Jumaat, 22 Mei 2020

NORMAL BARU PELUANG BARU

NORMAL BAHARU MASA UNTUK TEROKA PELUANG BARU


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020. Dengar khabar, banyak kenderaan yang diarahkan untuk U-Turn kerana melanggar peraturan PKPB iaitu Melanggar Arahan Larangan Rentas Negeri. Sebagai orang biasa pastinya akan turut terkesan dengan normal baharu dan mahu tidak mahu kita sebagai rakyat yang bertanggungjawap terpaksa patuh untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.

Jauhkan perasaan panik kerana disebalik kepahitan, mesti ada kebaikan disebaliknya. Anda pernah lihat kisah bagaimana Pavithra dan Sugu jana pendapatan?


PELUANG KEPADA IBU BAPA

  • Merapatkan Hubungan Dengan Anak-Anak.
    • Bagi kakitangan kerajaan, walaupun kebenaran untuk membuka semula operasi telah di buka semula, ibu bapa yang keduanya bekerja, terpaksa bergilir kerana menjaga anak kecil. Majikan akan meminta butiran anak-anak dan kemudiannya akan meminta pekerja tadi bekerja secara anjal untuk memenuhi tempoh kerja. Sebagai contoh, si suami akan bekerja pada hari Isnin, Rabu dan sebelah pagi pada Hari Jumaat. Si Ibu pula akan bekerja pada hari Selasa dan Khamis dan kemudia sebelah petang ( jam 1-5 ) pada hari Jumaat.
    • Jika dilihat dari segi nilai kekeluargaan, jadual bekerja secara bergilir ini pastinya bermanfaat kerana mampu mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak-anak di rumah. Sebelum ini, ibu bapa hanya berjumpa dengan anak-anak pada awal pagi dan menjelang malam pada waktu bekerja. Ibu bapa sibuk bekerja dan anak-anak pula bersekolah atau dijaga orang lain di pusat asuhan. Masa untuk bersama anak-anak amat terhad.
    • Disamping itu, dari segi ekonomi keluarga, larangan untuk anak-anak ke sekolah dan ke pusat membeli belah mampu mengurangkan kos dari segi kewangan. Ibu bapa tidak perlu mengeluarkan belanja untuk sewa bas, yuran tadika dan belanja anak-anak ketika makan di luar. Ibu bapa bebas untuk membeli keperluan yang penting tanpa gelagat anak-anak yang sering menangis dan meminta-minta sesuatu.



KESAN KEPADA KEHIDUPAN SOSIAL

Dalam kehidupan bermasyarakat, ianya sedikit sebanyak mungkin mengubah lanskap kehidupan, namun yang pastinya ia tidak akan mengganggu keharmonian dan hubungan sesama manusia. Sudah tentulah wujud perasaan ketidakpuasan kepada individu tertentu yang merancang untuk mengadakan majlis besar-besaran dalam hidupnya seperti Majlis Perkahwinan  dan sebagainya. Dari aspek sudut positif pula, ia akan membantu tadi aspek berikut;
  • Mampu Mengurangkan Gejala Sosial.
    • Aktiviti beramai-ramai masih lagi dilarang untuk tujuan memutuskan jaringan covid-19. Langkah ini berubah sama sekali dengan cara hidup sebelum ini dimana anak-anak remaja bebas untuk berkumpul dan melepak tidak tentu hala tujuan
  • Peluang Untuk Menerapkan Disiplin dan Etika Di Tempat Awam.
    • Premis samada pusat membeli belah dan restoran mesti mematuhi SOP yang disediakan oleh kerajaan termasuk, mempunyai rekod pelanggan dan memeriksa suhu badan pengunjung. Maka, kita akan dapati buku rekod dan termometer serta topeng muka akan menjadi benda yang penting dalam hidup seharian.
  • Membantu Menerapkan Persekitaran Yang Bersih . 
    • Perintah dan pelaksanaan yang tegas agar meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan menjaga kebersihan. Ia secara tidak langsung mampu menanamkan mentaliti pembersih kepada orang ramai.

KESAN KEPADA EKONOMI

Serangan Covid-19 secara pandemik pada kali ini adalah sejarah yang paling teruk dalam rekod manusia. Ia bukan sahaja telah membunuh puluhan ribu nyawa dan jangkitan kepada jutaaan manusia diseluruh dunia, ia telah membantutkan sektor ekonomi global. Malaysia tidak terkecuali sehingga kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit semata-mata untuk membantu rakyatnya dan merancakkan semula ekonomi. Dengan keadaan itu, pastinya mana-mana negara yang terkesan, akan mengambil masa berbulan-bulan untuk pulih seperti sedia kala.

  • Peluang Mempelajari Bisnes Online. 
    • Bagi mereka yang sentiasa mencari idea pendapatan tambahan, mereka akan mempertimbangkan kaedah-kaedah baru dan pastinya bisnes online salah satu daripadanya.
  • Meningkatkan Kesedaran Kaedah Jual Beli Masa Depan. 
    • Apa yang paling menarik, sekatan pergerakan ini telah merancakkan perniagaan secara dalam talian. Gedung-gedung terbesar seperti Shopee, Lazada dan Alibaba menunjukkan peningkatan tempahan yang amat ketara. Syarikat-syarikat pengiriman seperti Gdex, ABX dan Pos Berhad juga semakin sibuk dan hampir tidak mampu untui mengantar barangan pada masa yang lebih cepat. Bagaimanapun, negara kita masih jauh ketinggalan berbanding negara China dari aspek perkhidmatan dan delivery. Inilah masanya anda merebut peluang untuk memulakan langkah menjual di Shopee atau Lazada.com. Kita baru bermula dengan sistem e-wallet seperti ePay, e-Boost, SabahPay atau pun pelbagai sistem perkhidmatan e-wallet yang lain.
  • Peluang Untuk Merancang dan Menambah Pendapatan Individu. 
    • Kerajaan telah mengambil langkah yang sangat istimewa untuk rakyat Malaysia termasuk pelaksanaan Morotarium selama 6 bulan. Ia bukan sahaja membantu peminjam mengurangkan tekanan semasa Covid-19, apa yang penting ia mampu menyusun semula sistem kewangan seseorang individu sebaik mungkin. Contohnya melangsaikan hutang yang mengenakan interest tinggi dahulu.

Bagaimana dengan dengan anda? Adakah anda akan terkesan dengan normal baharu ini, sudah sebati dengannya atau besedia mencari peluang baharu?

0 Comments:

Komen guna Google akaun kini TIDAK lagi boleh digunakan.
Sila komen guna nama dan pautan blog anda.
Blog Ping sangat di alu-alukan.
Terima kasih.