# 7 PERKARA MENARIK PHONE MURAH REDMI 9A
Saya sememangnya suka membuat eksperimen pelbagai jenis phone murah di pasaran. Sesuai dengan keperluan, saya jarang membeli telefon mahal RM500 ke atas memandangkan semakin banyak jenama phone yang menyediakan phone murah dan mampu milik dengan spesifikasi yang agak baik.
Setelah menggunakan Huawei dan Oppo sebelum ini, saya beralih arah pula kepada sebuah lagi phones iaitu REDMI 9A keluaran Syarikat Xiaomi. Setelah menggunakan phone ini selama lebih kurang sebulan, saya kongsikan kepada anda kelebihan dan kekurangan REDMI 9A.
1. MURAH
REDMI 9A adalah 'anak buah' kepada REDMI 9. Dengan harga sekitar RM339.00 anda seolah-olah mempunyai sebuah telefon yang mahal. Ia jauh lebih murah berbanding REDMI 9 yang berharga RM540.00. Jangan keliru kerana REDMI 9 ini mempunyai 3 versi iaitu REDMI Note 9, REDMI 9 dan paling murah REDMI 9A. apa yang membezakan ketiga versi ini ialah dari segi muatan atau STORAGE dimana REDMI 9A ( 2GBRAM /32GBROM ).
2.SKRIN CUN
Kelebihan paling ketara REDMI 9A seperti versi Xiaomi yang mahal ialah paparan skrin yang sangat menarik iaitu 6.53"' HD+Dot Drop display. Ia merupakan teknologi terbaik setanding dengan Samsung, Huawei mahupun Sony!! yang berharga jauh lebih mahal. Anda pasti menikmati pengalaman menarik ketika menyentuh permukaan skrin.
3.BATERI 5000MAH
Selain itu ia mempunyai kapasiti bateri 5000mAh(Typ) membolehkan phone anda tahan lebih 2 hari walaupun anda sentiasa menggunakannya. Lebih menarik anda boleh tema gelap atau super save untuk mengurangkan penggunaan bateri.
4.LAJU SANGAT
Dengan processor G25 High Performance, anda tidak perlu risau dengan keupayaan untuk menggunakan apa-apa aplikasi dengan CPU Octa- core Max 2.00GHz. Sistem Android pula adalah versi 10!! memang terkini.
5.SISTEM NOTIFIKASI
Sistem notifikasi phone Redmi 9A juga agak menarik kerana anda boleh memilih sendiri dengan mudah bagaimana paparan notifikasi yang anda mahukan. Anda boleh memilih samada Lock Screen Notification, Floating atau Badges. Bagi saya saya akan memilih Lock Screen notifikasi kerana saya malas membuka lock pasword untuk melihat samada jaringan gol Manchester City, ataupun Mesej Whatapps. Tidak seperti jenama lain REDMI 9A ni boleh ubah bunyi notifikasi tau, tak kira Whatapps, Sofascore..anda bebas membuat pilihan mana satu sound yang anda mahukan.
6.POCKET MODE, TOUCH LIGHT, DAN TANGKAP SCREEN MUDAH
Di bahagian setting pula, anda bole set bagaimana cara anda menangkap skrin, di mana anda letakkan lampu suluh dan sebagainya. Pendek kata, anda diberi pilihan bagaimana cara anda menggunakan phone anda.
Kekurangan REDMI 9A? Walaupun dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding kualiti yang ada, ia mempunyai satu kelemahan iaitu sistem Google Aps akan sedikit lambat install pada permulaan anda menggunakannya. Namun, jangan risau kerana ia hanya semasa pertama kali anda cuba membuka akaun Google Play anda.
Jadi bagaimana? adakah anda perlukan phone murah atau mahal sebagai hadiah kepada si dia, anak-anak atau ibu bapa anda? Hmm, kurangkan risiko covid 19 dengan membeli belah secara online di shopee 😆.
Anda mungkin berminat dengan artikel ini;
0 Ulasan