Sabtu, 9 Mei 2020

LAMAN WEB SIARAN TV INTERNET PERCUMA


TAK ADA ASTRO TAK ADA MASALAH + kaedah menonton TV Percuma tanpa ASTRO


Lupakan Astro. Anda boleh menikmati siaran TV tanpa Astro. Kita boleh jimat ribuan ringgit setahun tanpa Astro.  Apa yang istimewa sangat dengan Astro sehingga sanggup bayar mahal semata-mata menonton movie dan siaran yang berulang-ulang? atau semata-mata untuk menikmati berita?

Dengan kecanggihan teknologi, anda boleh menikmati semua siaran berita, sukan dan movie dengan cara berikut; 


  1. Melalui Youtube
  2. Melalui Aplikasi Android di HP
  3. Melalui TV Box
  4. Myfreeview (IPTV)
  5. Melalui Internet.

# 4 LAMAN WEB AKSES SIARAN TV PERCUMA DAN 'LIVE'

Pada kali ini saya akan kongsikan kepada anda cara untuk menonton siaran TV melalui internet. Apa yang menarik, anda tak perlu sebarang software, extension atau peranti IPTV. Anda juga tidak perlu membayar apa-apa selain data internet. Sekiranya anda belum ada langganan internet, anda boleh cuba  UNLIMITED DATA 30 HARI  dari UNIFI BROADBAND.




Baiklah, saya akan senaraikan link atau laman web yang menyediakan siaran TV secara percuma.

#1.  EXTRA.COM

PHOTO: EXTRA.COM
( Drama Bukan Gadis Biasa Turut di siarkan di Extra.com)


Extra.com.my adalah wesite tempatan yang menyediakan siaran TV digital termasuk TV3, NTV7,TV8 dan TV9. Ia bukan setakat TV online, malah laman ini menyisipkan berbagai artikel hiburan, trending dan berita. Dengan pelbagai siaran bermutu dan liputan secara langsung, ia juga tampil dengan mutu siaran HD. Untuk rekod, extra.com.my adalah kepunyaan Media Prima Malaysia.

# 2.  RTM MY KLIK

RTM merupakan salah satu peneraju dalam siaran digital di Malaysia. Melalui RTM MY KLIK anda bukan sahaja boleh menerima siaran semua stesen TV milik RTM iaitu, TV1, TV2, Okey TV dan TV melalui laman web ini anda boleh akses semua stesen radio milik RTM di seluruh Malaysia. Best kan? Dengan satu klik anda terus menerima semua produk RTM ini dalam satu website. Dan, sekiranya anda pemerhati politik di Malaysia, RTM adalah satu-satunya penyiar yang diberi kebenaran untuk menyiarkan Sidang Dewan Negara secara langsung.

# 3. WWITV.COM

WWITV.COM adalah laman web percuma yang menyiarkan siaran TV dari seluruh dunia. Sebutlah dari benua mana dari India ke Israel, dari USA ke Malta..ratusan siaran dari seluruh negara boleh di akses di laman web ini termasuk siaran TV dari Malaysia. Apa yang menarik terdapat akses untuk TV Selangor di laman web ini! Selain dari itu anda boleh menikmati langsung sukan termasuk sukan Olimpik di WWITV.COM. Selain siaran berita dan hiburan, laman web ini mampu mengakses web 'religious' dan webcam lokasi-lokasi tertentu secara 'live'.

# 4. TONTON.COM.MY

Tonton.com.my adalah milik stesen Sistem Televisyen Malaysia Berhad. Seperti Extra.com, ia juga menyajikan smua rangkaian TV dari TV3, TV9, TV8, dan NTV7. Anda juga boleh menonton live TV tersebut di website ini. Dengan tonton.com, anda boleh menonton drama-drama dari semua tv milik Media Prima.


# 5. NHK

NHK adalah program TV dari Negara Matahari Terbit Jepun. Selain berita secara langsung, laman ini menyediakan program hiburan dan dokumentari serta siaran Radio.

Siaran TV yang boleh di akses melalui internet adalah sebagai alternatif bagi anda yang 'malas' untuk membeli TV Box dan tidak mahu membazir duit dengan melanggan kepada Astro. Bagi mereka yang melanggan UNIFI BROADBAND, memang tiada masalah untuk akses internet 24 jam sehari kerana ia mempunyai kelajuan lebih 40mbps dan unlimited kuota. Pada masa kini, terlalu banyak movie dan dokumentari yang disiarkan dengan mutu 4K atau HD meskipun hanya melalui youtube.

TV BOLA SEPAK DAN SUKAN

Bagi peminat bola sepak pula, memang agak sukar untuk menonton perlawanan secara live lebih lagi bagi perlawanan EPL, La Liga, Serie A dan Bundesliga kerana  siaran langsung perlawanan ini mempunyai hak  ekslusif  seperti ASTRO, SkySport dan Beins Sport. Namun bagi mereka yang berani masuk ke laman web pertaruhan  ( tidak digalakkan), mereka boleh menonton mana-mana perlawanan bola sepak melalui laman web pertaruhan dunia seperti Pinacle dan BK8.


SAMBUNGKAN PC KE TV MENGGUNAKAN KABEL HDMI

Untuk kualiti tontonan yang lebih jelas dengan kualiti 4K atau HD, sambungkan PC atau laptop anda ke TV menggunakan kabel HDMI. Kaedah ini boleh digunapakai sekiranya PC dan TV anda ada 'port; HDMI . Kalau takada, VGA kabel pun boleh digunakan menggunakan VGA to HDMI converter. Semua peralatan ini boleh dibeli dengan harga murah di laman web Shopee.

Kabel HDMI


Anda masih melanggan Astro?












0 Comments:

Komen guna Google akaun kini TIDAK lagi boleh digunakan.
Sila komen guna nama dan pautan blog anda.
Blog Ping sangat di alu-alukan.
Terima kasih.