Jumaat, 1 Mei 2020

Tips Mengatasi Pesaing Blogger Di Tahun 2020

11 Tips Terkini Menulis Artikel Blog Yang Pasti Dicari dan Dibaca Audience + Blueprint Jana Income melalui Affiliate!!

Adakah anda berminat untuk belajar cara menulis blog tanpa sebarang tekanan, malah hasilnya nanti akan memberikan nilai tambah dan kepuasan kepada pembaca? Pada kali ini saya mengajak anda untuk menulis  untuk blog,  siapa tahu anda mampu mendapat 'income' melalui blog. Ya lah.. musim covid 19 ini, ramai orang terkesan, mungkin juga termasuk anda. Baca sehingga habis, sebab di hujung artikel ini,  saya akan  berikan anda satu Template PERCUMA sebagai rujukan dan memudahkan anda menulis blog dengan kaedah dan tips terkini.


TAHUKAH ANDA....?


Google  Kejam. Tanpa kaedah yang betul, blog posting anda tidak akan keluar dalam enjin carian sampai bila-bila!! Percayalah..

Saingan. Dengan ribuan artikel diterbitkan sehari, pesaing berlumba-lumba berada untuk berada di enjin carian dengan apa cara sekalipun!

Berharap dengan media sosial? Share tanpa backlink adalah sia-sia.

Dengan semua cabaran ini, blog masih kekal sebagai medium terbaik menyampaikan maklumat, kaedah pembelajaran, kaedah memberikan inspirasi dan kaedah untuk mengekalkan hubungan dengan ribuan bakal prospek di luar sana. Melalui pengalaman yang tidak seberapa berbanding otai-otai blogger yang lain, saya akan kongsikan kepada anda bagaimana saya kekal fokus untuk menulis blog tanpa rasa jemu dan mendapat sedikit komisyen hasil dari penat lelah selama ini.





Tips #1: Kenali Siapa Sasaran Anda
Memilih Topik: Sebelum anda mula menaip, fokus kepada matlamat anda. Apa topik yang anda hendak sampaikan.
Bual bicara: Blog yang terbaik adalah blog 'bual bicara'. Anggaplah anda sedang berbual dengan seseorang.
Kaedah Mengenalpasti Topik;
  • Buat survey.
  • Menggunakan Google Keyworld Planner
  • Menggunakan Google Phrase Suggestion
  • Sentiasa Fokus kepada audience. Apa topik semasa yang tengah hot? Apa isu yang dianggap 'lagend'. 

Tips #2: Pilih Tajuk Memukau


Kajian mendapati hanya 6 daripada 10 yang membaca tajuk tanpa membaca artikel.
Cari Idea memilih tajuk berdasarkan; 
    • Pengalaman Sendiri
    • Idea Gila-Gila
    • Forum
    • Media Sosial.

Tips #3: Ikat Pembaca Dari Ayat Pertama

Cuba kaji bagaimana akhbar dan media utama menerbitkan berita.

Gunakan kaedah 'mengurat' seseorang untuk menjadi pasangan anda. 

Pengaruhi minat pembaca dari ayat pertama dalam blog, contohnya;
    • Ada unsur drama
    • Kata-kata pujangga
    • Unsur Humor 
    • Hindarkan kata-kata 'klise'
Persoalan dan Jawapan: Siapa, dimana, bagaimana, bila, untuk apa.


Tips #4: Jawap Pertanyaan


Google Search Engine mempraktikkan  soalan dan pertanyaan kemudian, jawapan akan pergi kepada blog post,forum atau lokasi. Google menyediakan 'best possible answer' berdasarkan pertanyaan atau pencarian di google.

Praktik google ini mempunyai kesan buruk kepada blogger yang mengharapkan 'keyword untuk tujuan SEO.

Maka, anda kena rajin untuk menjawap pertanyaan dan 'link' kan url jawapan anda ke blog post anda.

Tips #5: Blog Cerita
Bahan bacaan Sejak Berkurun. Cerita dan kisah benar adalah tulisan dan bahan bacaan berkurun lama.

Mudah dan boleh direka. Cerita adalah satu tulisan yang boleh anda ubah, cipta, dan tulis tanpa batasan, pelbagai genre termasuk cerita seram dan kisah benar.

Dari mana datangnya inspirasi untuk menulis cerita?
    • Pengalaman sendiri
    • Pengalaman orang lain
    • Cerita yang pernah anda baca
    • Cerita yang baru dari idea segar anda.



Tips #6: Format Penulisan

Ramai orang yang tidak suka membaca format penulisan terlalu kecil dan sukar dibaca.

Format penulisan di blog biasanya Ariel, Helvatica atau Verdana dengan font 12 hingga 14.

Bagaimanapun, penulisan  bergantung kepada topik. 

Blog berdasarkan cerita lebih panjang berbanding blog bertemakan tutorial.

Tips agar blog anda sedap di mata pembaca ;
    • Ayat disusun mengikut perenggan
    • Ayat disusun ringkas dan mudah
    • Menggunakan kata-kata perbualan seharian
    • Gunakan bullet jika perlu.
    • Bermain dengan Bolt, Italic atau Underline
    • Gunakan imej, carta dan jadual jika perlu.
    • Gunakan warna biru atau merah pada ayat-ayat penting dan link 'url'.

Tips #7: Gunakan Imej


Sifat manusia lebih tertarikh melihat visual seperti imej, video atau carta.

Pembaca suka membuat penilaian dan kesimpulan berdasarkan imej.

Gunakan perisian percuma seperti Canva.com, aplikasi PixelArt dan lain-lain. Anda tidak perlu belajar perisian rumit seperti Photoshop kerana aplikasi percuma ini sudah cukup untuk menyokong blog post anda kecuali..anda mahu menjual!

Imej dan visual yang menarik mampu meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang blogger.

Pastikan anda tidak menggunakan imej dengan ' copyright'.


Tips #8: Keaslian

Jangan sebarkan berita palsu di blog anda dengan niat untuk mencipta gimik. Sekiranya pembaca terhidu  artikel anda palsu, mereka akan meninggalkan anda seperti kilat. 

Apakah faedah membuat artikel asli?
    • Engagement.
    • Mencipta Kepercayaan.

Bagaimana memastikan artikel anda asli?
    • Buat artikel seperti anda sedang berbicara
    • Kenalpasti nilai yang anda boleh terjemahkan untuk membantu orang lain
    • Mempunyai pandangan yang tegas mengenai sesuatu perkara
    • Tulis artikel berkaitan isu yang menjadi perhatian anda.
    • Pandangan anda tidak semestinya membuat semua orang gembira
    • Ketelusan - Mengakui kesilapan dan kelemahan sendiri.

Tips #9: Mudah DiAkses


Blog anda hanya boleh dibaca di PC dan bertaburan di smartphone? MASALAH. 

Mudahkan pembaca agar artikel anda boleh di 'share' terutama di media sosial. 

Berfikir di luar kotak. Terbitkan artikel anda  di Youtube, postcast, GIF, dan social post..kan..kan..


Tips #10: Kualiti + Kuantiti

Beberapa tahun lalu, saya katakan anda perlu membuat blog post secara konsisten. Ya ia penting untuk tujuan SEO. 

Namun pada masa sama, sebaiknya seimbangkan kualiti dan kuantiti.

Bagaimanapun bagi saya, sebagai seorang newbie, anda perlu konsisten membuat artikel untuk mengasah bakat kemahiran menulis artikel yang lebih berkualiti. Sebab jika anda  sentiasa hendak  'perfect', anda takkan bermula sampai bila-bila.

Gunakan teknik "skyscrapper" iaitu, cari blog post popular ( dari anda atau orang lain ) dan buatkan ia lebih baik. PLR pun banyak tu...google ja.


Tips #11: Data dan Sumber

Untuk membina kepercayaan pembaca.

Jangan malu untuk mengakui sumber artikel anda.

Kajian anda sendiri dan data adalah dua perkataan yang berbeza.
Faedah Mengemukakan data;
    • Menyokong artikel anda
    • Nilai Keaslian
    • Memberikan nilai tambah ( value) kepada pembaca.
    • Backlinks
Dari mana datangnya data?
    • Dari badan yang diiktiraf ( contoh WHO, KKM, NASA, Kerajaan, Berita Perdana)
    • Kajian dan undi yang dijalankan oleh badan-badan tertentu.
Cipta data yang mampu menarik perhatian seperti infografik.


Rumusan dan kesimpulan.

Anda boleh praktikkan tips ini disamping idea anda sendiri samada melalui kajian atau pengalaman anda.

Anda boleh baca artikel-artikel saya dalam post-post terdahulu dengan topik-topik berkaitan tips penulisan dalam blog post.

Saya telah mempraktikkan tips dan kaedah ini sendiri dan hasilnya posting blog saya berada dalam muka depan enjin carian. Anda boleh taip dengan kata kunci "Panduan dan contoh long tail keywords" " Blog Tiada Dalam Enjin Carian " dan " Personel blog terbaik Malaysia". Artikel tersebut adalah untuk menambah nilai ilmu sesama blogger seperti anda.


Link Untuk Mendapatkan  Blueprint Jana Income melalui Affiliate












0 Comments:

Komen guna Google akaun kini TIDAK lagi boleh digunakan.
Sila komen guna nama dan pautan blog anda.
Blog Ping sangat di alu-alukan.
Terima kasih.