Selasa, 19 Mei 2020

TIPS DAN PERSEDIAAN TEMUDUGA KERAJAAN 2020

Kerja Government menjanjikan masa depan terbaik dan menjadi impian setiap graduan. Bukan setakat bonus tahunan atau bonus hari raya, pekerja kerajaan yang dikenali sebagai kakitangan awam sentiada terpelihara dari segi kebajikan. Bukan setakat kebajikan ketika bekerja, malah kebajikan sampai tua dan anak-anak berada dibawah jagaan kerajaan. Inilah upah terbaik atas dedikasi setiap kakitangan awam yang menghabiskan hampir seluruh hidup berkhidmat sebagai kakitangan awam.

# 8 RAHSIA HADIR TEMUDUGA KERAJAAN DENGAN BERJAYA  - No. 5,6,7 dan 8 tu ramai calon temuduga yang tidak buat  dan akhirnya gagal!!



Untuk berjaya masuk, terlebih dahulu anda perlu tembus temuduga yang dijalankan untuk proses penilaian. Penilaian yang dimaksudkan bukan setakat menjawap soalan dari penemuduga, tetapi penampilan, karakter dan kefahaman anda tentang jawatan yang di isi.

# 1.  FAHAMI TUGAS JAWATAN

Setiap calon perlu belajar dan mengkaji dengan mendalam jawatan yang hendak diisi. Ini termasuklah senarai tugas-tugas, nama atau jawatan majikan sehinggalah kepada nama menteri yang bertanggungjawap dengan Jabatan.

# 2. KETRAMPILAN DIRI
  • Pakaian - Anda tidak perlu terlalu hansome atau terlalu cantik untuk diterima dalam perkhidmatan awam. Apa yang penting , anda mesti berpakaian kemas dan tidak menjolok mata. 
  • Keyakinan - Buang rasa malu dan kurang keyakinan diri ketika menghadiri temuduga. Jawap setiap soalan dengan jelas dan jika anda tidak dapat menjawap soalan, akui dengan ikhlas. Elakkan dari membuat alasan kerana ini mencerminkan kejujuran anda. 
  • Kesopanan - Jaga kesopanan ketika menghadiri temuduga. Senyum boleh jangan sekali bermasam muka. Namun, ia juga bergantung kepada jawatan yang anda pohon. Terdapat situasi dimana anda perlu kelihatan tegas dan berani.
  • Sihat dan Cerdas - Peserta temuduga perlu menjaga kesihatan agar dapat menghadiri temuduga dalam kesihatan yang baik dan rasa yakin. Jangan pula nanti datang sakit perut dan gastrik di dewan temuduga.

#3. MENEPATI MASA

Tepati masa temuduga dan seeloknya hadir 15 minit lebih awal. Rancanglah perjalanan agar anda dapat bersedia dari segi mental dan fizikal.                 

#4. DOKUMEN

Jangan lupa membawa dokumen penting seperti berikut;
  • Kad pengenalan
  • Sijil-sijil akademik
  • Sijil Pencapaian ( termasuk kegiatan dalam bidang sukan ) 
    • Selain Pencapaian Akademik, pencapaian dalam bidang lain adalah satu kelebihanBawa sijil yang penting dan pencapaian terbaik anda sahaja. Sijil ini perlu ditunjukkan sekiranya diminta sahaja.

  • Surat Panggilan Temuduga
Seterusnya dibawah ni ramai bakal calon temuduga tidak lakukan, walhal ia perkara yang paling mustahak.

#5. DOA

Sebelum anda melangkah keluar dari rumah, adalah lebih elok sekiranya anda berdoa dan memohon petunjuk daripada Tuhan.

#6. MOHON RESTU IBU BAPA

mohon restu dan nasihat daripada ibu bapa anda sebelum melakukan sesuatu perkara penting termasuk menghadiri temuduga kerja kerajaan.

#7. SENTIASA YAKIN 

Setiap kemahuan perlu disertai dengan penuh yakin sekalipun anda melihatnya berada dihujung jalan. Salah satu caranya ialah dengan melengkapkan diri dengan ilmu yang tinggi. Untuk makluman, artikel ini adalah berdasarkan pengalaman admin sendiri sebagai kakitangan kerajaan di masa lalu.

#8. MENTOR

Sentiasa bersedia dan penuhkan ilmu sebelum menghadiri temuduga. Team infokerja adalah mereka yang sangat berpengalaman dan menjadi rujukan setiap calon menghadiri temuduga. Anda boleh terus ke pautan INFO TAMBAHAN sekiranya berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adakah anda pernah melalui temuduga kerajaan? Tambahkan ulasan anda di bahagian komen untuk rujukan adik adik kita.


0 Comments:

Komen guna Google akaun kini TIDAK lagi boleh digunakan.
Sila komen guna nama dan pautan blog anda.
Blog Ping sangat di alu-alukan.
Terima kasih.