KAEDAH DAN TIPS MENULIS SURAT RASMI KEPADA KETUA JABATAN
Pada
kali ini saya akan kongsikan kepada anda salah satu Surat Permohonan Pertukaran
Jawatan dari seorang Pembantu Awam kepada Jawatan Pembantu Kemahiran. Ini
hanyalah satu contoh yang mungkin boleh membantu anda mencari idea untuk
menulis sesuatu Surat Rasmi. Contoh surat yang akan saya tulis ini adalah
contoh surat sebenar yang dimita oleh seorang rakan sepejabat ketika saya
menjadi kakitangan awam dahulu.
![]() |
contoh surat : Dibenarkan 'copy, paste dan edit sendiri |
Sedikit tips bagi anda, seeloknya, surat permohonan perlu ditulis dengan tulisan Ariel saiz 12, mempunyai turutan yang betul, tidak berbelit-belit dan mudah difahami. Disamping itu pada perenggan pertama anda harus memperkenalkan diri anda, jawatan terkini dan pengalaman bekerja.
Pada
perenggan selanjutnya, anda perlu nyatakan dengan jelas tujuan anda memohon
jawatan, kemahiran yang ada dan kelayakan termasuk akademik. Nyatakan bahawa
anda memenuhi syarat untuk menyandang jawatan berkenaan, iaitu memenuhi syarat
lantikan skim jawatan yang dipohon.
Berikut adalah contoh Surat permohonan Pertukaran Jawatan. Silakan copy and paste ke ‘microsoft words’ di computer anda dan tukar maklumat yang berkaitan. Selain itu sertakan resume yang lengkap dan salinan sijil-sijil berkaitan.
Hakim
bin Ahmad
Jabatan
Pembentungan Negara
KOTA
TINGGI
17/2/2021
Pengarah
Jabatan
Pembentungan Negara
KOTA TINGGI
Tuan,
MEMOHON JAWATAN
PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H 19.
2. Dimaklumkan bahawa saya penama di atas
adalah kakitangan Jabatan Pembentungan Negara. Untuk makluman tuan, pada masa
ini saya menyandang jawatan sebagai Pembantu Awam H 11 dan sudah berkhidmat
lebih 10 tahun di Jabatan ini.
3. Saya memohon untuk dipertimbangkan ke Jawatan Pembantu Kemahiran H 19 demi untuk mengembangkan lagi karier dan menimba pengalaman yang lebih luas dalam bidang perkhidmatan yang lebih tinggi.
4. Untuk makluman pihak tuan, disamping tugas-tugas utama saya sebagai Pembantu Awam, saya juga melakukan kerja-kerja dalam bidang mekanikal seperti kerja-kerja kimpalan, membantu Pembantu Kemahiran menyelenggara enjin, membaiki kerosakan jalanraya dan pelbagai kerja berkaitan yang diarahkan.
5. Dalam bidang akademik, saya memilik sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan memiliki kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM. Saya juga pernah mengikuti kursus-kursus bidang kemahiran disamping pernah menjadi pengganti kepada penyandang terdahulu yang mana kini sudah bersara.
6. Sekiranya saya diberi peluang, saya akan melaksanakan tugasan dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab untuk membantu mencapai fungsi Jabatan.
Pertimbangan dan jasa baik pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
HAKIM AHMAD
0 Ulasan