Isnin, 11 Mei 2020

CARA RESET USERNAME DAN KATALALUAN MYBSN

ANDA TERLUPA KATALALUAN LOGIN MYBSN.COM? + 4 Langkah Cara Nak Dapatkan Balik


Mungkin anda dah lama tak masuk mybsn.com.my, pasal tu terlupa katalaluan, Lepas tu lupa pula username. Ini langkah yang perlu anda ambil untuk memastikan perbankan internet anda selamat dan dapat masuk balik perbankan mybsn.com.my.




1.# DAPATKAN  KAD DEBIT/KAD KREDIT BANK SIMPANAN NASIONAL ANDA.

Sila pastikan anda bersedia dengan butir-butir berikut kerana anda perlu menghubungi Hot Line BSN. Untuk makluman anda boleh menghubungi talian 1 300 88 1900  dari 7 pagi hingga 12 PM. Ketika berinteraksi dengan berinteraksi dengan Pegawai Bank Simpanan Nasional , anda akan diminta untuk memberikan informasi berikut;


  1. Nombor Kad Pengenalan anda
  2. 12 nombor kad debit anda, 
  3. Tarikh luput 

Awas jangan dedahkan 3 nombor dibelakang kepada sesiapa termasuk Pegawai BSN.


2.# TELEFON HOTLINE BANK SIMPANAN NASIONAL DI 
1 300 88 1900

Pegawai tadi akan meminta anda memberikan butir-butir di No. 1 termasuk nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon terbaru anda. Mereka juga akan meminta anda memberikan informasi terbaru urusan anda dengan BSN. Contohnya pengeluaran atau transfer. Ini untuk memastikan anda adalah pemilik sebenar Kad BSN tadi.

3.# PERGI KE KAUNTER BSN UNTUK MENGEMASKINI NOMBOR TELEFON TERKINI.

Sekiranya anda belum mengemaskini nombor telefon terbaru anda dengan BSN, anda perlu datang sendiri ke kaunter BSN untuk memberitahu pegawai di sana nombor terbaru anda untuk tujuan perbankan internet. Nombor telefon penting untuk urusan OTP ketika anda mendaftar dan apa-apa urusan online.

4.# BUAT PENDAFTARAN BARU 

Masuk ke website mybsn di  https://www.mybsn.com.my/mybsn/register/register.do untuk mendaftar semula. Isi butir-butir sehingga selesai. Pastikan anda bawa bersama telefon anda kerana anda akan mendapat nombor OTP melalui telefon yang anda daftarkan tadi.

Demikianlah 4 langkah untuk  untuk mendapatkan balik seterusnya login semula ke akaun mybsn.com.my anda. Perbankan internet pastinya memudahkan anda membuat apa-apa urusan di BSN tanpa beratur panjang. Dengan adanya perbankan online,  anda semak apa-apa akaun di Bank Simpanan Nasional anda termasuklah penyata akaun simpanan, penyata pinjaman dan penyata hutang kad kredit dengan mudah dan selamat.

Anda ada rakan yang menghadapi masalah tak dapat login? kongsikan artikel ini dengan rakan anda. Bersama kita amalkan budaya perbankan internet untuk mencegah  penularan virus covid 19 dengan amalan penjarakan sosial. 

0 Comments:

Komen guna Google akaun kini TIDAK lagi boleh digunakan.
Sila komen guna nama dan pautan blog anda.
Blog Ping sangat di alu-alukan.
Terima kasih.