Khamis, 21 Mei 2020

5 TIPS AGAR LELAKI SENTIASA SELESA DENGAN RAMBUT PANJANG

Dah masuk 4 bulan, rambut panjang macam kurang siuman !! 4 tips untuk kekal selesa walau saloon masih ditutup.

Pandemic Covid 19 memberi kesan yang banyak kepada seluruh lapisan masyarakat. Semua kedai tutup termasuklah kedai gunting rambut  yang sehingga artikel ini ditulis masih lagi belum dibenarkan beroperasi. Bagaimana nak keluar nanti ke tempat kerja dengan rambut panjang berserabai seperti baru keluar dari gua? Mungkin 5 tips di bawah ini boleh membantu anda mengurangkan kegusaran kerana rambut panjang yang tidak digunting.




1.BELI GUNTING RAMBUT SORONG

Gunting rambut sorong atau Hair Clippers Scicors mudah digunakan. Ada dua jenis iaitu menggunakan elektrik dan satu lagi menggunakan bateri. Terdapat pelbagai model berada dipasaran termasuk model Xiaomi yang hanya berharga RM36.99 di Shopee. Jangan hairan  kerana memang itulah jenamanya. Anda ingat smartphone jer jenama Xiaomi ni? Gunting jenis sorong ni memang mudah digunakan. Panjang rambut boleh anda tentukan sendiri dengan memilih jenis sisir yang disertakan bersama.

Hair Clippers Scicors


2.GUNAKAN MINYAK RAMBUT JENIS JELLY

Jika anda memang tidak selesa dengan rambut panjang, gunakan rambut jenis jelly agar rambut anda tidak mudah menggerbang apabila berjalan dan ditiup angin. Terdapat pelbagai jenama minyak rambut jenis jelly dipasaran termasuk seperti Gatsby dan Loreal.

3.CARI RAKAN GUNTING RAMBUT

Kemungkinan terdapat rakan anda yang mempunyai bakat untuk menggunting rambut. Inilah masanya anda menguji kemampuan dia sambil berborak di halaman rumah. Memang ada yang mempunyai kebolehan tersendiri untuk menggunting rambut walaupun tidak memiliki diploma dari Kolej.

4.CUCI RAMBUT DENGAN SHAMPOO

Mencuci rambut dengan shampoo dapat mengurangkan kegatalan dan rasa tidak selesa. Rambut yang tidak dicuci pastinya akan melekit dan berbau. Mencuci rambut setiap hari dengan shampoo rambut adalah lebih baik dari mencuci dengan rambut biasa.

5.GUNAKAN PENUTUP KEPALA

Jalan terakhir untuk memastikan anda rasa selesa ketika keluar adalah dengan memakai penutup rambut seperti topi dan songkok. Sekurang-kurangnya, anda kelihatan lebih kemas dan rakan anda masih mengenali anda setelah berbulan tidak menggunting rambut.

Selebihnya..anda pasti ada idea tersendiri, bukan begitu?

Nah..jika anda merasa selesa dengan rambut panjang anda, bolehlah nanti membawa gitar agar anda kelihatan seperti rockstar  di zaman rock kapak dahulu!! Apapun ini hanyalah gurauan. Diharapkan semua lapisan masyarakat mengamalkan SOP yang disarankan oleh kerajaan agar penularan virus cobid 19 ini dapat diputuskan sepenuhnya agar kita semua dapat ke saloon rambut.



0 Comments:

Komen guna Google akaun kini TIDAK lagi boleh digunakan.
Sila komen guna nama dan pautan blog anda.
Blog Ping sangat di alu-alukan.
Terima kasih.