitan Covid 19 disebabkan faktor lokasi yang jauh dari masyarakat antarabangsa.  Apa pendapat anda?

Sumber: aljazeera.com, britannica.com,wikipedia.com


1 ulasan:

  1. Great Blog! Thanks for the information! Hope Corona Virus ends soon! We are the best food delivery in johor bahru we offer different kind of services such as Recovery Diet, Healthy Reset Diet, Beverage, Special Occasion. For more information contact us now +6011-1618 4480.

    BalasPadam

Komen guna Google akaun kini TIDAK lagi boleh digunakan.
Sila komen guna nama dan pautan blog anda.
Blog Ping sangat di alu-alukan.
Terima kasih.