Siapa cakap zaman blog sudah suram? Kalau
korang nak tau, masih ramai sebenarnya blogger yang aktif diluar sana. Paling best,
dorang ni bagus-bagus dan sanggup berkongsi ilmu dengan kitaorang yang baru
merangkak. Saya sendiri tak sangka masih begitu ramai blogger yang aktif malah
mampu jana ribuan ringgit hanya dengan menulis.
Kenapa saya join “Giveaway Sii Nurul”?
Pertama - dapat bersama dengan blogger-blogger
berpengalaman dan blogger-blogger baru diluar sana. Bagi saya ‘contest’ ini
bukan setakat nak hadiah tapi paling penting dapat berkenalan dengan ramai
blogger apatah lagi blog Sii Nurul adalah antara blog yang paling popular di
Malaysia. Sewaktu saya tulis artikel 5 Top Personel blogger di Malaysia pada
tahun 2019 lepas, saya belum jumpa blog Sii Nurul . Saya pun terkejut dan hairan
bagaimana empunya blog ni melakukan kerja sehingga berjaya menjadi antara blog
yang paling berpengaruh di Malaysia.
Kedua - Fellow Sabahan – Kalau negeri-negeri lain
punya kelab blogger masing-masing, saya tumpang gembira kerana blog Sii Nurul ni
pun Sabahan. Betulkan? Tapi ini bukan isu yang penting sangatlah, bagi saya we
are all Malaysian, sarat dengan kepelbagaian.
Ketiga - Kaedah Menaikkan Rating – Dengan berkongsi url
blog pada blogger orang lain, saya dah buat salah satu langkah SEO yang
penting, blog walking?? Eh.. betul kah itu..
Keempat -Lihat dan baca blog lain – Saya memang follow
ramai blogger, temasuk blog luar negara dan mana-mana yang dilihat menarik
samada dari segi content dan paparan, saya akan ambil sebagai contoh. Saya rasa
, ia adalah satu cara untuk mengembangkan blog.
Kelima - Menarik Untuk di baca – Blog Sii Nurul sememangnya
padat dengan pengisian yang membina. Banyak maklumat yang disampaikan dengan
cara yang santai dan mudah difahami. Dengan itu, tidak hairanlah blog ini
mempunyai ramai follower dan view hampir 5 juta. Macam mana mau bubut/kejar?? Haha.
Dengan giveaway Sii Nurul ini, sebenarnya Sii Nurul cuba nak bantu blogger yang
masih baru.
Akhir sekali, terima kasih sudi siarkan blog
infokinalu dalam list peserta giveaway Sii Nurul. Bagi anda yang belum membuat
penyertaan, masih belum terlambat untuk anda. Ikuti sahaja syarat-syarat dalam
pautan ini “ GIVEAWAY SII NURUL “
0 Ulasan