DYBBUK BOX – ANTARA REALITI DAN REKAAN
Bagi anda yang gemarkan cerita seram dan mistik, pasti ingin tahu kisah seorang youtuber yang dikenali sebagai princemeed, mendapat rawatan selepas mendapat gangguan di rumahnya yang dikatakan berhantu gara-gara sebuah kotak misteri yang dibeli secara online di laman jualan eBay pada tahun 2019.
dyybuk box |
Kebetulan saya adalah salah seorang dari
hampir sejuta follower youtuber ini
sejak tahun lalu. Tidak dinafikan princemeed adalah salah seorang youtuber
favorite saya kerana cara penyampaian
yang berkesan, sering membawa penonton
ke satu dimensi yang agak luar biasa bagi penonton terutamanya penonton di
Malaysia. Kemunculan satu video pembelian kotak dybbuk box secara online adalah klimaks kepada kecenderungan youtuber ini membongkar misteri-misteri di alam maya termasuk konspirasi konspirasi kuasa besar dan iluminati.
video memaparkan bermulanya kisah gangguan di rumah princemeed. |
Dikala mereka memerah otak siang malam mendapatkan content terbaik untuk dipaparkan, kita sebagai audience perlu menyedari bahawa
kebanyakan youtuber atau influencer diluar sana juga mencari sumber ilham dari pelbagai sudut sebelum dapat merungkai dan
mempersembahkan semula dalam cara tersendiri. Dalam kes princemeed, kisah-kisah seram
berkaitan dyybuk box ini telah diterbitkan terlebih dahulu oleh youtuber-youtuber
dari luar negara. Sebagai contoh youtuber terkenal "mindshed TV" telahpun menerbitkan
video berkaitan dyybuk box bertajuk
“Opening a Real Cursed Dybbuk Box (Gone Wrong) Very Scary Demon Box 3AM” 2
tahun lalu dan hingga kini sudah mendapat tontonan lebih 9.5 juta. Jika anda pernah
menonton video ini, anda akan lihat bagaimana kegiatan paranormal sangat aktif selepas kotak dyybox di buka, contohnya plak youtube terjatuh sendiri, skrin TV tiba-tiba terpasang dan anjing yang
ditinggalkan sendiri dalam rumah didapati seolah digigit oleh penyengat.
Persoalannya adakah dybbuk box ini betul-betul
berhantu? Pertanyaan ini akan sentiasa berlegar dan sentiasa jadi pertanyaan
misteri kerana hanya mereka yang pernah membuka dybbuk sahaja yang akan
mengalaminya. Kita hanya dipertontonkan melalui youtube dan samada ia
benar-benar wujud atau tidak terpulang kepada anda. Apa yang sangat pasti,
banyak youtuber yang akan melakukan ‘gimik’ agar content yang disampaikan
memberi daya tarikan kepada penonton. Berbalik kepada princemeed, banyak
pengisian luar biasa yang beliau pernah sampaikan, namun pada masa yang sama,
youtuber ini juga merupakan pakar ‘gimik’ agar content yang disampaikan tidak ‘kaku’.
MEMAHAMI ASAL USUL DYYBUK BOX
Perkataan dybbuk dikatakan berasal dari cerita rakyat kaum yahudi yang bermaksud " roh jahat yang terperangkap" dan ia juga dikatakan akan mencari tempat bertaut ( cling )iaitu merasuk orang yang masih hidup sekiranya dibuka. Box bermaksud “ kotak ” . Ia berbentuk almari
kecil dan dijadikan sebagai tempat menyimpan minuman keras. Dakwaan bahawa kononnya cerita dybbuk box adalah cerita lagenda orang-orang
yahudi pada zaman dahulu namun sehingga kini, perkara tersebut tidak pernah
dibuktikan. Ia hanya menjadi cerita urban legend internet bermula pada tahun
2003 selepas kotak dybbuk dijual di eBay oleh seorang artis Yahudi bernama Kevin Mannis dan kemudian jatuh ketangan kedua kepada seorang pembeli bernama Spasmolytic. Semenjak kotak dybbuk ini dimiliki Kevin Mannis dan
sehingga berpindah tangan kepada orang terakhir , ia telah menimbulkan pelbagai
cerita yang menakutkan dari orang yang pernah menjaga ‘saka' tersebut
sehinggakan buku berkait kisah dybbuk box laku keras dipasaran dan dijadikan sebagai sumber ilham filem “ possesion
“ pada tahun 2012 dimana Kevin Mannis dan Spasmolytic terlibat secara
langsung.
Istilah "dybbuk box" direka oleh Kevin Mannis untuk menggambarkan kabinet wain dalam
deskripsi item untuk lelongan eBay dan sebagai subjek dari kisah asalnya yang
menggambarkan peristiwa paranormal yang dikaitkannya dengan kotak itu. Mannis,
seorang penulis dan profesional kreatif dalam bidang perdagangan, memiliki
perniagaan antik dan perabot kecil di Portland, Oregon pada masa itu.
Menurut kisah Mannis, (kononnya) dia membeli kotak itu di
sebuah penjualan hartanah pada tahun 2001. Kotak itu merupakan peninggalan mangsa
Holocaust keturunan Poland bernama Havaleh , yang telah melarikan diri ke Sepanyol dan
membelinya di sana sebelum dia berhijrah ke Amerika Syarikat. Cucu perempuan
Havaleh yang berada di pusat jualan pada masa itu memberitahu Mannis bahawa
kotak itu telah dibeli di Sepanyol oleh neneknya ( meninggal ketika usia 103 tahun ) seorang survivor Holocaust.
Setelah mendengar bahawa kotak itu adalah pusaka keluarga, Mannis menawarkan
untuk memulangkan kotak itu , tetapi cucu itu enggan
mengambilnya semula dan bertegas mengatakan bahawa keluarga itu tidak mahu melihat kotak itu lagi. Dia memberitahu Mannis bahawa kotak itu telah disimpan di bilik jahit
neneknya berpuluh tahun dan tidak pernah dibuka kerana terdapat 'dybbuk' tinggal
di dalamnya.
Setelah membuka kotak itu, Mannis mendapati terdapat item berupa wang siling dua sen tahun 1920-an, kunci rambut berambut perang yang diikat dengan tali,
kunci rambut hitam coklat yang diikat dengan tali, patung kecil yang terukir
dengan perkataan Ibrani "shalom" - shalom dalam bahasa Ibrani bererti damai, namun dalam konteks ini, shalom mungkin mempunyai pengertian yang lebih dalam, bermaksud, semua yang ada dalam kotak perlu disimpan dengan rapi jika tidak kemungkinan menimbulkan kemarahan kepada roh dalam kotak tersebut. Selain itu terdapat piala anggur kecil, satu putik mawar
kering, dan sebatang lilin empat kaki berbentuk gurita.
Semasa kotak itu berada dalam simpanan, Mannis mendakwa mengalami peristiwa aneh termasuk mimpi ngeri yang menakutkan dan sering mengalami beberapa kejadian pelik. Malah tempias kejadian pelik ini terjadi kepada orang yang berada di sekelilingnya pada waktu itu. Ibunya
mengalami strok pada hari sama dia menghadiahkan kotak itu sebagai hadiah
ulang tahun ke 31 tahun pada 31 Oktober. Bau air kencing kucing atau bunga melati dan mimpi ngeri yang melibatkan
topi tua menemani kotak itu.
Iosif Neitzke, seorang pelajar di Truman State
University di Kirksville, Missouri dan orang terakhir melelong kotak di eBay,
mendakwa kotak itu menyebabkan lampu menyala sendiri di rumahnya dan mengakibatkan
rambutnya berguguran. Jason Haxton, Pengarah Muzium Perubatan Osteopati di
Kirksville, Missouri, telah mengikuti blog Neitzke mengenai kotak itu dan
ketika dia bersedia untuk membuang kotak itu. Neitzke menjualnya kepada Haxton.
Haxton kemudian menulis kisahnya dalam buku The
Dibbuk Box, dan mendakwa bahawa dia kemudian mengalami masalah kesihatan yang
aneh, termasuk gatal-gatal, batuk darah, dan "sakit kepala hingga
kaki". Haxton mendapatkan nasihat dan bantuan dengan rabi Yahudi untuk mencari jalan
untuk menutup kembali dybbuk di dalam kotak. Usaha ini akhirnya berjaya dan
Haxton menutup kotak itu dan menyembunyikannya di lokasi rahsia, yang tidak pernah dinyatakan. Pada bulan Mac 2017 dia kemudian menjual kotak itu
kepada Zak Bagans ( Ghost Adventures ) untuk dipamerkan di muziumnya bernama “
The Haunted Museums ”. Menurut laporan media barat, Zak Bagans telah membuka
kotak misteri tersebut pada 4 Januari 2020.
Percayakah anda dengan semua kisah di atas, atau ia sekadar cerita dongeng yang dicipta oleh Kevin Mannis dan rakan-rakan seperjuangan? Anda tahu, Mannis adalah seorang penulis kreatif dan seorang pelakon. Dia kemudiannya menjadi watak penting untuk filem “ Possession “ pada tahun 2012. Mannis sendiri pernah membuat pengakuan pada tahun 2015 bahawa apa yang dia ceritakan adalah deskripsi rekaan semata-mata untuk tujuan jualan eBay !!, malah beliau mentertawakan orang yang percaya dengan kehadiran makhluk ‘dybbuk’ dalam kotak tersebut.
Pengakuan Kevin Mannis |
Untuk memahami dengan lebih lanjut deskripsi yang dibuat oleh Mannis anda bole baca di pautan ini. https://genius.com/Kevin-mannis-description-of-the-dibbuk-dybbuk-box-for-ebay-annotated
Pening? Takkan
Zak Bagans pun terpedaya? Ini semua jadi persoalan saya dan anda semua. Hakikat
yang perlu diakui, Zak Bagans sendiri adalah Content Creator dan kehadiran
kotak Misteri ini adalah sangat berbaloi baginya. Ia pastinya akan menambah
koleksi menakutkan milik Zak Bagans yang sudahpun memiliki kerusi Profopol Michael Jackson. Menarik sangat jalan cerita yang direka oleh Mannis kerana sehingga kini cerita tersebut belum berakhir , malah seolah menjadi realiti kini!!
ADA APA SEBENARNYA DENGAN DYBBUK BOX VERSI PRINCEMEED
Terdapat banyak dybbuk box dan artifak lain
yang dijual dalam talian termasuk eBay, bagaimapaun keaslian dybbuk box
tersebut bukan sahaja boleh dipertikaikan malah menimbulkan kerisauan. Siapa
tahu, dalam peralatan tersebut sememangnya tersimpan roh jahat yang
sengaja disimpan oleh mereka diluar sana. Mitos seperti ini tidak perlu
dipandang ringan kerana dipercayai kepercayaan ilmu hitam masih wujud disegenap
benua termasuklah negara barat yang sudah maju. Selepas menonton video
Princemeed, terdapat beberapa kejadian dan aktiviti yang boleh membuktikan bahawa ‘penghuni
jahat’ tinggal dalam rumah Princemeed dan paling ketara adalah reaksi kucing
peliharaannya yang nampak ketakutan selain pandangan dari Ustaz yang merawat.
Dari segi pemasaran, tidak dapat disangkal lagi bahawa content
unboxing benda-benda misteri di youtube adalah satu trend untuk meningkatkan jumlah
tontonan. Unboxing benda-benda misteri dari dark web, deep web termasuk dybbuk
box . Banyak yang melakukan 'fake gimik' namun terdapat
aksi yang nampak 'real' kerana menggunakan alat pengesan elektromagnet (EMF) untuk mengesan kewujudan entiti asing.
Aapa pula pendapat anda..yang pasti selepas ini, channel princemeed live akan
melonjak naik untuk mengetahui kisah selanjutnya.
0 Ulasan