RAHSIA DESIGN TAK SAMPAI 5 MINIT!!
Anda nak buat sesuatu yang agak istimewa dalam
setiap posting di media sosial? Kata-kata tanpa gambar dan sedikit design pasti
kelihatan hambar apatah lagi sekiranya anda seorang yang mementingkan kualiti.
Jika dahulu kita sungguh meriah setiap kali
tiba musim perayaan dengan pelbagai kad ucapan, kini keadaan sudah jauh
berubah. Kita boleh kongsikan hanya satu ucapan kepada ribuan rakan-rakan kita
dalam tempoh sesaat.
Kad ucapan sememangnya amat penting kerana ia
mampu mengeratkan hubungan bagi mana-mana rakan atau keluarga. Bagi mereka yang
mahir menggunakan software seperti photoshop dan sebagainya, pasti agak
dicemburui melihat design yang cantik dan menarik.
Sekiranya anda menjalankan bisnes secara online,
design untuk mempromosikan produk anda sangat mustahak. Bak kata pepatah, design
mencerminkan kualiti. Disamping itu, dengan adanya logo yang menarik, anda akan
dapat menjenamakan bisnes anda dengan lebih mudah dan professional.
Banyak aplikasi yang boleh dimuat turun secara
percuma untuk tujuan membuat design. Antara yang paling popular ialah Design
Logo, Banner, Poster and iCon App, Logo Maker Business, Instamock dan banyak
lagi. Anda boleh pilih mengikut citarasa dan jenis design yang nak dibuat.
Sebanyak-banyak software daan Apps, saya lebih
suka gunakan Canva sahaja. Berikut adalah beberapa sebab saya sukakan Canva
Design;
1.
Percuma
Canva menyediakan pakej
secara percuma dan berbayar. Anda perlu membayar sekiranya menggunakan template
yang lebih spesifik. Namun, bagi saya buat masa ini, template percuma adalah
memadai untuk beberapa grafik blog dan media sosial.
2.
Banyak Template
Di Canva, anda boleh memilik pelbagai template yang sangat
mudah untuk di ubahsuai. Samada grafik untuk blog, Facebook, Instagram, Youtube,
Brochure, Website dan sebagainya.
3.
Mudah digunakan
Saya telah menggunakan Canva
lebih 5 tahun sebab ianya sangat mudah digunakan. Jika sekiranya anda mendaftar
dengan Canva, semua design anda boleh disimpan di web Canva dan anda boleh
ubahsuai bila-bila masa.
Berikut adalah contoh-contoh
design yang saya buat melalui Canva, ianya boleh dibuat tidak sampai 5 minit
menggunakan template sedia ada.
0 Ulasan