Rabu, 27 Mei 2020

MAKIN RAMAI YANG MEMILIH SMARTWATCH

KENAPA MAKIN RAMAI ORANG YANG GUNA SMART WATCH + ehmm..ehmm, bosku pun pakai, sia tengok siring-siring jer..


Jam tangan pintar atau lebih dikenali sebagai smartwatch adalah benda baru kegilaan ramai rakyat Malaysia. Tapi, kenapa ya? Jom kita kenali keistimewaan smartwatch sampai jadi item rebutan di gedung online.

KELEBIHAN SMARTWATCH BERBANDING JAM TANGAN BIASA

1.#  PELBAGAI GUNA - Seiring dengan namanya sebagai jam tangan pintar, ia semestinya dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi terkini. Ia bukan setakat melihat waktu tetapi ia juga dilengkapi dengan keupayaan dan ciri-ciri berikut;
  • Membaca Tekanan Darah - Smartwatch berupaya untuk membaca tekanan darah anda semasa dipakai.
  • Membaca Denyutan Jantung - Membaca kadar denyutan jantung semasa digunakan.
  • Fitness Tracker dan Sports Management - Contoh nya anda nak mengira berapa ribu langkah anda ketika berjalan kaki atau hiking
  • Reminder - Smartwatch boleh digunakan sebagai loceng untuk mengingatkan anda kepada satu-satu perkara penting.
  • Kamera - Smartwatch seperti jenama SKMEI boleh dijadikan sebagai 'remote camera' kepada telefon bimbit anda.
  • Membaca kalori 
  • Pemain Audio
  • Recorder 
  • Touch Screen
  • Social share

2.# RINGAN DAN COOL - Berbanding jam tangan biasa yang diperbuat dari logam , smartwatch kebanyakan diperbuat dari bahan getah dan kulit yang berkualiti. Jadi anda tak perlu risau ketika membawa bersama ketika melakukan aktiviti luar dan dalam. Disamping itu, ia hadir dalam pelbagai reka bentuk dari keperluan anak-anak sehingga keperluan dewasa.

3.# HARGA MURAH DAN BERPATUTAN- Jika anda melihat smartwatch di Lazada atau Shopee, anda dapati  banyak smartwatch dijual pada harga yang jauh lebih rendah berbanding jam tangan biasa yang berjenama. Jadi ia amat sesuai digunakan sebagai hadiah terutamanya kepada anak-anak, pasangan, kenalan, ibu bapa, mahupun adik atau abang. Ambillah kesempatan membeli smartwatch di  Lazada atau di Shopee pada musim perayaan kerana ia akan dijual sehingga diskaun 70%.

4.# PELBAGAI JENAMA TERKENAL - Syarikat smatphone terkenal seperti Huawei, Samsung, Lenovo, Xiaomi berlumba-lumba untuk mengeluarkan smartwatch disebabkan permintaan yang semakin tinggi di pasaran. Ia juga  kadangkala digunakan sebagai pakej kepada smartphone sedia ada.

5.# SESUAI UNTUK SEMUA GOLONGAN - Smartwatch yang ada di pasaran pada masa kini bukan sahaja untuk kaum lelaki tetapi banyak produk smartwatch yang dikeluarkan khas untuk golongan wanita. Sebagai contoh, Samsung Galaxy Watch Active 2 dikeluarkan untuk golongan wanita. Dengan warna lembut dan daya ketahanan bateri sehingga 60 jam dan memori sehingga 1.4 gb ia amat sesuai untuk semua golongan wanita.


Jadi bagaimana? Apa kata anda membuat kejutan kepada pasangan masing-masing dan belikan satu set smartwatch istimewa untuk mereka. Siapa tahu, si dia semakin 'alert' menjaga kesihatan selepas ini.

Artikel berkaitan

SENARAI TELEFON BATERI TAHAN LAMA 5000MAH
TELEFON ORI, REFURBHISED ATAU KLONE?

2 ulasan:

  1. Dasyat infonya. Menarik harap terus membuat info lagi banyak. Tolong buat review tentang ROG phone.

    BalasPadam
  2. Any compare review of Garmin watches and these smart watches?

    BalasPadam

Komen guna Google akaun kini TIDAK lagi boleh digunakan.
Sila komen guna nama dan pautan blog anda.
Blog Ping sangat di alu-alukan.
Terima kasih.