Sabtu, 23 Mei 2020

SMARTPHONE ORIGINAL, REFURBHISED ATAU KLONE

TELEFON MURAH  TAK SEMESTINYA TAK BERKUALITI + tips mudah mengenalpasti telefon ori


Ramai peniaga di luar sana yang tidak jujur apabila menjual telefon. Peniaga tamak ini akan mengambil kesempatan di atas kejahilan anda sendiri. Untuk memastikan anda tidak cepat tertipu, anda boleh praktikkan kaedah dan tips di bawah agar phone yang anda pilih kelak memenuhi kriteria dan sesuai dengan jumlah wang ringgit yang anda keluarkan.

Kita boleh mengenalpasti samada telefon anda ori dengan mudah dengan cara berikut;

Langkah 1: Dail *#06# pada telefon anda untuk mendapatkan nombor IMEI . Nombor IMEI boleh juga dilihat dengan cara  pergi ke Setting-About Phone- Status.

Langkah 2: Selepas mendapat nombor  IMEI, pergi ke website imei.info, masukkan nombor IMEI telefon anda dan tekan pada 'Check'.

Langkah 3. Sistem akan memaparkan maklumat telephone anda dan sekirtanya phone anda ori,  maklumat pada paparan adalah 100% sama dengan phone anda.


CIRI-CIRI UNTUK MENGENALPASTI TELEFON ORI, REFURBHISED ATAU KLONE.


PHONE ORIGINAL - phone asli

Telefon Ori ialah phone yang dikeluarkan oleh Syarikat Pengeluar.
  • Disertakan dengan Surat Jaminan atau Waranty selama setahun atau lebih
  • Mempunyai Harga Yang Lebih Mahal berbanding telefon klone dan refurbhised
  • Mempunyai kualiti setara dengan spesifikasi telefon. Biasanya dilihat dari segi keupayaan prosesan, mutu kamera, bateri dan saiz ram.
  • Masih disimpan dalam kotak yang baru
  • Phone tidak calar
  • Paparan Skrin Yang lancar
  • Disertakan bersama dengan Pengecas
  • Mempunyai nombor siri IMEI yang betul.
  • Dijual oleh pengedar yang sah.

TELEFON REFURBHISED - secondhand

Telefon refurbhised  dan secondhand (used) ialah telefon original yang dikitar semula. Biasanya telefon tersebut telah rosak dan dibaiki semula oleh kilang pengeluar.  Contoh telefon refurbhised yang banyak dijual di pasaran ialah telefon jenama Sony yang banyak dijual di laman web Lazada.
Kadangkala penjual menyatakan NEW tapi jaminan hanya 1 bulan, maka kita takkan panggil telefon seperti itu sebagai telefon Original. Bagi pendapat saya, ia sekadar gimik jualan.

Ciri-ciri telefon utama telephone refurbhised dan Used ialah;

  • Harga Yang Lebih Murah
  • Mempunyai kualiti yang hampir sama dengan telefon Original (90%)
  • Jangkamasa Jaminan Yang Pendek atau tiada langsung
  • Kelemahan - Kadangkala terdapat kekurangan atau kecacatan. Contohnya, wifi tidak berfungsi.
  • Phone berjenama seperti Sony dan Iphone banyak dijual di Lazada 


SUMBER DARI LAZADA.COM


TELEFON KLONE - tiruan

Sesuai dengan namanya, telefon klone adalah telefon tiruan dan selalunya tidak menepati piawaian yang ditentukan oleh Syarikat Pengeluar asal. Antara ciri-ciri untuk mengenalpasti telefon ini sebelum anda membeli ialah

  • Harga Telefon Murah
  • Kadangkala dijual di kaki lima, Fun Fair atau kedai-kedai biasa. 
  • Telefon mudah panas
  • Bateri tidak tahan
  • Paparan Skrin Tidak Lancar
  • Tidak disertakan dengan surat Jaminan
  • Peniaga selalunya memanggil sebagai 'China Set"

Maklumat Tambahan -

Selain mengenalpasti nombor IMEI, setiap jenama telefon mempunyai kaedah tersendiri mengenalpasti samada phone tersebut original. Anda boleh memeriksa di laman web rasmi pengeluar jenama telefon berkenaan untuk maklumat yang lebih terperinci. 

Sekiranya anda membuat pembelian online di Shopee atau Lazada, pastikan Seller mempunyai rekod yang baik dan menjelaskan dengan terperinci telefon yang bakal anda beli. Bagi saya, saya akan melihat prestasi seller dan komen-komen dari pembeli sebelum ini.

Lazada.com adalah gedung shopping online kegemaran saya memandangkan banyak pilihan phone original,  murah, secondhand dari pelbagai jenama terkenal seperti Oppo, Redmi, Iphone dan Sony Pastinya banyak promosi di laman web berkenaan lebih lagi pada musim perayaan ini.


0 Comments:

Komen guna Google akaun kini TIDAK lagi boleh digunakan.
Sila komen guna nama dan pautan blog anda.
Blog Ping sangat di alu-alukan.
Terima kasih.