Selasa, 12 Mei 2020

9 PERKARA WAJIB DALAM BISNESS DELIVERY MAKANAN

9 ASPEK PENTING BISNES DELIVERY MAKANAN + dan untung ribuan ringgit dengan kaedah santai


Wabak Covid 19 telah mengubah gaya hidup manusia. Malah ia juga telah meningkatkan tahap penggunaan teknologi. Apa tidaknya, kawalan pergerakan mengakibatkan ramai orang yang lebih selesa melakukan order dihujung jari. Di sinilah juga telah terbuka peluang keemasan bagi anda yang mahu berkecimpung dalam bisnes makanan untuk menambahkan sumber pendapatan atau untuk meluaskan lagi rezeki dalam bidang perniagaan.


1.# KUALITI MAKANAN

Kualiti makanan yang disediakan perlu memenuhi citarasa pelanggan anda. Untuk menjamin kualiti makanan, perkara yang wajib dilaksanakan ialah


  • Enak dimakan
  • Cukup Rasa
  • Bersih dan selamat


Pelanggan pastinya mahukan makanan yang dipesan memenuhi citarasa, sesuai dengan harga makanan tersebut. Jika makanan yang dipesan mengandungi material atau menu yang banyak, pastinya makanan akan dijual dengan lebih mahal.

2. # MENEPATI MASA

Peniaga perlu memastikan makanan yang dipesan sampai tepat atau awal 15 minit dari masa sebenar. Kelewatan menghantar makanan akan mengakibatkan rasa tidak puashati dikalangan pembeli. Makanan segera seperti burger atau nasi ayam perlukan aturan masa yang betul untuk memastikan makanan tersebut masih panas atau masih segar ketika sampai kepada pelanggan.

3.# PEMBUNGKUSAN MAKANAN

Peniaga perlu memastikan makanan yang dihantar ditapau atau dibungkus dengan pembalut atau bekas yang sesuai. Peniaga perlu sentiasa peka kepada keselamatan produk serta memahami peraturan-peraturan terkini yang disarankan oleh pihak berwajib. Sebagai contoh, larangan penggunaan polisterin untuk membungkus makanan adalah tidak dibenarkan. Sekiranya anda menggunakan botol plastik, disarankan anda menampal sticker pada bekas agar ia kelihatan lebih menarik seterusnya mendapat lebih kepercayaan pelanggan.

4.# MEMAHAMI PERBELANJAAN

Mengurus perbelanjaan ibarat 'jantung' bagi seorang peniaga. Anda perlu melihat dengan teliti bagaimana wang perbelanjaan anda dibelanjakan untuk membeli sumber, peralatan dan upah termasuk caj penghantaran. Pastikan anda mempunyai rekod yang kemas dan jelas agar anda boleh mengesan sekiranya berlaku perbelanjaan yang tidak perlu, berlebihan atau kehilangan.

5.# MENGKAJI PASARAN

Sebelum anda memulakan bisnes makanan delivery, pastinya anda sudah memahami kelebihan produk makanan yang anda akan pasarkan. Dari situ, anda dapat mengenalpasti siapa pesaing anda. Lakukan yang lebih baik dari pesaing anda dari pelbagai aspek termasuk, kualiti makanan, ketepatan masa, pembungkusan, kebersihan dan sebagainya.

6.# TETAPKAN SASARAN

Setelah anda mengenalpasti produk makanan delivery yang akan anda laksanakan, anda perlu menetapkan sasaran dari segi keuntungan. Keuntungan pastinya berlandaskan jumlah pembeli, jenis makanan dan lokasi. Mengenalpasti lokasi adalah penting dalam bisnes delivery kerana anda perlu bersedia dari segi masa, kos terlibat ( termasuk minyak kenderaan) dan risiko. Penghantaran di lokasi yang jauh akan mungkin boleh mengancam keselamatan dan menjejaskan kualiti makanan.

7.# PROMOSI

Gunakan media sosial secara maksima untuk memasakan produk delivery makanan anda. Gunakan gambar yang menarik untuk dihebahkan ke media sosial termasuk group whatapps, facebook, twitter atau instagram. Untuk promosi dilaman sosial, anda disarankan,

  • Menyiarkan gambar yang menarik
  • Menyertakan kaedah mudah untuk pesanan
  • Menyertakan dengan jelas nombor telefon
  • Menjawap pertanyaan bakal prospek

8.# DAPATKAN MENTOR

Jika sekiranya anda masih baru dalam bisnes delivery makanan, tidak salah untuk anda mengembangkan ilmu pengetahuan dan mendapatkan informasi daripada mereka yang sudah berpengalaman dalam bisnes makanan delivery, contohnya dari Abang Spego


9.# GUNAKAN APLIKASI

Menggunakan 'google location ' akan membantu anda mencari lokasi pembeli dengan lebih mudah . Pembeli biasanya akan mengirim lokasi untuk memudahkan anda menghantar delivery makanan. Anda perlu belajar menggunakan semua aplikasi terkini anda anda tidak ketinggalan.

0 Comments:

Komen guna Google akaun kini TIDAK lagi boleh digunakan.
Sila komen guna nama dan pautan blog anda.
Blog Ping sangat di alu-alukan.
Terima kasih.