Selasa, 5 Mei 2020

BINTANG BOLA SEPAK GUNA iPHONE EMAS, MO SALAH GUNA OPPO JER?? biar betul..

# 3 BINTANG BOLA SEPAK BERGAJI JUTA JUTA SEMINGGU + apa jenama phone yang dorang guna ??


Zaman manusia sudah jauh berubah dari 90an sehingga kini. Jika tahun 90an dahulu orang yang memakai telefon dianggap 'orang kaya' kini hampir semua orang memiliki telefon pintar juga digunakan oleh mereka yang dikenali ramai untuk tujuan mengumpul pengikut di media sosial mahupun berkongsi aktiviti dengan pengikut.


1#. LIONEL MESSI - iPhone XS Max + bersalut emas 24 karat.
GAJI: RM2,788,459.00 SEMINGGU

Pemain Barcelona dan Argentina ini tidak perlu diperkenalkan lagi khususnya kepada peminat bolasepak. Beliau memiliki bakat semulajadi di atas padang dan tidak hairan dengan gaji yang Banyak, Messi mampu membeli telefon iPhone XS Max . Telefon ini berharga $21,050 EURO atau lebih kurang RM80,000 duit Malaysia!! Bagaimanapun, telefon ini mempunyai design istimewa dimana ia ia bersalut emas 24 karat. Selain itu terdapat nama Messi, isteri dan anak-anaknya di bahagian bawah belakang.

Selain Messi, pemain bintang lain yang berkongsi jenama telefon yang sama ialah rakan Messi di Barca Ivan Rakitiv dan pemain antarabangsa Brazil Paulinho. Namun apa yang menarik, semua pemain Liverpool telah dihadiahkan telefon yang sama selepas menjuarai Champions League 2019. Malah bukan setakat pemain ja dapat, bekas pemain Liverpool seperti Gerald dan Jamie Caragher turut terima tempias mendapat Idesigngold 24 karat. Selain itu, juara tinju, Tyson Fury dan bintang UFC McGregor juga memiliki telefon Idesign 24 gold.


Iphone Idesign bersalut emas yang diterima pemain Liverpool sama dengan Phone Messi. Photo: https://www.givemesport.com/

2# CHRISTIANO RONALDO
GAJI: RM268.70 SEMINIT @ RM1,960,092.70 SEMINGGU

Penulis tidak mendapat maklumat terkini yang digunakan oleh bintang bolasepak Portugal ini. Bagaimanapun, beberapa laman web melaporkan Ronaldo merupakan duta kepada telefon keluaran China iaitu Nubia. Emm..seperti yang diketahui jenama telefon ini tidaklah popular di Malaysia dan telefon Nubia jenis M2 dijual di Shopee sekitar RM588-RM788 sahaja. 

Ada khabar angin Ronaldo ni orang yang tidak suka berfoya-foya dan suka menderma. Pasal itu kot, Ronaldo tak guna telefon mahal-mahal. Apapun dengan gaji Ronaldo di Juventus mencecah RM300 ( EURO 57.10 bersamaan RM268.70 seminit di atas padang)
Bayangkan berapa gaji Ronaldo sebulan..Tak mustahil ia memiliki telefon puluhan ribu.

3# MOHAMAD SALAH ( LIVERPOOL ).
GAJI: RM1,073,867.50 SEMINGGU


Mo Salah


Laporan terkini dari lamanweb https://news.softpedia.com/ melaporkan Salah kini merupakan duta kepada telefon jenama phone keluaran China,  Oppo. Baru-baru ini Mohd. Salah dilihat mempromosikan jenama Oppo Reno3Pro ( Harga sekitar RM2,736.00 - RM4,093.00 di Malaysia) untuk edisi Mac 2020 bagaimanapun terdapat laporan mengatakan terdapat ketidakpuasan di pihak Oppo kerana dalam satu tweet, bintang Liverpool ini didapati menggunakan jenama IPhone . Penyokong Liverpool rata-rata menyatakan gambar tersebut adalah gambar editan untuk mencemarkan reputasi pemain kesayangan mereka. Apakah ini benar atau salah?

Jika betul laporan tersebut, memang 'salah' lah tingkahlaku bintang Liverpool ini. Untuk rekod Salah merupakan pemain Mesir yang paling berjaya di Eropah dan menjadi pemain tunjang Liverpool untuk mengekalkan dominasi di Premier League dan Champions League. Tidak hairan Salah merupakan pemain yang mendapat gaji tertinggi di Liverpool dengan anggaran RM1,073,867.50 seminggu.

Anda guna telefon jenis apa?

0 Comments:

Komen guna Google akaun kini TIDAK lagi boleh digunakan.
Sila komen guna nama dan pautan blog anda.
Blog Ping sangat di alu-alukan.
Terima kasih.