TIPS DAN CARA
BERJAYA DALAM SEBUTHARGA KERAJAAN
Kontraktor yang mendapat kerja dalam sebutharga kerajaan mempunyai strategi tertentu agar berjaya mendapat kerja. Berbeza dengan projek yang ditawarkan secara tender, kerja secara sebutharga dipilih berdasarkan beberapa perkara. Paling penting untuk difahami, kerja secara sebutharga bergantung kepada analisa harga terbaik berdasarkan harga yang diberikan oleh semua peserta berbanding anggaran Jabatan.
Di bawah adalah antara faktor yang tidak kurang penting menentukan sesebuah syarikat terpilih dalam sebutharga kerajaan.
1.MEMILIKI LESEN YANG MEMATUHI SYARAT-SYARAT
PENYERTAAN SEBUTHARGA
Lesen yang dimaksudkan adalah lessen yang diperlukan
dalam syarat-syarat penyertaan sebutharga. Antara lesen yang mesti sentiasa
dibawa untuk mengikuti sebutharga kerajaan ialah CIDB, PUKONSA ( Bagi Sabah )
Sijil Anak Negeri. Anda perlu melihat syarat-syarat dengaan terperinci dan
memastikan lesen anda mematuhi syarat termasuk Kepala dan Sub Kepala. Kelas E dan Kelas F mempunyai nilai sebutharga yang berbeza. Begitu juga
dengan Sub Kepala yang ditentukan berdasarkan jenis kerja.
2.TARIKH LESEN MASIH SAH
Pastikan semua lesen belum tamat tempoh. Sekiranya lesen sudah tamat tempoh, agak mustahil untuk syarikt tersebut dipilih. Pada masa kini, anda juga boleh memperbaharui lesen secara dalam talian. Sekiranya lesen asal belum diambil, bawa resit pembayaran pembaharuan dan adalah lebih baik sekiranya resit tersebut disahkan benar.
Bagi lesen PUKONSA anda boleh membuat pembaharuan secara online di pautan ini https://mof.sabah.gov.my/?q=en/node/750
Bagi memohon dan memperbaharui lesen CIDB boleh terus ke pautan ini https://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/index.vbhtml
Untuk mendaftar dalam eVendor terus ke pautan ini https://evendor.anm.gov.my/
3.MENGEMUKAKAN LESEN ASAL SEMASA MEMBELI BORANG
SEBUTHARGA
Anda perlu memastikan membawa semua lesen
dibawa semasa membeli borang sebutharga. Ini termasuk lesen yang diminta dalam
syarat-syarat sebutharga. Selain dari itu, pastiakan anda sudah berdaftar dengan e-vendor atau PMS untuk memudahkan akan menerima pembayaran untuk kerja-kerja Persekutuan
4.MEMBAWA SEMUA SURAT WAKIL SEBUTHARGA
Jika sekiranya anda mewakilkan pekerja atau
syarikat lain untuk membeli sebutharga, sediakan surat wakil yang lengkap
dengan Tandatangan dan Cop Syarikat.
5.MENGISI BORANG SEBUTHARGA DENGAN LENGKAP
Semua butir-butir yang perlu diisi dalam
borang sebutharga perlu diisi dengan lengkap. Pastikan semua ruangan tandatangan
ditandatangani dan semua ruangan yang perlu Cop Syarikat perlu dicop.
6.ELAKKAN MENGGUNAKAN ‘BLANCO’
Anda tidak boleh menggunakan pemadam dakwat
blanco untuk membetulkan kesalahan dalam borang sebutharga. Sekiranya terdapat
kesilapan, betulkan dengan menggaris ditempat salah, buat tandatangan ringkas
dan cop syarikat dan betulkan.
7.MENGHANTAR SEBUTHARGA SEBELUM TARIKH TUTUP
Selepas anda mengisi semua ruanga dalam
sebutharga, hantar ke Peti Sebutharga dan pastikan anda menghantar sebelum masa
dan tarikh tutup.
8.BUAT RANGKAIAN.
Maksud disini, peluang untuk mendapat tawaran
adalah lebih baik sekiranya anda bersama dalam dengan beberapa rakan-rakan anda. Sekiranya
anda hanya menghantar satu sebutharga dengan satu lesen peluang agak tipis berbanding
empat atau lima lesen. Anda boleh berunding dengan rakan-rakan anda bagaimana
melaksanakan kerja itu kelak . Ia bergantung kepada anda samada melaksanakan
kerja itu sebagai sub atau sebaliknya.
9.SENTIASA BERSEDIA DARI SEGI KELENGKAPAN,
BURUH DAN KEWANGAN
Sebagai seorang kontraktor, anda perlu
bersedia dari semua aspek terutama dari segi kewangan. Adalah lebih baik
sekiranya anda melakukan sedikit kajian kendiri bagaaimana anda melaksanakan
kerja sekiranya ditawarkan. Banyak aspek yang perlu dilihat termasuk pekerja
dan alat-alat kelengkapan. Anda juga perlu menyediakan wang untuk membeli
insuran dan kos-kos peralatan.
10.LAKSANAKAN KERJA DENGAN CEMERLANG MENGIKUT
SPESIFIKASI
Sekiranya anda berjaya mendapat tawaran kerja, pastikan kerja tersebut dilaksanakan pada tempoh yang ditetapkan dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. Dengan ini, anda berpeluang untuk dianugerahkan kerja termasuk kerja secara Lantikan Terus pada masa akan datang. Kontraktor yang mempunyai rekod kerja yang baik sentiasa berpeluang dan diberi kepercayaan untuk menjalankan projek-projek selanjutnya.
0 Ulasan